Monday, March 30

HB Semakin Menurun dan Berat Mendadak Naik

Assalammualaikum ❤

Harini aku checkup untuk minggu yang ke 30.
Terkejut aku bila HB aku makin menurun, even still normal 11.1 tapi menurun lah bulan ke bulan. Boleh menyebabkan Anemia. Bahaya untuk baby. Sebab apa yang aku tahu, baby membesar dpd darah kite. Kalau kite ada masalah pada HB, baby berisiko.

Dan. Lagi masalah, aku disuspectkan kencing manis. Takut baby besar dalam. Sebab berat badan aku mendadak naik. Lebih 1 kg je pun, kna marah -.-" Aku banyak makan nasi, selera nasi tu bertambah. So, lagi 2 minggu aku kena datang lagi minum air gula, buat injection kancing gigi kali kedua and jumpa dokter.

Bila dah macamni, aku jadi risau sangat. Takut apa apa terjadi. Nurse kata, nampaknya HB aku akan terus menurun lah minggu ke minggu. Hadui! So, aku pun search and ask apa jalan penyelesaian hb problem yang aku lalui ni. Ada yang bagi pendapat about Shaklee, Vitalea + Bcomplex. Bagus untuk HB & Energy. So, aku pun usha daddy nak cuba Vitalea dari Shaklee ni dulu, Supaya darah aku normal dan maintain normal. Utk anakanda tercinta.

Aku pun kena control diet aku. Maknanya, makan aku kena control. Kena makan nasi tapi kuantiti yang sihat. Supaya tak terkena kencing manis. Harap harap, everything fine. Harap harap aku bebas dari kencing manis dan darah tinggi.

Kalau mummys kat luar sana ada tips untuk aku yang baru 31minggu bakal menjadi mummy ni, silalah share. And aku hargai sangat. Mmuahh!

Lots of love,

Mummy

Saturday, March 28

Expo Baby & Mom DCM JB Day 2

Assalammualaikum :)

Disini segalanya bermula. Cehwah!

Harini, aku pergi DCM. Well, sebenarnya niat memang tak mau pergi. Sebab takut panas sampai pitam. Hoho. Sebab bukan apa, dah pernah terjadi, aku pitam dan terjatuh dipasar. So aku tak nak perkara ni terjadi lagi, risau anakandaku ini.

Tapi. ALHAMDULILLAH, cuaca harini, hujan dan tak panas. Dan Ammar' s Ummi & Baba memang ajak pergi sama ke Expo. So aku dengan lover pun tengok dulu cuaca kat luar and yes. Kite siap. Dan pergi.

Sampai sana, memang parking susah dapat. Tapi tak seramai seperti yang dihebohkan, mungkin dah petang dan ramai yang sudah pergi hati pertama. Yesterday, 27. 03. 2015.
Kite dapat parking kat dalam DCM. Alhamdulillah. Lagi senang hati senang kaki senang nak melangkah. Hehe.

Memang tak teramai seperti semalam mungkin, bagi aku masih boleh jalan lagi lah. Tak lah sesak sangat. Masuk, terus ke Fiffybooth, Pureenbooth and grab lah apa yang patut untuk NB - 3-6m . Aku mix je size. Taklah semua aku amik NB. Tak apalah, nanti boleh beli lagi. Ada lagi masa untuk aku sediakan lebih banyak untuk baby kecil ni.

Dan, semasa grab apa patut, kira kira juga supaya tak terbazir atau melebihi bajet. Bukan bekira, tapi merancang wang tu penting. Kan.

Aku sempat bekhayal, "Eh! Betulke aku kat Expo Bahy & Mom ni? Dan betul ke aku bediri disini memilih baju yang selesa sesuai untuk anak aku?" Yes! The answer is, Kau sekarang bakal menjadi mummy Atikah. Kau bukan berada didunia lain. Tapi kau sedang berada didunia realiti. Sebak. Sayu. Syukur. Happy. Semua ada. Sebab apa? Selepas 2tahun, ALLAH hadiahkan aku dan husband cahaya mata dari keturunan dan hasil menyemai benih cinta dan bakal penghuni syurga. Inshaallah. Amin,syukur. Alhamdulillah.

Penat berjalan, dan beratur, Alhamdulillah juga tak panjang line cashier tu. Dah settle, kite keluar dulu beli air. Berpeluh sekejap mummy and daddy ni. Ammar' s Ummi & Baba, tak tahu kemana dah. Hehe. Lepas aku keluar beli air, rilex kejap kena aircond dalam DCM tu *glad aircond power! Sambung balik masuk Expo. Ke booth pampers pula. Hehe. Harga pampers disetiap booth jimat RM5 setiap promosi. Diorang buat buy 4 terus, cangitu lah. Aku and husband decide, tak beli dulu pampers. We think, banyak lagi masa. Pampers boleh beli nextmonth. Tak apa, jangan gopoh gelojoh ye Mummy. Hehe. Aku ok je, asalkan kami bahagia. Alhamdulillah.

