Tuesday, April 6

Kenapa Super-Women?

Mungkin agak pelik dengan entry saya hari ni. Tapi saya tak nak ketinggalan update blog saya ni. So, saya nak cerita about super-women.

Satu hari tu, saya duduk termenung seorang diri. Banyak yang di imbaskan. Bermula daripada kisah saya di lahirkan sebagai seorang anak yg merindukan kasih sayang bapanya hampir berbelas tahun dan di besarkan oleh seorang wanita yg di gelar ibu tunggal atau kate org putih nye, single mother. Itu lah Mama saya. Semasa saya berumur 4tahun mungkin, Ayah membawa kami semua berpindah dari Kulai ke Taman Perling. Kata Ayah, senang dekat dengan keluarge di sebelah Ayah. Kemudian, Ayah mebawa kami tggl di KSD(takdapat saya nyatakan tempat ini). Rupa nya Ayah tak nak Mama tahu yang Ayah sudah pun ber isteri lain dan jauh daripada dia. Itu lebih memudahkan Ayah pergi ke rumah mak bapak nya di somewhere at Taman Perling. Berbulan Ayah tidak pulang ke rumah. Kami hampir di halau oleh tuan punya rumah sebab nya tidak melangsaikan sewa rumah. Suatu hari, ayah pulang dengan membawa seguni buah mata kucing. dan choclate untuk saya dan siblings. Ayah buat seperti tiada apa yg berlaku. Tiba waktu nya kami tidur, saya terdengar suara pekikan ayah dan tangisan mama. Saya berdiri di hadapan pintu bilik mama, dan...saya melihat satu pertengkaran yg tak mungkin dapat saya lupakan sehingga kini. Ayah sedang memukul mama. Saya ketakutan, begitu juga dengan siblings. Saya hanye menjadi pemerhati yg ntah mungkin tiada perasaan ketika itu. Ayah pergi meninggalkan kami selepas itu. Selepas malam itu, Mama dan ayah dalam proses penceraian, dan akhir nya mama di gelar Janda anak tiga. Saya tak dapat bayangkan ape perasaan mama ketika itu,kerana kami tiada sesiape di KSD. Akhirnya, mama bangun dan berdiri utk meneruskan hidup. Kami berpindah di kediaman lain dan masih lagi di dlm KSD. Kami tiada harta dan sangat dalam kesusahan ketika itu. Mama terpaksa pergi mencari kerja di luar KSD. Mama bekerja sebagai Guru Tadika Cina somewhere di Taman Perling. Pergi dan pulang nya mama, hanya dengan berjalan kaki. 7pagi mama keluar berjalan dari KSD ke tempat kerja nya. Hampir maghrib baru lah mama pulang. Dengan membawa makanan utk saya dan siblings. Suatu hari, di sekolah kebangsaan, saya dan kakak mendapat hadiah, iaitu basikal 2 roda.Satu daripada basikal yg kami dapat, kami serahkan pd mama supaye mudah perjalanan pergi dan balik kerja. Adik saya hari-hari ikut mama, kerana dia masih kecil lagi ketika itu. Adik juga belajar di tadika tempat mama kerja. Rezeki adik. Selang berapa tahun kemudian, mama menyatakan niat nya utk berhenti menjadi guru tadika kerana tadika itu akan di tutup. dan mama bekerja sebagai Pekerja Dobi. Bos mama minta kami pindah kekedai di mana tempat mama bekerja. Katanya, tak perlu lah mama susah2 ulang alik ke KSD dan boleh lah sambil-sambil mama tengok kan kedai itu. Saya masih di darjah 5 ketika ini, kami berpindah ke Taman Perling di mana tempat mama bekerja. Sehingga lah kini, kami masih disini. Saya sudah meningkat dewasa. Dan sudah boleh berfikir mana baik dan buruk. Bukan rezeki kami lagi untuk berpindah mencari rumah sendiri. Saya terpaksa membatalkan niat untuk meneruskan pengajian saya dan bekerja untuk membantu mama dan kakak yg masih belajar. Insyaallah bila saat nya dah tiba, saya akan tunaikan setiap permintaan KAKAK, ADIK DAN MAMA. Kami berdiri tanpa kasih sayang ayah dan hidup tanpa titik peluh seorang lelaki. Kami masih mampu hidup walau tiada satu sen naskah pun dari ayah sejak dia berpisah dgn mama. Kabar yg saya tahu pasal ayah, dia sudah pun mempunyai isteri ke tiga dan anak sudah dua. Dua-dua adalah lelaki. Bagaimana dengan isteri kedua nya? Mereka telah ber cerai dan ayah mempunyai 3 anak bersama isteri kedua nya. Dan dengar juga isteri kedua nya telah pun berkahwin lagi utk meneruskan hidup dan tidak mharapkan ape2 dari ayah. Berbeza dengan mama ku yg memilih untuk hidup sendiri tanpa lelaki. Mama lah idola saya. Mama mampu buktikan yg lelaki bukanlah saje boleh di gelar super hero, wanita juga boleh menggapai gelaran super-women.Tanpa saya sedari, rupanya dari tadi, air mata saya berlinangan. Terlalu banyak rintangan dan cabaran yang saya dan keluarga lalui. Rasa nya tak dapat saya huraikan dan ceritakan lebih lanjut .Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini lah kehidupan kami sepanjang ketiadaan ayah bersama kami.tapi kami masih boleh hidup. Cuma, kadang kala, rindu yang datang tiba-tiba buat hati ini menagis mengenangkan nya.

Tujuan saya bukan lah untuk mengambil simpati dari sesiapa. Tapi saya ingin nyatakan, yang saya juga akan dan mampu menjadi super-women seperti mama dan impian saya pula, saya boleh melakukan apa yg lelaki laku kan dan independent seperti mama. Saya akan kuat hadapi apa pun cabaran dan rintangan yang melanda. Asalkan masih ade orang-orang yg memerlukan dan menyayangi saya.

SUPER-WOMEN is the BEST!

No comments:

Post a Comment