Friday, July 30

Cantik Gone?

Cantik baru melahirkan lima anaknya.
Semuanya hitam tapi bulu lawa-lawa.
Dah satu minggu selepas Cantik beranak,
mereka bersama saya.

Datang je ke tempat niaga,
pasti Cantik dan anak-anak yg dcari.
Cantik pula terkedek-kedek lah ke arah saya,
ouh! Cantik sudah tahu saya akan datang.
Di gesel-gesel badan nya di kaki saya,
dan mengiyaw manja.

Sejak Cantik datang dalam hidup saya,
tak di akui saya sudah tidak takut pada kucing.
Kemanjaan Cantik buat saya hilang secara perlahan,
rasa takut pada kucing-kucing.

Tapi dah tiga hari ni,
tiada lagi Cantik bersama saya.
Tiada lagi kegedikan nya bila bersama saya,
Tiada lagi ngiyawan manja nya,
Tiada lagi lenggok terkedek kedek nya kearah saya,
Tiada lagi baby-baby yg comel tu,
Yg baru saje saya plan nak bagi nama,
yg best2 pada mereka sebab mereka sangat manja
dan Cute seribu kali.
Cantik dah hilang!
=(

Baby kate,
"maybe ade orang yg amek Cantik n ank2 die, yunk.."
Sob..sob..sob..
Saya bagai kan anak kecil,
Yg kehilangan anak patung Barbie Doll nya.
Mencari kesana kesini dan kesitu,
Tapi masih tidak berjumpa.

Cantik,
mana Cantik pergi?
Kalau Cantik di ambil org,
kakak doa kan org tu adalah org yg syg Cantik
dan bagi Cantik makan dgn baik.
Kakak tunggu Cantik kat sini yee..
Kakak dah mula sayang Cantik,
nape Cantik pergi juga?

Rinduu Cantik ;(
Risau sangat kalau ape-ape terjadi pada Cantik dan Babies.....

Pada sesiapa yg mengambil Cantik dan anak-anak nya, Tolong lah jaga dengan baik. Kalau rase takdapat tanggung mereka, sila pulangkan di mana anda mengambilnya. Terima Kasih. Sangat menghargai nya.

Thursday, July 29

Cepatnya 2010

Perasan tak yang tahun 2010 ni berlalu begitu pantas kan?
Tak sangka sangat dah nak masuk bulan Ramadhan pun.
Sebulan lepastu Raya dan akan masuk lah tahun baru.
Puasa tak ganti-ganti lagi. (teruk nya saya ni)

Macam-macam yang berlaku tahun ni tau.
Perasaan gembira, sedih, ketawa, nangis, kecewa, sakit dan macam-macam lah.
Tapi saya masih berdiri di sini dan,
masih boleh update blog ni.
Cuma saya agak terkilan saya masih menjadi penggangur terhomat di siang hari,
di malam hari pula saya meniaga bersama Baby.
Mencari rezeki yang halal dan
sama-sama cari jalan dan berusaha untuk
terus maju ke hadapan.

Siapa yg tak selalu jumpa saya,
Bila terjumpa tak dirancang atau secara kebetulan pasti,
"Eh?gemok ey skrg.." or "Dah kawen ke?tak jmput pun.." etc.
Saya hanya tersenyum dan menjawab ape sje yg perlu.
=)

Bila duduk sorang-sorang,
Mula lah terkenang kisah dulu-dulu.
Ade pahit dan ade juga yg manis nya,
Yg pahit saya jadikan sebagai pengajaran,
dan yg manis saya jadikan sebagai kenangan yg paling indah
yg akan saya simpan rapi.

Ramai yg saya kenal,
bermacam2 karenah bermacam2 colour.
Bercolour pelangi pun ada tau.hehe..
Happy je dapat kenali mereka yg berwarna warni ni,
ada dalam hidup saya.
Terima kasih semua nya!

Walau dah habis zaman sekolah,
tapi saya masih keep in touch dgn bestfriend.
Bila hang out bersama seronok nya rase!
=)

Lagi seronok life saya ni,
bila saya ade die dalam hidup saya,
yg tak pernah putus asa menjaga
dan bersama saya yg keras ni. ;p
Yg ikhlas mencintai diri ini.
Terima kasih sayang!