For Mummy to be yang belum pergi lagi Expo Baby & Mom kat DCM, esok dah last tau. Apa yang ualls boleh dapat kat sana? Macam macam ada. Tapi ada yang takdelah.hehe macam Anakku takde. Aku cari juga,tapi takde pula ;)

* Pampers brand ; Huggies, Drypers, Diapex , Onwards, Hey Baby, Merries
* Botol susu, brand yang tengah femes memang ada.
* Breast pump pun banyak huga brand kat situ
* Stroller pun kaw kaw promosinya. Boleh pergi survey ok
* Katil baby pun ada tau. Boleh go check it out.
* Susu booth pun ada.

Okay. Penat berjalan, kami makan. And balik. Now, kite sedang niaga. Hehe. =)

Mummy,

10:00p.m.

Friday, March 27

Segalanya Setimpal __Rapuh.

Assalammualaikum baby.

What a suprise. Satu hari ni aku rasa sesuatu. Yes, sesuatu yang lain. Seperti ada sesuatu yang mengisi sesuatu pada aku. What is?

H.e.a.r.t. ___Hati
F.r.i.e.n.d.s.h.i.p. ___Persahabatan
T.o.u.c.h.i.n.g. ___Tersentuh

Kenapa aku mention 3 perkara ini? Cause, 3 perkara inilah yang sedang berlaku satu hari ni.

27. 03. 2015. Hampir a year. Hampir setahun.

Dan... 3 perkara ini jugalah yang bermain dengan self confident aku. Hilang keyakinan kerana apa? Kerana aku dihantui beberapa perkara, yang melibatkan masa lalu. Kerana aku sendiri sukar memaafkan diriku dengan apa yang menghantui aku. ___ALLAH.

Aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa pada seseorang. Aku cuba tapi aku tak boleh. Kesudahannya, aku cuba sendiri memaafkan diriku supaya aku tidak lagi dihantui. Susah. Susah sangat. Siapa faham apa aku cuba sampaikan, pasti faham. Aku mampu memohon, merayu, meminta, kepada DIA. ___ALLAH.

Aku tak peduli sudah pandangan mata, fikiran dan hati manusia. Siapa aku dan semampu apakah aku untuk menghalang atau menahan mereka dari berbicara, menahan hati __fikiran dan mata mereka? Itu hak anda semua. Aku tak mampu mengawalnya. Takdir. Hikmah. Pengajaran. Balasan. Segalanya setimpal dengan apa yang telah berlaku.

Redha, yes. Aku sedang belajar redha. Bersabar, yes. Aku turut sedang belajar
bersabar.
Muhasabah diri, yes. Aku sedang dalam proses kembali positif tentang diriku sendiri.
Meaafkan diriku sebelum aku menjadi sepositif aku. Yes, aku. Semangat aku. Kekuatan aku.
___ALLAH. Aku disini hari ini kerana rencana dari MU itu sangat indah. Sangat indah. Sehinggakan aku, tak sedar siapakah aku dibumiMu ini. ___ALLAH.

Sukarnya tak terungkap apa yang aku lalui. Sakit hati mereka yang aku sakitkan, lagi sakit aku yang cuba memaafkan diriku sendiri.

ALLAH___terimalah aku seadanya aku dan terimalah taubatku. PadaMU, aku sentiasa merasa kerdil. Dan padaMU tempatku mengadu rasaku. Maafkan aku kerana tak sempurna mencintaimu.

Nurulatikah.

Friday Jamm !

Assalammualaikum Johor Bahruu... Salam Jumaat ualls!

Sedia maklum, setiap hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi negeri Johor. Dan harini juga adalah hari 1st dayyyyy Expo Baby & Mom kat Danga City Mall.

MashaAllah, Jamm kemain yaampun. Dari Tasek sampai ke DCM. Macam mana nak pergi ni? Johor Bahru tersangat 'sejuk' sekarang ni. Mummy memang talarat nak keluar sebab panas. Baru niat dihati nak ke Expo Baby & Mom ni. Then, confirm 200% ramai orang. Sesak lagi, kan? Siapa yang dah pergi? Sila komen sikit. Ada air cond tak? Haha. Cause bila panas terik ni, tak tahulah pada bakal mummy kat luar sana, macam aku-- terasa darah naik kepala. Nak pitam. Kalau bab jalan banyak ke, aku memang tak ada masalah. Tapi jangan ditempat yang bahang dan panas. Down -.-" (bukan mengada ok, tapi inilah yang aku rasa sepanjang preggy)

Expo Baby & Mom kat Danga City Mall, Johor Bahru berlangsung selama 3 hari. Bermula harini, 27 --- 29 March 2015 pada 10.00 pagi - 9.00 malam.

So, pada Mummy, Mummy to be yang nak pergi, boleh lah ramai ramai pergi. Aku? Aku pergi petang sikit lah.hehe. Tak sabar sangat, tapi kena sabar. Cool mummy cool! ;) Ada 2 hari lagi ni Mummy. Esok lusa pun boleh pergi tau.

Hari Jumaat, hari penghulu segala hari, Aku nak menyatakan disini, bahawa aku bersyukur sangat diberi hadiah dan dikurniakan bakal penghuni syurga yang akan dilahirkan bulan June ini. Semoga anakandaku menjadi anak yang soleh dan solehah, lantang suaranya apabila mengaji dan berkata yang baik baik, teguh dan kuat imannya kepada ALLAH Swt, taat kepada ibu dan ayahnya, menjadi manusia yang sentiasa disayangi, dicintai, sempurna sifatnya dan cerdik akalnya juga baik hatinya. Semuanya ketentuan Allah, dah tercatit diatas sana, Mummy and Daddy mendoakan yang terbaik buat anakanda kami. Subhanallah, setiap kali pegerakan mu anak didalam ini, tersentuh hati Mummy. Dan Mummy akan rindu rasa ini. I loveyou child. I loveyou lover. I love my babies---both!

Salam Jumaat,

" Doa, cakap dan minta yang baik baik. May ALLAH SWT always with us. :) "

Mummy.

Thursday, March 26

Tips Pipi Merah Natural

Assalammualaikum ladies ;)

Oh yahh! Eka nak bagi tips merah kan pipi secara natural. Tak payah nak berhabis duit, inject sana inject sini, minum kologen berbotol botol sebab nak kan pipi blushing malu malu gitu. Senang je. Free. Tak perlu usaha yang kuat. Just, bermodalkan No pain no gain je ;p

Ok. Apa yang ualls perlu buat?

First - Berdiri depan cermin
Second - Letakkan tangan dipipi mongel gebumu
Third - Cubit apple pipi mu sekuat hati selama beberapa saat. 5-10saat. Kira tau. Lepaskan dan usap manja keatas menggunakan jari manja mu itu yaaa.


H A S I L N Y A. TARRRAAAAAAAAAAAA~
.
.
.

Pipimu merah kan? Amalkan setiap hari dimana jua. Dan bila bila masa pung. Hehe;)

Ta ta ta ta ~

Xoxo,

Beautycall

Official Public

Assalammualaikum ualls.

Harini, barulah aku sempat public kan blog yang selama ni rupanya aku set private. Haha. Good girl. Tak nyempat edit power. Aku nak suruh siapa ni yang sanggup sponsor edit blog cun untuk aku? Haha. Oppss! Ialls gurau je ualls. Haha kena cari tukang edit yang nak asah bakat die ni.

Well, banyak sangat ni nak kena buat. All is, planning yang baru.

Setelah hampir setahun aku bercuti dari dunia networking, aku dah kembali semula untuk aktif kan balik diri.

Apa yang aku aktif ;

Online shop for my own branded.
Misswishh Hijab.

Nanti aku update lah blog ni bagi power. Page and IG bagi gempak. Supaya aku dapat aktif kembali. Hehe

Aku ni suka baca sesuatu yang memotivasikan diri aku untuk dapat semangat aku. Bila aku dah ada semangat, banyak betul idea yang datang. Lagi lagi, bisnes. Aduh! Tolong lah hormon aku jangan berubah lagi. Haha. Aku dah semangat ni. Ok semangat yang bekobar tau. Siapa pernah lalui perasaan aku ni? ;)

Sepanjang aku preggy ni kan, aku seorang yang tak banyak sangat cakap. Eh! Sebenarnya, aku memang seorang yang bukanlah pandai bercakap sangat pada stranger atau orang yang emangnya kenal aku. Sebab tu, dari dulu, aku suka blogging and simpan note. Haha sebab aku dikenali hanya oleh orang yang benar benar mengenali and rapat dengan aku. Shhhhh ! Konfius? Ada bezanya tau. Hehe

Xoxo,

11:20p.m.

Tuesday, March 24

It's 30 weeks baby!

Assalammualaikum. Hi ualls! First, aku rasa happy dengan keistimewaan yang Allah bagi untuk ibu mengandung ni, Alhamdulillah. Time ni, aku dah 30weeks. Berdasarkan email dari babycenterdotcomdotmy. Hehe Happy sangat sebab, everyday aku dapat rasa sentuhan dan pegerakan anakku sayang yang kerap. Dan paling best, bila aku baring tu, aku dapat tengok sendiri perut aku seperti ombak laut.haha. Kenapa? Baby sedang aktif dan membesar memenuhi ruang perut mummy nya ni. Syukur Alhamdulillah.

And, I am very sure, satu hari aku akan merindui moment indah ini selepas melahirkan anak tercinta ini.

Memandangkan terlalu ramai sangat yang menjadi Dokter Scan, aku pun tak jadi nak ke klinik untuk buat 4d / 5d scan. Haha memandangkan, aku suka dengar mereka berteka teki dengan jantina anakku, aku turut rasa semangat nak menjadikan jantina ini suprise buat mummy and daddy. Taklama lagi kan, 8 to 10 weeks je lagi. Sabar ye sayang !

Kepada yang banyak memberi aku nasihat dan ambil berat selama aku preggy dan even yang bertanya tanya pada aku, about my preggy ni, Thank you alls. Kite hargai cangaaattt :)

Love,

Mummy
11:07p.m.

Tips Apply Foundation Natural & Glow

Beauty Call :)

Kite nak share pasal routine kite setiap kali perasaan nak makeup datang.

Sedia maklum, yes kulit kite memang sensitif. Even dengan barang makeup pun. Thats why, kite jaga rapi skin kite dengan A-dha Skin Care yang sangat memuaskan. Superb!

F.y.i, setiap kali ualls beli A-dha Skin Care set ni, pasti akan ada serum Vit C & E.

Tips untuk makeup menggunakan foundation, any foundation, macam kite, kite akan guna Liquid foundation, sebab ringan texturenya.
Sebelum apply foundation, ualls sapu serum Vit C & E A-dha ni dulu serap pada skin then baru lah gunakan foundation pilihan Dan kite gunakan brand L'oreal for diri sendiri. Sebenarnya, tak perlu sapu keseluruhan wajah pun tak apa foundation ni. Sapu nipis pada tempat yang perlu, sudah memadai. Dengan menggunakan jari, So taklah nampak terlalu tebal. Just natural and glow.

Sekian, hasilnya. Memang skin nampak glow. Dan tidak tercemar walau menggunakan foundation.

Saya sudah menggunakan A-dha Skin Care. Anda bagaimana? Hehe ;)

If berminat untuk beli A-dha Skin Care di kawasan JB, boleh email direct terus kat kite :

officialatikah@hotmail.com

Love u xoxo.

Tuesday, March 10

Kepala Pusing

Assalammualaikum ualls.

Harini mummy rasa agak pening sedikit kepala. Mungkin disebabkan, perut kosong dan mummy makan pula pil Iron dan Vit yang diberi dokter. Lepas je telan sebiji Iron and Vit, terus mummy blank kejap. Kepala berdenyut. Mungkin sebab mummy tak makan apa apa lagi dan terus makan ubat. Tapi, menurut blog mummy to be yang dapat pil Iron ni, diorang pun makan 3 jam sebelum isi perut. Dont know lah ye.

Bila mummy dah pening macamni, mummy tak ada mood nak main phone dan rasa nak baring ke. Kepala makin sakit. -.-" Dugaan kan, ujian orang mengandung tapi tetap bahagia nak mengandung. Hehe inilah dipanggil, Pengorbanan. :)

Btw. Mummy ni seorang perabun jauh dan silau. Baru baru ni, mummy pergi kedai spect tujuan nak check power mata, mungkin naik sebab mummy kerap pening even pakai spect or lens yang biasa mummy pakai bersama power yang biasa. Lepas check, lady yang bekerja ni bebual kosong sekejap dan mummy tell her lah yang mummy ni pregnant. So die explain, power silau mummy memang semakin bertambah. Tapi, mummy dinasihatkan supaya tunggu selepas bersalin. Takut ada effect if tambah power sekarang. Ok, mummy tak tahu pun pasal ni. Hehe. So, mummy pun ambil nasihat itu. Mungkin betul kan, kite tak tahu. Nanti juga mummy akan minta pula pandangan dan advice dari dokter :)

Ok ok ok. Nanti mummy update lagi. If rajin, mummy nak update lagi blog ni. Kena lah mummy masuk cc kejap, update with Phone je cause mummy teman lover niaga. :)

Love,
Mummy
08.58p.m.

I love this feeling

Assalammualaikum blog mummy :)

Mummy tergerak hati nak share perasaan mummy ni kat sini supaya menjadi tatapan pembaca dan anakanda mummy yang bakal melihat dunia tak lama lagi dan mengenal itu dunia IT.

Sebelum mummy update blog ni, mummy tenang dan tersenyum sendiri. Seakan ada sesuatu yang buat mummy rasa perasaan ni. Sesuatu perasaan yang indah sangat. Sampaikan mummy tak tahu nak share macam mana and apa yang mummy rasa. Dan masa ni juga, baby mummy ni sedang aktif dalam perut mummy. Senyum mummy makin melebar. Sambil melihat daddy yang sedang buat kerja dan baby yang begerak gerak. Mummy rasa bahagia. Indahnya rasa ni. :')

Sebenarnya masa ni, Mummy sedang mencari nama yang sesuai untuk baby. Sambil menggosok perut kerana baby begerak gerak. Mummy happy sangat anak. Mummy dapat rasa kehadiran anak mummy. Mummy dapat rasa kasih sayang antara mummy dan daddy yang menjadi benih untuk anak mummy ni. Dan mummy sangat bahagia setiap kali anak mummy begerak aktif didalam sana. Walaupun mummy tak selesa tidur malam, tulang pinggul mummy setiap malam sakit, tapi mummy tak terfikir anak mummy dan daddy ni beban pada mummy. Sungguh, semakin mummy rasa kehadiranmu, anak.

Ada satu nama, yang buat mummy tersenyum dan perasaan yang tak dapat mummy ceritakan atau gambarkan untuk anak mummy ni. Sekiranya anak mummy dan daddy yang berada dalam perut ni adalah seorang perempuan, mummy terasa nyaman hati dan rasa kasih untuk memberi nama ini. Dan juga sekiranya baby adalah seorang lelaki, mummy niat akan berikan tanggungjawab memberi nama kepadamu oleh daddy. Rasa kasih sayang mummy daddy tak akan berbelah bagi sayang.

Sebaik baik nama adalah nama yang bermakna maksudnya didalam alQuran dan Islam. Mummy berdoa siang malam setiap detik, anak mummy dan daddy inilah yang akan menjadi anak yang memimpin mummy dan daddy kesyurga suatu saat nanti.

Subhanaallah, Mummy rasa kasih pada anak mummy dan daddy. Mummy menantimu dengan sabar sayang. Hanya Allah SWT yang tahu perasaan mummy saat type moment indah untuk dikongsikan ini.

Selamat Malam sayang. I love you my both babies. (Daddy & Baby)

Love,

Wife & Mummy
01:10a.m.

Monday, March 9

Stranger and Annoying !

Assalammualaikum blogger.

Seriously, aku memang marah sangat bila ada nombor yang tidak dikenali masuk setiap hari untuk cari orang yang tak ada atau salah nombor atau nombor aku ni mungkin sebelum ini pernah didaftarkan dan digunakan oleh insan yang bernama " Ila or Kak Ila " yang aku taktahu hidup ke mati. Grrr!

Apa perasaan korang? Aku ni susah sikit nak angkat nombor tak kenal ni. Tapi bila always call je, darah aku naik kekepala kejap. Geram lah bukan apa! Aku akan jawab dengan suara yang, okay suara orang marah OFCOS! Dan sound tegak lah. Lantak lah siapa pemanggil tersebut.

1st- Orang yang call ni jante lah, looking for Ila. What Ila?? Mana ada nama Ila kat sini. Salah nombor kot! Aku terus letak.

2nd- Seorang budak perempuan yang tak reti stop becakap bagi salam ke apa, terus dialog, "Kak Ila kat mana ni? Buat apa? Bla bla bla" Aku terus, "Sorry, salah nombor. Tak ada nama Ila ke Kak Ila ke" Bye and aku letak.

3rd and last aku rasa lah ni! - No lain pula call. Haihh sakit betul hati aku ni. "Hello,Ila kan ni?" belum sempat die cakap apa yang die nak cakap, aku terus naik darah, "Tak faham bahasa ke? Berapa kali nak cakap, tak ada nama Ila kat sini. Salah nombor. Faham lah bahasa melayu sikit!!!" Dan aku terus letak. Geram kau! Dah tu, die boleh lagi SMS tanya "Siapa ni?" korang rasa apa? Bagi aku, taktik jante nak usha perempuan camtu dah basi.lapuk.zzzz... Aku pun last reply, "Bini orang, Mak orang.jangan call lg,jangan msg lg ke apa.Rimas!!!" Boleh die reply, "Ohh yeke" lantak kau lah!

Kata orang, tak payah layan kan? Tapi aku memang tak layan pun. Cuma disebabkan keep calling je, aku rimas. Fedup. Aku ni bila ada nombor tak kenal masuk, memang aku tak layan. Tapi kalau dah kerap, aku jadi takut, mean is, aku pk lah apa apa yang negatif terjadi or ada urgent/important call ke kan. Tapi anggapan aku untuk kalini, SILAP. Tak akan lah aku nak kena tukar nombor lagi? Oh tidak! Aku hanya perlukan handphone ini untuk keep in touch dengan family, Lover and kawan yang rapat dengan aku. And paling important, AKU NAK GUNAKAN INTERNET SUPAYA SENANG AKU UPDATE BLOG, BACA NEWS, GOOGLE AND YOUTUBE. PLEASE LAH faham! Ok,bye.

Ps : Stranger, please stop calling Mummy and stop sms Mummy ! Mummy bosan dan rimas !

Pissed off,

Officialatikah. Mummy. Wife

Kari Ayam dan Kacang Boncis simple :)

Assalammualaikum darlingsss !

