Saturday, April 10

What the F ?

9 April Maaflah sebab tak update entry even baru beberape hari saya hanye singgah dan baca semula. Sebabnya, kini saya sedang berusaha mencari kerje lain kerana menghadapi masalah secara tiba-tiba. Ape die masalah saya tu ?

Saya sudah diterima bekerja di Syarikat S&*& M&*& Sdn Bhd, berhampiran dengan rumah saya. Saya boleh mula bekerja pada 12 April 2010. Tetapi, harini saya mendapat TEXT -sms- daripada Boss tersebut iaitu Mrs L#$ dan berbunyi :-

" U no need to come le..bcoz im already find people le..I want to use people le.. Emergency.. "

Ape perasaan anda bila anda di tempat saya ? Saya dengan perasaan yang tak dapat di bayang kan. reply text tersebut :-

" But i've resign. "

Maksud saya, sebelum saya di terima bekerja di syarikat di atas, saya sedang bekerja di salah sebuah syarikat yg menjalankan bussiness calibration servicing and sale sebagai Admin Clerk. Kalau tak paham, buat2 paham ye. Tetapi malang nya basic yang di beri pade saya yg mempunyai certificate dan experience ni terlalu kecil jumlahnya. Tidak melebihi 700. Jadi saya yang Sengal ini, apabila mendapat kerja di atas pun terus meletak kan jawatan 24 hours. Erggg.. Upset giler lah weh. Kini, saya berada dalam keadaan yang separuh kritikal blur nye mengenangkan diri saya ini. tapi Mama pesan :-

" Sabar lah tika. Maybe bukan rezeki kat sini. Insyaallah nanti adalah rezeki tu.. "

Insyaallah Mama. Im sorry.. Sob Sob Sob.. Sedeh sangat. Tadi, belikan Mama KFC sebab teringin nak makan katenya, dan kebetulan Kakak balik and Adik pun lapar. Saya dan Baby pula, tak lupa beli Cheesy Wedges faveret kami dan Milo Ice. Mahal ok regular, RM 3.30, boleh beli Cool-Blog. HAHAHA kata Baby. Dalam sedeh saya, saya masih mampu tersenyum dengan telatah Baby. Saya juga bersyukur dan tenang dapat settle kan ape yg patut. Alhamdullilah. Mungkin ini dugaan untuk saya dalam mencari rezeki. Semoga Tuhan bersama saya sentiasa. Aminnn~
 ----------------------------------

No comments:

Post a Comment