Monday, May 10

Permaisuri Hatiku

Tanggal 9 Mei 2010 adalah hari yang paling bermakna untuk Ibu Ibu di Bumi ini. Inilah ucapan dari saya untuk dua orang wanita yang ada dalam hidup saya dulu,kini dan selamanya.Saya mahu jadi yang terakhir menulis ini untuk kedua dua wanita yang paling saya sayang di dunia ini.

Kepada wanita yang telah melahirkan saya didunia Allah SWT yang luas ini, Puan Rohana Bte M.Din yang dilahirkan pada 01 Ogos 1968 yang saya gelar Mama :-

Terima kasih untuk segalanya yang Mama telah berikan pada Tikah. Even Tikah degil tak nak dengar cakap Mama kadangkadang (selalu kot) tapi Tikah tetap ingat pesan Mama dan ape yang pernah Mama lakukan untuk Tikah. Tikah tak pernah buang Mama dari hidup Tikah ni even macam macam pekara yang terjadi sampai buat Tikah hilang hormat dan terkilan pada Mama suatu ketika dahulu. Tapi Tikah tetap dan tetap Sayangkan Mama. Pengorbanan Mama saat kita dalam kesusahan dahulu tak kan pernah Tikah lupakan. Kekuatan Mama adalah kekuatan Tikah. Untuk menjadi sekuat segagah setabah seperti Mama adalah satu impian Tikah atau mungkin Tikah tak kan mampu jadi seperti Mama. Mama, Mama tetap Mama Tikah yang paling cantik dan comel di hati ini. Tikah mungkin tak sepandai dan sebijak Kakak, tapi Tikah ada matlamat Tikah DAN impian Tikah yang Tikah semai dalam diri ni untuk kita sekeluarga satu hari nanti.  Maafkan Tikah Mama.Ampunkan segala dosa ni dari Tikah dilahirkan sampailah Tikah kenal erti kehidupan. I love you se damn much yang ada!

Kepada seorang lagi wanita yang juga digelar Mama atau lebih manja Mama Bulat atau dikenali sebagai Puan Rafeah Binti Selamat dilahirkan pada 28 Mac 1956 :-

Selamat hari Ibu Mama Bulat! Mama,even Mama bukan lah Mama yang melahirkan Tqa dan baru 7 tahun Tqa mengenali Mama,tapi Tqa dah anggap Mama seperti Mama Tqa sendiri yang memberi banyak tunjuk ajar dan nasihat yang berguna seperti seorang anak sendiri. Masa mula mula kenal Mama, pada tahun 2004. Masa tu Tqa kawan dengan Amy.Mama memang sporting dan suka bergurau dengan Tqa tiap kali Tqa call Amy dan datang rumah.Dari situ Tqa kenal keluarga Mama mula dari Papa, Along, Angah, Abg Acid,Adik dan seseorang yang bermakna dalam hidup Tqa ni, Saiful Azhar. Anak lelaki no3 Mama.Lama lama,semua tahu yang Amy bukanlah ada apeape hubungan dengan Tqa tidak lebih dari sahabat baik atau 'adik'.Mama tak pernah marah Tqa berhubungan dengan Saiful.Mama dan keluara yang lain juga merstui kami.Terima Kasih Mama.Tqa semakin rapat dengan Mama.Teguran tunjuk ajar yang Mama bentangkan tak pernah Tqa abaikan.Mama pernah menjadi tempat Tqa meluahkan perasaan sedih di hati ini dan mendengar cerita Tqa.Mama pernah membelai rambut Tqa diwaktu Tqa menangis di peha Mama akibat perasaan sedih yang tak terhingga saat itu melanda hati.Tak silap Tqa raya 2009.Mama baik dan Mama adalah seorang wanita yang terbaik selain Mama kandung Tqa sendiri.Tqa salute dengan kekuatan Mama membesarkan enam orang anak dengan bermacam macam dugaan yang Tqa tahu.Mama tahu kesukaan Tqa, Teh susu Mama memang sedap. Kari dan Asam pedas Mama buat Tqa sampai nak hirup.Mama suka tengok Tqa makan macamtu kan?hehe..Sama dengan Papa.Mama tak lokek apa pun.Dari segi makanan,resepi,nasihat,dan tunjuk ajar.Andai Tqa ada lakukan salah selama Tqa mengenali Mama,ampunkan lah Tqa Mama. I loveyou Mama Bulat!

Jadi, Selamat Hari Ibu Mama Mama kesayanganku. Kau lah Permaisuru Hati ku. Mmuuarhhh I love you!

No comments:

Post a Comment