Hi, welcome back to my blog. Hehe.

Harini myall nak share, apa yang myall masak didapur sampai naik bau pagi pagi buta ni.hehe Myall and Lover dan beli dah barang masak petang tadi lagi. Tapi disebabkan Lover niaga, myall pun menjadi penemannya, myall decide masak selepas tutup niaga nanti. Lagipun perut kenyang lagi dengan ikan bakar dan sambal asam semalam. Ikan siakap tu Lover beli 2 ekor. So siang tadi sebelum pergi niaga, bakar lagilah kan. Alhamdulillah. Hehe

Kari Ayam yang myall buat ni pun simple. Myall ada study juga dalam google. Memang minah google betul lah myall ni. ;p Ofcos!

Lover memang sangat memahami. Die tolong myall bersihkan ayam, sementara myall siapkan bahan bahan nak masak ni. And, kata Lover, die nak teman myall biar myall tak boring masak sorang. Ohh that is so sweet sayang! Haa! Apa tunggu lagi yang belum kahwin tu, cepat kahwin!! Hehe ;p

Bahan bahannya ;
-Setengah ekor ayam (7ketul)
-25biji bawang india **Kisar atau hiris halus
-1inch halia **Kisar atau hiris halus
-3 biji bawang putih **Kisar atau hiris halus
-3 sudu kari ayam daging Babas
-3 sudu kerisik (first time myall try)
-200g santan
-Secawan secawan air
-4 biji kentang potong 4
-3 biji tomato potong 4
-1 sudu serbuk cili / cili boh
-garam secukup rasa
-Rempah tumis 4sekawan
-Kiub ayam (myall cuba guna juga)
-Daun kari
-cili merah and hijau dibuang biji sebagai hiasan pun boleh

First. Panaskan minyak masak. Setengah cawan minyak. Tumis daun kari, rempah tumis 4 sekawan, bahan ***kisar/hiris tadi sehingga garing dan naik bau.

Second. Masukkan rempah kari, kiub ayam dan biar asam keping, biar sehingga pecah minyak. Rajin kacau supaya rempah tak hangit. Apa yang myall tahu, makin lama kite tumis rempah tu, makin sedap kari kite. Taktahulah nak cakap.hehe. Sebab myall ni taklah hebat sangat masak memasak ni,kena refer yang lebih arif juga. Hehe.

Third. Masuk santan, kerisik, air, ayam dan kentang. Biar mendidih dan empuk lama ayam dan kentangnya sama rata ye uallss. Garam jangan lupa ye.

Kata orang, kari ayam ni makan lama akan makin pekat. Sebab tu sesuai dimakan bersama roti canai, roti jala dan roti bakar.

Last, masukkan tomato. Biar hingga mendidih dengan api kecil/sederhana kuku. Dan masukkan cili hiasan tadi. Kemudian,sedia dihidang.

#carasaya Kalau ada nak share, boleh lah share.hehe nak bagi tunjuk ajar lagi best pun, silakanlah. Hehe

Kacang Boncis cara myall pun memang sangat simple. Myall siapkan goreng sayur dulu barulahh masak kari ayam tadi.

Bahannya ; Kacang boncis, Bawang, Cili merah hijau, Kiub ikan bilis.

Caranya memang simple gile.hehe

Tumis bawang dan cili merah hijau, masukkan kiub ikan bilis yang dilarutkan didalam setengah cawan air. Kemudian masukkan dalam kuali. Then, masukkan kacang boncis yang dah dibilas bersih dan dimayang molek. Kacau rata atas kuali. Jangan lama sangat, nanti kacang boncisnya layu dan tak rangup. Rasa, kalau tawar masuklah garam sikit. Tapi myall takletak garam dah, sebab kiub ikan bilis tu dah perfect rasanya.

Pss: Lover puji sayur sedapppppppppppp. Hehehe ;) Kari pun ok. Alhamdulillah. Merah pipi blushing tauu.

Pesan myall lagi, cepat cepatlah kahwin. Masak sama sama,dengan Suami kat dapur, mengeratkan dan dari situ kite tahu apa suami suka dan tak suka. Sama sama kenal cara masing masing. Sebelum ni pun, myall ada masak juga. Lepas kahwin or bila bila je myall ada mood rajin nak masak. Lover tak pernah komplen tak sedap ke apa ke, sebab Lover nak myall rajin masak and semangat masak sentiasa ada. Myall pula, suka bagi Lover yang jadi perasa setiap apa yang myall masak. Kalau tawar, tambah lah garam or gula lagi. Sebab, myall boleh masak tapi tak pandai rasa sangat. Hahaha kelakar bab yang ni. Tapi, Alhamdulillah, myall puas hati setiap kali masak, Lover mesti makan dengan seleranya. Mesti habis. Itulah semangat myall nak masak membara je:) Thanku,Lover.

(Lover request ayam masak tomato.. Nanti Myall dah study, myall update ok)

Lots of love,

Wife

#carasaya bukan caraanda. Setiap orang ada cara tersendiri. Selamat memasak dan menyulam cinta bersama orang tersayang ;)

Ikan Bakar dan Sambal Asam paling simple :)

Assalammualaikum Mummy to be and blogger diluar sana yang sudi menjengah blog myall yang tak seberapa ni. Gituu! Hehe

Tajuk entri myall harini agak best je, lagi lagi yang tengah lapar kan. Hehe Myall nak share lah resepi simple gini cara myall yang myall study dari google and diy. Wow! Nak tahu jam berapa myall siapkan Ikan Bakar and sambal asam ni? Hah! Jam 3pg ualls. Masa ni Lover ngidam ikan siakap bakar cicah sambal asam ala ala Umbai kat Melaka tu, hehe nak pergi jauh lah sangat kan. So jum kite main masak2 ditengah malam. Hehe.

Myall guna ikan siakap. Terpulang lah pada ualls nak buat macam mana. #carasayasendiri kan. Dan yang bestnyeee, Lover lah bersihkan ikan sementara kite siapkan sambal asam. So suweet!

First. Ikan siakap dibersihkan, make sure bersih tau. Buang isi perutnya dan sisiknya. Kemudian, kelar badannya. Supaya isi masak didalamnya. Tos kejap supaya tak basah.

Second. Perap ikan dengan kunyit dan garam.

Third. Sediakan daun kunyit dan daun pisang untuk balut bersama ikan sebelum dibakar. Daun kunyit digunakan supaya bau wangi. Lilit dibahagian badan ikan yeee. Lilit lah cun cun kemas. Hehe. Then lilit pula lagi dengan daun pisang seluruh ikan tersebut. Tak sabar nak bakar ni ! ;p

Last. Bakar ikan diatas kuali jika tiada alat bakar yang cukup ye. Macam Lover myall, die bakar atas kuali, dengan api sederhana. Letak sikit minyak. Sikit jee.. Then bakar lah dalam 15-25minit. Rajin rajin tengok dan terbalikkan ikan ye. Supaya tak hangus. Gituu. Baunyaaa alamak! Semerbak. Hehe ;) Kata Lover, "Ada macam bau ikan bakar kat Ahyong tak? Hehe" ada sayangg.. :D

Then, angkat. Hidangkan dipinggan. Dan perah lah limau. Sedia untuk dimakan. Nyumm!

Sambal Asam ala ala Umbai cara saya ;p hehe

Bahan yang myall gunakan agak simple. Memang senang sangat buat sambal asam ni.

--- Belacan 1inchi (dibakar) , Cili padi sebanyak mana yang ualls suka kalau nak pedas, Cili merah sebatang dua (Lover myall suka makan cili, so myall buat tambah2 je nanti) dan bawang merah kecil/bawang besar/bawang india sebanyak mana yang ualls suka dan jangan dilupakan air asam jawa. Buat pekat pun tak apa, sebab nanti dah masuk bawang, air bawang tu lah buat sambal asam bekuah manis manis pedas masam gituu ***bawang dan cili mayang comel comel ok***---

First. Bakar belacan tadi. Kemudian hancurkan ye. Ramas atau tumbuk. Campurkan dengan air asam tu. Kacau rata.

Second. Masukkan bahan bahan tadi. Bawang, cili padi and cili merah. Gaul dan rasa.

Last. Tabuh sedikit gula. Jangan banyak sangat sebab nanti manis tak jadilah sambal asam. Kan.

Then. Siap dihindang dicicah bersama Ikan siakap bakar tadi, bersama nasi panas dan myall ada buat sup sayur bayam, kentang dan carrot. Buat tambahan ibu mengandung and baby ni. Hehe ;)

Simple kan? So, kahwin lah cepat cepat. Boleh masak bersama Lover a.k.a. Suami tercinta. Romantik tau. Mengikat kasih sayangg lagi. Hehe Lover myall suka sangat.

Alhamdulillah, happy!

Lots of love,

Wife

Saturday, March 7

27 minggu 55kg Punya Cerita

Assalammualaikum pembaca dan blogger sekalian :)

For sure sekarang, aku still belum tidur. And well, bila mummy tak tidur lagi, baby sangat aktif bergerak didalam perut yang comel ni. Anak oh anak! Tak tahu apa yang die buat. Hehe, but ini adalah moment yang akan dirindui aku dan semua mummy didunia. Kan kan kan?

Dah 27 minggu baby ku. Sebab tu makin aktif, dan sebab tu juga, mummy nya sudah mula rasa sakit dibahagian pinggul kanan dan pinggang. Tidur pun tak selesa. Ke kiri ke kanan, mengiring je. Fuh! Kaki pula kerap rasa lenguj bagai nak krem dibahagian kanan. Sampai ada berapa malam tu, memang tak boleh tidur. Tak selesa. Terpaksa kejut Mr. Husband bangun sapukan minyak Anugerah warna merah faberet ku. Masa Mr. Husband urutkan and sapu tu, barulah mata mummy terpejam. Thankyou Baby! Besabar melayan karenahku. Always loveu. Mummy and Baby loveu, Daddy :')

Oh well, bila tengah malam ni, aku akan layan blogger mummy2 kat luar sana. Membaca setiap pengalaman diorang menjadi mummy dan sepanjang pregnant. Sebenarnya, aku risaukan perut aku yang cute sangat ni. Diusia 27 minggu, berat badanku sudah 55kg. Dan aku masih tak diberitahu tentang berat dan keadaan baby, cause KK belum scan lagi. Maybe aku akan pergi ke Klinik Swasta untuk tahu lebih details tentang keadaan baby ku. Inshaallah. Seawal usia aku pregnant, berat badanku 43kg. Wow! Sangat bini popai ok! Akibat morning sickness dan tak ada selera makan yang aku alami. Dan sekarang, 55kg. Aku tertanya2 juga, normal ke tak? Tapi masa last checkup on 1/3/2015 haritu, nurse tak de marah atau complain apa2. Just guide aku pasal susu and darah dalam badan je. Maybe, ok lah kot. Harap2 sangat anak mummydaddy sihat ye. Nanti mummy follow up lagi dgn dokter ok. Sayangg anak! ;*

And FYI. Cehh! Hehe. Alhamdulillah sepanjang preggy ni, aku tak mengidam banyak sangat and yang susah2. Alhamdulillah, tapi...berganti pulak pada Mr. Husband. Die lah yang ngidam makan macam2. Dan, dielah yang rasa lesu, demam, sakit badan and lemah. Kesian juga kadang2 tengok Daddy ni. Tapi ada yang kata, bertuah sebab sama2 rasa. Suami dapat rasa. Mak mertua pun perasan and cakap, "takut nanti masa Tqa nak bersalin, Epul yang rasa sakitnya" Aku pun, "Ehh boleh ye ma?" . Taktahulah kan,kata orang2 tua kan. Kite doa jelah yang baik baik. Harap harap segala dipermudahkan. Dan selamat hendaknya. Amin.

Ok lah ualls, cukup sampai disini. Kite nak masak malam2 ni. Abang sayang kite nak makan Ikan Siakap bakar dengan sambal asam. Bersama nasi panas. Kite pula nak Sup bayam + kentang + carrot and sambal 'rock' resepi kakak ipar kite. Hehe sudahnya jadi faveret. (cili kering yang dibuang biji dan disangai, ikan bilis,digoreng dan bawang, kemudian ditumbuk) Sedapnyummnyummnyumm!

Mummylove,

02:47a.m.

Friday, March 6

Everywomen Dream

My dream is ;
-
- -
- - -
Nak jadi chef untuk my babies. Hehe
Well, aku rasa semua wanita nak jadi chef untuk family diorang kan. So d o I. ! Hello aku nak jugaa please ! Hehe. Lebih lebih lagi, suami aku memang seorang yang suka makan. Pemakan. Selera die, buat aku selera nak makan juga. Hehe. Dari kenal and bercinta sampai dah kahwin dengan die, memang bab makan sahaja yang kitorang fokuskan.haha Im happy womennnnnnn!

Disebabkan, mak mertua aku seorang yang pandai memasak, aku selalu berangan nak jadi macam die, pandai masak. Sedap sedap pulok tu. Apa yang die buat tak jadi? Mesti jadi.

Setiap kali die masak, aku mesti ringankan tulang nak tolong sediakan bahan masakan tu. Mayang sayur ke, gunting cili kering ke, and apa apa sahaja lah. Yang penting, sambil aku tolong tu, aku dapatlah sedikit ilmu didapur. Kan...

Actualy, dari sebelum kahwin lagi aku memang suka sangat tolong mak mertua aku ni kalau die nak masak. Atleast, aku boleh faham and kenal apa itu ini, hehe dari tak kenal jadi kenal. Dari tak pandai pegang pisau jadi pandai. Ha, aku sukaa. Alhamdulillah, lepas kahwin, aku boleh masak untuk Mr. husband sayang. Suka suka suka! Hehe.

Aku suka tengok google gak tau. Resepi dari yang berpengalaman juga. Ualls kena lah ringan tulang. Tak pandai masak tak apa, boleh belajar. Hehe. Macam aku lah, still macam siput lagi. Tapi bila dah jadi isteri, dah kahwin, ada boypren Automatik tau perasaan nak belajar memasak and ringan tulang tu mesti ada. Serius! Hehe.

Sweet. Love. Happy.

Mummy.to.be.
10:14p.m.