Thursday, July 8

K A W A N

Kawan,
Saat kau datang di sini
Tak punya ape apa hanya si Dia
Aku lah yg bersama mu
Aku juga cuba untuk buat kau tidak rasa keseorangan
Dengan masalh yg kau hadapi yg kau lalui
Aku cuba menjadi pendengar dan separuh dari kekuatan kau
Bagi aku saat itu
Umur bukan halangan untuk aku dan kau takboleh menjalinkan satu ikatan persahabatan
Si Dia kawan baik kepada insan istimewa dalam hidupku
Dan aku juga cuba untuk jadikan kau seperti Si Dia dalam hidup kami
Sikap kau itu yg aku tahu kau pun tahu
Buat aku masih boleh bersabar
Sebab bagiku tentang diri mu
Kau seorang yg baik juga pendengar yg setia
Nasihat yg kau bagi aku ambil untuk aku gunakan
Walau aku cepat bosan berkawan dengan seseorang yg takboleh berfikir baik dengan ape yg terjadi
Tetapi aku masih boleh terima dirimu kawan.

Kawan,
Aku tak lah sebaik sehebat sesempurna sebagus yang kau katakan
Aku punya kekurangan aku sendiri
Nobody perfect kawan.
Kalau hanya dengan satu teguran untuk buat aku tak benci kau saat itu
Kau terasa hati dengan aku
Maafkan aku kawan
Kerana aku tak dapat teruskan lagi semua ini dengan insan sepertimu
Kau pertikaikan tentang umur
Hanya kerana aku muda dari mu dan aku tak boleh tegur kau begitu
Kenapa sebelum ini kau tak pertikaikan semua itu?
Atau kau lebih senang aku panggil kau “Kakak” dan cium tangan kau
Itu ke sebenarnya yg kau mahukan?
Atau juga kau tak faham istilah dan erti persahabatan.

Kawan,
Sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidupku
Disakiti oleh kawan kawan.
Aku juga  takharapkan ape ape dari mu
Cukup sekadar untuk kau fikirkan ape yg terjadi selama ini
Dan cukup aku rase kau nampk ape yg telah berubah
Dulu dan kini.
Maafkan aku kawan
Semoga kau bahagia kawan
Dalam hidup dan dunia kau
Semoga suatu hari
Tak terjadilah perkara seperti ini dalam hidupmu kawan.
Terima kasih kerana ‘menghargai’ ape yg aku lakukan selama ini.

No comments:

Post a Comment