Thursday, August 12

Terawih. Lepak.

Akhirnya,kesampaian jugak nak terawih jemaah di puasa pertama :) Tenang sangat hati ni bile kaki kanan memijak lantai Masjid Camar. Dalam hati, (macam tak percaya lah pulak) Alhamdulillah dapat juga saya 14 rakaat'. Turut bersama saya, Baby,Adik Myra, Amy dan Noh (jiran sebelah) . Sempat gak berdoa semoga ape yg di hajati dan sedang dalam process berjalan dengan lancar.Amin...

" Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?
Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.
Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan. "

Selepas pulang salin pakaian, kami lepak mamak pulak. Bincang tentang project yg akan di jalankan :) InsyaAllah..Rezeki di bulan Ramadhan ni.Bersama kami, Famy Capang, Botak, Amy lagi (stim), Hamka, Epin, Bard (dtg lmbt lah.bergelas & berjam2 kitoang tggu) dan Faiz. Best jugak lepak ramai2 sambil gelak.Memang gile lah kepala kitoang malam ni.Layan teka teki jugak ;) Nanti kite raya sama2 lagi macam tahun lepas eh korang! Sekarang saya di cc sementara menunggu waktu bersahur; bersama kawan2 tadi kecuali Botak yg dah balik tidur.Nak layan chit chatt di FB kulak. Tadi singgah Batu 5 kejap beli pau kat John Stall. Wah sejuk2 makan pau panas memang mashukk~

Puase penuh tau target tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini menjadi hari yang lebih bermakna~

No comments:

Post a Comment