Saturday, April 17

Old-Man yang mabuk!

Perkara yang kita tak nak terjadi pasti akan terjadi.Bila kita sedang tertawa dan gembira, tiba tiba terjadi sesuatu yang menakutkan. Hingga mungkin buat kita trauma. Dan ketakutan bila ingat.

Ceritanya= Bila saya dan rakan rakan sedang ber teka teki dan ber gembira, tiba tiba lelaki tua cina yang mabuk, di kenali menghampiri. Tangan ku cuba di capai nya,Kerana satu gurauan oleh salah seorang rakan. Dengan pantas saya yang dalam ketakukan menjerit, " Jangan lah Uncle.. " Terus kuat Fatien Mok saya peluk. Menggigil keadaan saya ketika ini. Seorang pekerja restoran mamak ( sebagai pembuat air ) kebetulan berada di tempat kejadian, juga saya dan rakan rakan kenali, dengan pantas menegur akan perbuatan Uncle tersebut yang agak tidak sopan itu. Abang John. Saya salute dia yang gentle bersuara berbanding yang lain menjdai penonton saje. Terima kasih John !

Tetapi malang nya, Uncle yang sudah mabuk ini, tidak dapat menerima nya dan mengamuk di situ. Gelas air di atas meja di capai nya dan, " boommmm! " Di baling gelas itu di atas meja. Air yang berada di gelas, tertumpah di beg Mok. Saya takut sangat waktu ini. Baby yang keliru dan tak tahu cerita itu bertanya tanya. Uncle terus mengamuk dan mencapai pisau menuju ke arah John. Saya dan Mok semakin ketakutan. Mok terus beritahu pd Baby yang Uncle itu cuba melakukan pekara yang tidak sopan pada saya.Baby marah. Di capai nya kayu yang berdekatan. Saya dan Mok semakin ketakutan. Tanpa di sedari, kami menangis kerana takut yang teramat. Saya tak tahu nak buat apa. Tiada siapa yang cuba bertindak mengeruhkan keadaan. Saya menggigil. Mok juga. Apa akan ter jadi ni? Di kepala takut akan terjadi sesuatu pada Baby. Saya buntu dan berlari ke dalam cyber cafe. Berdiri saya dan Mok di tepi. Ketakutan.. Sehinggalah segalanya kembali tenang dan Uncle tersebut pulang di jemput anak nya yang kami kenali. Baby panggil saya dan Mok keluar. Saya masih dalam ketakutan. Saya duduk dan bersandar di bahu Mok. Saya hanya mendiamkan diri.. Di belai Mok dan di peluk. Kemudian, Baby menghampiri dan bahu nya sebagai ganti. Saya menangis di bahu nya. Saya takut sesuatu buruk berlaku kepada nya. Baby menenangkan saya. Mok pulang di jemput Andy. Sesuatu yang Mok kata kan waktu itu, benar benar buat saya sedih dan terharu :-

" Wey, korang tengok tengok kan Ika tau. Jaga dia bebaik. Pul, jage Ika. Jangan buat die nangis lagi. Nanti aku sedih.. Aku risau sangat tengok die ni.. Jaga die TAU!! "

Mok, sebenarnya kite sedih sangat awak cakap macam tu. Kite taktahu kenape. Air mata kite mengalir bila awak cakap macamtu.Macam malam ni adalah hari terakhir awak jumpe kite.Jangan tau! Awak satu satu bestgirlfriends yang kita ade skg tau. Terharu juga. Terima kasih Mok. Kite sayang awak sgt tau ! Kite taktahu nak cakap ape lagi dlm keadaan begini. Thanksss.....

Saya pulang. Rehat kan diri. Baby always with me. Thanks too God bagi kesempatan ini. Saya taknak hilang Saiful Azhar saya............ Maaf jika coretan ini tidak di fahami. Kerana saya yang takdapat menghuraikan kan terlalu banyak saat ini..

-----------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment