Saturday, May 1

Bye APRIL

Sememangnya semua tahu hari pertama di bulan May adalah Hari Pekerja atau Hari Buruh kepada pekerja seperti saya, Baby dan semua yang mengenali. Jadi saya rajinkan diri search di Google tentang Hari Buruh sedunia ini dan mula menaip sedikit tentang sejarah nya.

Pada tahun 1884, The Federation of Organized Trades and Labor Unions telah menyebarkan resolusi untuk menetapkan 8 jam sehari sebagai waktu kerja yang sah bermula dari 1 Mei 1886. Resolusi tersebut menyeru agar para pekerja melakukan demonstrasi umum untukmencapai tujuan itu memandangkan kaedah mengikut saluran yang sah telah dianggap gagal. Pada ketika itu, pekerja dipaksa bekerja selama 10, 12 hingga 14 jam sehari. Sokongan kepada gerakan ini telah tumbuh dengan cepat.Pada April 1886, dianggarkan seramai 250,000 pekerja telah menyertainya. Gerakan ini berpusat di Chicago dan dianjurkan oleh golongan anarki dari International Working People’s Association. Ahli perniagaan dan pemimpin negara pada ketika itu merasa bimbang dengan peningkatan pengaruh revolusi ini dan mereka telah membuat persediaan sewajarnya. Bilangan polis dan anggota keselamatan ditambah dan senjata baru dibekalkan, dibiayai oleh ketua-ketua perniagaan tempatan. Antaranya, Kelab Komersial Chicago, yang telah membeli senjata bernilai US$2000 untuk Pengawal Keselamatan Illinois mengawal kemaraan demonstrasi. Walaubagaimanapun, pada 1hb Mei, gerakan ini telah berjaya memenangi hati kebanyakan para pekerja termasuklah pembuat pakaian, pembaiki kasut dan para buruh. Pada 3hb Mei 1886, untuk mengekang kemaraan,pihak polis telah melepaskan tembakan amaran kepada para pendemonstrasi di hadapan kilang McCormick Reaper Works, menyebabkan 4 orang terkorban dan banyak yang cedera. Keesokannya, golongan anarki telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah tindakan pihak berkuasa tersebut di dataran Haymarket. Perhimpunan ini berjalan lancar sehinggalah jurubicara terakhir berucap di pentas. Orang ramai mulai beredar dan hanya tinggal beberapa ratusan orang. Ketika inilah, 180 orang polis telah mengepung medan tersebut dan mengarahkan agar perhimpunan itu dibubarkan. Ketika pembicara terakhir turun dari pentas, sebiji bom dilemparkan ke arah polis, membunuh seorang dan mencederakan 70 orang yang lain. Polis bertindakbalas melepaskan tembakan ke khalayak ramai mengakibatkan seorang pekerja mati dan ramai yang cedera. Inilah secara ringkas sejarah perjuangan yang dimulakan oleh golongan anarki sosialis untuk menuntut hak dan keadilan golongan pekerja terhadap majikan. Perjuangan ini akhirnya diabadikan dengan sambutan Hari Buruh.
---------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment