Friday, July 30

Cantik Gone?

Cantik baru melahirkan lima anaknya.
Semuanya hitam tapi bulu lawa-lawa.
Dah satu minggu selepas Cantik beranak,
mereka bersama saya.

Datang je ke tempat niaga,
pasti Cantik dan anak-anak yg dcari.
Cantik pula terkedek-kedek lah ke arah saya,
ouh! Cantik sudah tahu saya akan datang.
Di gesel-gesel badan nya di kaki saya,
dan mengiyaw manja.

Sejak Cantik datang dalam hidup saya,
tak di akui saya sudah tidak takut pada kucing.
Kemanjaan Cantik buat saya hilang secara perlahan,
rasa takut pada kucing-kucing.

Tapi dah tiga hari ni,
tiada lagi Cantik bersama saya.
Tiada lagi kegedikan nya bila bersama saya,
Tiada lagi ngiyawan manja nya,
Tiada lagi lenggok terkedek kedek nya kearah saya,
Tiada lagi baby-baby yg comel tu,
Yg baru saje saya plan nak bagi nama,
yg best2 pada mereka sebab mereka sangat manja
dan Cute seribu kali.
Cantik dah hilang!
=(

Baby kate,
"maybe ade orang yg amek Cantik n ank2 die, yunk.."
Sob..sob..sob..
Saya bagai kan anak kecil,
Yg kehilangan anak patung Barbie Doll nya.
Mencari kesana kesini dan kesitu,
Tapi masih tidak berjumpa.

Cantik,
mana Cantik pergi?
Kalau Cantik di ambil org,
kakak doa kan org tu adalah org yg syg Cantik
dan bagi Cantik makan dgn baik.
Kakak tunggu Cantik kat sini yee..
Kakak dah mula sayang Cantik,
nape Cantik pergi juga?

Rinduu Cantik ;(
Risau sangat kalau ape-ape terjadi pada Cantik dan Babies.....

Pada sesiapa yg mengambil Cantik dan anak-anak nya, Tolong lah jaga dengan baik. Kalau rase takdapat tanggung mereka, sila pulangkan di mana anda mengambilnya. Terima Kasih. Sangat menghargai nya.

No comments:

Post a Comment