Hidup hidup oh di tahun 2010.

Tahun ni,saya tolong Mama jual Kek Asam Manis turun temurun dari arwah nenek.Sesiapa yg nak order utk Raya boleh lah rase dulu.If sedap boleh lah order.hehe..Yg penting,so far tak pernah ade yg complain tak sedap.hehe.. Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan! =)

Wednesday, July 28

Persamaan. Perbezaan.

Saya seorang yang kepoh bila sudah dikenali,
Die seorang yang peramah juga senang disenangi sesiapa.
Persamaan : Kami sama sama gile bila masenye tyme.Haha

Saya suka meriuh rendahkan suasana bila berdua,
Bagi saya sunyi itu mati kalau boleh saya nak jadi DJ dimana2 stesen radio.
Die juga begitu suka melayan karenah saya takpernah kenal erti jemu,penat dan busan,
Malah akan die jadikan lagi suasana riuh rendah.hehe
Persamaan : Boleh kami jadi DJ partner di stesen radio nanti.

Saya sering ikutkan perasaan dalam ape sahaje yang saya lakukan,
Tapi saya tak kenal erti putus asa walau sakit untuk ditempuhi.
Tidak pula untuk die baginye ikut perasaan kebinasaan lah jalannya,
Perkara yang salah akan dibetulkan nya yang betul akan di sokongnya,
Persamaan : Tiada istilah ‘give up’ dalam diri kami.

Saya selalu mengalir kan air mate tatkala sedih melanda,
Kalau lah boleh penuh satu baldi tu.
Tapi die akan menjadi pengering pipi yang basah ini,
Hanya dengan katakata pedas supaya terbakarlah semangat,
Kerana bgnya menangis bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Persamaan : Kami samasama membakar dan menjadi pendengar yg setia.

Saya suka membebel bebel dan terus membebel,
Ade sahaje yang saya rase nak terus membebel,
Tapi bila angin tak betul datang bak kata die “masuk air”,
Mulalah muka masam mencuka.
Die pula tak pernah nak merungut tapi menjadi penyelesai,
Menyakat dan mendengki hingga melihat saya tersenyum itulah die,
Tapi bile sesuatu tu tak betul dan tak kene di matenya,
Pasti “naik hantu” dan matanya tajam seperti singa jantan,
yang hanya tunggu mase untuk terkam mangsanya.TAKUT!
Persamaannya : Berangin satu badan dan ego.

Saya akan ketawa dan ketawa bila bersama die,
Bagi saya die lah pengubat duka di jiwa raga tatkala susah,
dan penambah perisa di waktu senang.
Die tak akan berhenti menjadi pengarah drama komedi,
Dan serius yang akan di tayangkan pada 2129,
Baginya melihat saya ketawa riang kegembiraan,
Adalah satu kewajipan dan ketenangan dalam dirinye,
Persamaan : Susah senang kami bersama.

Terlalu banyak keistimewaan,kekurangan dan positive,negative dalam saya dan die.
Ade satu yang menjadi kan kami HoNEyBEe yang hidup dengan satu hati dua jiwa.

" Sebelah hati untuk saya dan sebelah lagi untuk die. "

Wednesday, July 21

Happy Forever Baby

Sampai Hujung Nyawa
.Nurulatikah & Mohd Saifuzhar.
-Ika & Epul-

Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu

Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

Rinduku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...

Tuesday, July 20

Off. Cuti.



Kehidupan saya seperti biasa saja.Hujung minggu yg lepas,saya menghabiskan masa masih bersama Baby.Besama kawankawan nya : Botak dan Fahmy. Hanya menaiki satu kereta,kami menuju ke Hutan Bandar.Memang dari before ni nak kesana tapi tak berkesempatan.Setibanya di Hutan Bandar,agak full jugak lah.Taksilap masa tu 848p.m di sana.Hati pun berbisik sendiri: (Wahh mesti sedap ni.Ramai je org) Perut pun semakin bising menyanyi.Taksampai 10minute berdiri cari tempat duduk,akhirnya ade juga meja yg baru saje di clean kan.Duduk dan order di ambil.Botak,Fahmy dan Baby memilih Chicken Chop dan saya pula Steak.Tunggu punya tunggu, 30minute jugak lah baru order sampai setelah kacang rebus dan otak otak habis di masuk kan ke dalam perut masing masing.Tengok memang menyelerakan. (biasanya saya takpernah miss ambil pic ape2pun bila keluar,tapi mlm tu boleh lupa kulak.chiss) Kami mula makan dan makan. Amat mengecewakan, Steak saya tidak lah sehebat di perkatakan.Black Pepper sauce nye boleh lah saya katakan TOP.Then,Chicken Chop di situ memang best.Sedap kulak bila dah jamah Baby kunye!

