Friday, April 30

Cantik. Beautiful

Beberapa hari ni Cantik sering berada di sini.Kesian pada Cantik.Tak ada siapa yang jage dia.Cantik punya bulu yang cantik menarik tertarik.Berwarna coklat.Matanya ade coklat merah dan kelabu.Sebab itu lah saya panggil dia Cantik.Semalam saya bagi nasi digaul bersama ikangoreng.Cantik lapar sangat.Dia makan.Saya sediakan air di tepi nasi biar Cantik tak tercekik tulang.Saya tengok Cantik makan,hati saya sayu. "Maaf ye Cantik.Ini je yang kite mampu bagi.." Saya teringin sangat nak belai belai Cantik.Tapi malangnya saya takut akan Cantik.Saya taktahu kenapa.Tapi saya sering terbayang jari saya di gigit.Bukan sebab saya geli.Tidak.

Mai ada bersama.Jadi saya minta dia tolong belaikan Cantik untuk saya.Saya minta Mai tolong pegang kan Cantik,saya nak ambil gambarnya.Tapi saya tibatiba di sound oleh seseorang.Saya lupa siapa,tapi di antara rakan juga.Dia kate :-

Jangan amek gamba dia.Nanti dia mati tauu..

Saya jadi pelik.Betul ke? Orang kata kita tak boleh ambil gambar mereka,sebab nanti mereka mati. Tapi saya jawab, "Nonsen lahh.." Biasalah saya ni.Degil.Ramai juga yang berkata benda yang sama pada saya.Taktahu sejauh mana kenyataan ini.Habis kat Mudah tu,org nak jual jual mereka,mati ke nanti? Ini dia saya kenalkan, " Cantik! "



Ini lah dia Cantik yang saya maksudkan.Sangat cantik kan?Mungkin dalam gambar nampak seperti biasa,Kesian Cantik.Siapalah yang membuangnya?Saya terasa mahu menjaganya.Tapi saya masih tak berani.Saya pun makan tak tentu inikan mahu bagi Cantik makan.Berdosa saya jika tidak menjaga nya dengan baik.Saya tak mahu ini. Selepas saya bagi Cantik makan,Cantik tidur.Comel style dia tidur.Saya pun berlalu ke Cyber Cafe berdekatan.Saya ambil di PC hadapan sekali.Tiba tiba, saya nampak Cantik sedang duduk betul betul di hadapan cermin berdekatan saya melihat saya. Wahh, comel sangat. Cantik seakan sudah mengenali saya dan mahu menjaga saya.Choii,betul ke saya ni?GHahah.. Biasalah for first time cuba buang ketakutan ini. Okaylah. Time to out..

See u Cantik. Jaga diri ye,Jumpa lagi malam nanti tau. Nanti kite bagi Cantik makan lagi ye, biar badan Cantik montok dan mantop :)
 ---------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment