Monday, April 12

Baby Siblings


LOKASI: Pizza Hut,Damansara Aliff- Restaurant Sayam,Stulang Laut
WATAK: Along&Kak Long , Angah&Abg Wan , Atikah&Saiful, Aemy, Mira

Kami ber-kumpul di kediaman Mama Bulat selepas Maghrib. Setelah semua adik beradik ada, kami ber gerak ke lokasi pertama iaitu Pizza Hut, Damansara Aliff memandangkan ini adalah rancangan sebenar kami untuk menghabiskan waktu makan malam. Angah yang sedang membawa orang ketiga di dalam perutnya ( winks ) teringin untuk makan Pizza.Kata Angah, " Baby nak... " dengan nada manja nya. Jadi ini lah sebab utama saya mahu kami bersama di Pizza Hut.

Kami tiba di lokasi yang di rancang. Tetapi kami mungkin agak lewat. Saya dan Adik menuju ke pintu masuk Restaurant tersebut. Wahh, besar sungguh res. Pizza yang baru di buka ini.. Pekerja dan manager berada di situ sebagai penyambut. Mari ber-dialog :-

Atikah: Saya mahu table untuk 8 orang. Ada tak ?

Manager: Maaf lah cik. Table untuk 8 orang memang ada. Tapi, Pizza sudah habis lah. Tinggal Chunky je cik. Macam ne ?

Atikah: Huh? Boleh ye macam tu ? Tak pe lah. Tq...

Dengan perasaan hampa, saya melangkah ke mereka. Dan, " Manager die cakap, pizza dah habis..tggl yg baru ( Chunky ) je.. Cmne ? " Saya terus melihat ke arah Angah. Ternyata, Angah agak kecewa. Im sorry Angah. Kita terlambat kan.. Along suggest, tanya mereka ade tak Pizza yang buka 24 hours or ade lagi tak res. Pizza yang pizza nya masih ada. Tapi bila di fikir, tiada Pizza Hut di Johor ini yang 24 hours waktu bekerja nya. Along tanye saya, " Macamne Ika? Kita nak mkn kat mana? Kita tak selalu kumpul adik beadik ni. Along tak kisah. Bukan duit Along.Hehe.. " Terus kedengaran suara Angah, " Ayong je lahh... " kedengaran suara sedih beliau. Kami menerima kata putus dari semua, dan bergerak.

Semasa perjalanan, saya terfikir, minggu yang lepas, Aemy baru saje belanja kami di Ayong. Saya tak nak minggu ini di situ juga. Jadi saya minta Baby suggest tempat untuk makan di lain tempat. Fikir dan fikir, Baby dapat satu tempat. dan saya terus text Along. Along setuju. Kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang ke dua. Di, Restaurant Sayam, Stulang Laut. Saya juga tidak lupa text Angah minta maaf tak dapat tunaikan permintaan Angah supper di Pizza Hut. Feedback dari Angah agak menyenangkan hati saya. TQ Angah. ~

Kami tiba di Sayam. Thanks God. Tak ramai even hari ni adalah weekend. Kami pilih table di hadapan. Muat untuk 8 orang. Order di ambil oleh pekerja wanita di situ. Mari lihat apa yang kami makan :-

~Nasi Putih
~Tom Yam Campur
~Daging Masak Merah
~Daging Paprik
~Burung Puyuh Goreng Kunyit
~Udang Sambal
~Udang Black Paper
~Sotong Tepung
~Sotong Touchu
~Siakap 3 Rasa
~Siakap Masam Manis
~Baby Kailan Ikan Masin
~Sate Lembu dan Ayam

Makanan sudah pun di depan mata. Kami makan dengan seleranya. Selesai makan, saya dan Baby ke kaunter untuk melangsaikan harga untuk supper kami. Sengaja tidak kami minta pekerja Sayam datang di table. Saya tidak mahu adik beradik ipar saya ini tahu akan nilai makanan kami tadi. Hanya Baby yang tahu. Because he is always wanna know and with me. hehehe.. Kata nya, " mana tahu tak cukup, Baby boleh tambah. " Alasan kan. Saya dah bajet. dan Alhamdulillah.. Saya juga sempat belikan Mama Bulat Mee Hun Tom Yam. Kami berbual sementara tunggu makanan Mama Bulat siap. Banyak yang kami bualkan dan gurauan dengan Along yang hari tu ceria sangat. Terus terang, Family Baby saya memang BEST. Saya semakin Sayang mereka. Tak saya lupa pesan Along pada saya dan Baby, " cepatlah korang kawin. jgn tunggu lame lame. Nikah penting.. " Saya tersenyum malu. Baby dengan slumber, " Bulan 5 ni kitrang baru nak pergi amik kursus kawin.. " ( memang pun, plan kami. Insyaallah. .) Banyak yang buat saya tersipu malu. ( winks ) Happy sangat malam ni. ~

Kami bergerak pulang. Baby bawa kami round Bandar Johor dulu sebelum pulang. Sebenarnya, even kami semua tidak dapat supper di Pizza, tapi kami masih happy. Kalau ada rezeki lagi satu hari nanti, saya akan bawa mereka makan Pizza Hut pula dan ramai ramai ber-pawagam dan ber-bowling. Insyallah.. Saya akan jadi kan hari ini dan malam ini sebagai kenangan yang sangat indah dalam hidup saya dan family Baby..

To Baby dan Siblings :-

" Terima kasih kerana membahagiakan saya dan memberi satu sinar yang amat bermakna dalam hidup saya since2007. Jujur, saya amat bahagia dan merasakan kasih sayang keluarga baru ini. Love you all.... "

*Tiada gambar sepanjang hari ini. Maaf!

No comments:

Post a Comment