First time,makan Steak tak habis.Daging liat dan rase rebusan nya.Huh! Takpelah. Nextime datang makan Chicken Chop pulak.Dah kinyang,perut masing masing kedepan.Espcialy,Botak.haha.. (sowi Tak if kau baca entry ni lahh hehe) Pergi ke kaunter,bayar dan gerak ke lokasi seterusnya.Karoke Festive Mall DB.Botak kunye plan nak melalak puas puas malam tu.Dlm kereta,mintak kat Fahmy gula Hacks.Tapi takde,die bagi ape tah name gula ni.Tinggal satu je,share ngan Baby.Tekak loya pulak sebab Steak tu kot.Sampai je kat DB,parking.Before masuk dalam melalak,sang jejaka ber-dessert kejap. (hisap rokok kulak.keras lahh dorang takde rokok weyh lg2 pas makan) Masuk kene tunggu pula turn.Bilik full semua.Sambil tunggu ambil gambar kejap.Haha..Botak jadi Papparazi saya malam tu ;) Thanx Tak !

Tettt! Dah boleh masuk. 10 lagu untuk malam tu.Melalak lah puas puas ye Botak.Si Fahmy pulak, baik kau takpayah ikot.kau tak habis2 dgn FF kau kann.patu duduk menyandar mcm penagih punn ade aku tgk.haha wexxx;p Saya dan Baby berduet Andang Cintaku Menyala dan beberapa lagu lagi.Best sangat kan Yunkkk! =D Kitwg memang enjoy lah even ber-empat je. =) Kami tetap Happy tauuu.. Balik tu,seround bandar dan pulang ke Perling.

Lepak depan rumah,borak borak,kawan yg lain pulak datang.Then kami menerima berita,salah seorang daripada kenalan skg berada di spital. Saya rasa terkilan dengan manusia2 yg berhati hitam yg sanggup jadikan org yg tak bersalah dan tak langsung kacau sesiapa sebagai mangsa.HUH! Beliau memang sangat baik sepanjang saya kenal.Tak kacau sesiape dan hanya buat hal sendiri.Teringat tentang beliau,hati ni sayu je mendapat tahu khabar tersebut.Semoga beliau sembuh dan kuat semangat! Aminn..

Saya happy dengan life saya sekarang.Bersama Baby dan dunia saya.Kami tak kacau sesiapa dan kami hanya buat kerja kami sendiri.Kami tak nak masuk campur hal sesiapa.Yang penting,kami tak diganggu.
Semoga hari hari yg kami lalui di rahmati Allah. Amin. .

Monday, July 12

-Yang Terindah-

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, July 8

Poem by B-M

K A W A N

Kawan,
Saat kau datang di sini
Tak punya ape apa hanya si Dia
Aku lah yg bersama mu
Aku juga cuba untuk buat kau tidak rasa keseorangan
Dengan masalh yg kau hadapi yg kau lalui
Aku cuba menjadi pendengar dan separuh dari kekuatan kau
Bagi aku saat itu
Umur bukan halangan untuk aku dan kau takboleh menjalinkan satu ikatan persahabatan
Si Dia kawan baik kepada insan istimewa dalam hidupku
Dan aku juga cuba untuk jadikan kau seperti Si Dia dalam hidup kami
Sikap kau itu yg aku tahu kau pun tahu
Buat aku masih boleh bersabar
Sebab bagiku tentang diri mu
Kau seorang yg baik juga pendengar yg setia
Nasihat yg kau bagi aku ambil untuk aku gunakan
Walau aku cepat bosan berkawan dengan seseorang yg takboleh berfikir baik dengan ape yg terjadi
Tetapi aku masih boleh terima dirimu kawan.

Kawan,
Aku tak lah sebaik sehebat sesempurna sebagus yang kau katakan
Aku punya kekurangan aku sendiri
Nobody perfect kawan.
Kalau hanya dengan satu teguran untuk buat aku tak benci kau saat itu
Kau terasa hati dengan aku
Maafkan aku kawan
Kerana aku tak dapat teruskan lagi semua ini dengan insan sepertimu
Kau pertikaikan tentang umur
Hanya kerana aku muda dari mu dan aku tak boleh tegur kau begitu
Kenapa sebelum ini kau tak pertikaikan semua itu?
Atau kau lebih senang aku panggil kau “Kakak” dan cium tangan kau
Itu ke sebenarnya yg kau mahukan?
Atau juga kau tak faham istilah dan erti persahabatan.

Kawan,
Sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidupku
Disakiti oleh kawan kawan.
Aku juga  takharapkan ape ape dari mu
Cukup sekadar untuk kau fikirkan ape yg terjadi selama ini
Dan cukup aku rase kau nampk ape yg telah berubah
Dulu dan kini.
Maafkan aku kawan
Semoga kau bahagia kawan
Dalam hidup dan dunia kau
Semoga suatu hari
Tak terjadilah perkara seperti ini dalam hidupmu kawan.
Terima kasih kerana ‘menghargai’ ape yg aku lakukan selama ini.

Wednesday, July 7

Namunku Punya Hati.

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu di izin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
'Cacat' begini

Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Thursday, July 1

Welcome July :)

Caption entry: Goodbye June is hard to over.
(kelakar pula ada caption ni hehe)

Wahh kawan kawan.Tak sangka dah bulan Julai kan.Macam baru semalam new year of ten gituu ;D
Lagi 2bulan pun Ramdhan (oh tidak!saya tak ganti lagi puase yang saya ponteng.dose nyaa.bila lagi nii.nafsu makan je skg ni.macamne nak puase gini?) dan Raya (kalau sebut raya laju je.amboi..taksabar shopping baju raya,kasut raya dengan Baby.haha buruk perangai tauu)

Esok saya ade interview tau.Semoga saya di terima bekerja.Aminn..ALLAH,terima lah doa hamba mu ini. Nervous nya rasa even dah banyak kali jugak lah gi mana mana kunye interview. (positive tu penting Atikah)

Mood: Benci pada mimpi yg sama selama 3 hari.
Describe: Tak tahu lah kenapa tiba tiba saya mimpi pasal itu wanita.Jeezz! Tak terlintas langsung di kepala ni pasal die.Dah lah tu, 3 hari berturut pula.Lain je maksud nya? Tidak tidak tidak.Saya tak akan fikir pekara negative. (berdoa pada ALLAH di elakkan pekara pekara yg menyakitkan) Dah lama sangat pun pekara ni.Saya dah tak nak ingat atau fikir lagi pun.Die dah tak ade dalam khamus hidup kami lagi.She's gone! Saya tak pernah terfikir gak nak benci die tapi sikap kebudakkan dan ketidak maluan die tu buat saya geram suatu ketika dahulu.Semoga wanita itu di redhai ALLAH. Aminn.. "Gi main jauh juah juga ye.Saya tak kacau awak dan hidup awak tauu.TQ! May ALLAH bless u"

Semoga bulan July ini ALLAH memudahkan lagi perjalanan hidup ini.Terima kasih Ya Allah kerana masih hambamu ini melihat dunia mu yg luas dan penuh dengan liku liku. BLESSED =)

Hati Berbisik

Selembut mana hati dijadikan,
Sekeras mana batu,
Setinggi mana kesabaran,
Sederas mana air mata mengalir,
Aku tetap tabah menghadapi segala dugaan.

Biarlah ape ape pun terjadi,
Luka dihati ini tak mudah untuk di ubati,
Pengalaman mengajar erti kehidupan,
Menjadikan diri ini matang,
Walau tidak sematang manusia yg berakal.

Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan,
Dari kesilapan wujudnya pengajaran,
Pengajaran yg mengajar supaya tidak di ulangi,
Pengajaran yg selamanya di ingati.

Istimewanya nasihat dari insan tercinta,
Akan ku ingat sentiasa kerana aku memerlukannya.
Sorry seems to be the hardest word.But whats the point of sorry if u always keep repeating the same mistakes.