Thursday, October 28

Di Hadapan PC

Hai kawan-kawan! Kak Long sepatutnya keluar lunch,tapi harini kawan or jiran company sebelah tak ade.Lunch bersama boss beliau.So,Kak Long keseorangan lah di office.Orang lain keluar makan tapi Kak Long duduk ngadap PC. LOL. bukan Kak Long tak boleh beli makan,dah dekat pun,tapi nak bejalan sorang2 tu yang malas tu.Kawasan kat sini bahaya juga lah.Agak berisiko bagi wanita untuk jalan sendirian tanpa teman.Anjing pun boleh tahan banyak nye.

Semalam, Mama mesej minta Kak Long belikan Nasi Ayam Penyek dan Orange Juice.Tapi semalam Kak Long tak sempat.Kesian Mama.Dari haritu lagi disebut2 Nasi Ayam Penyek tu.Teringin katanya.Kak Long niat,harini balik kerja Kak Long nak terus ke Bestmart belikan Mama Nasi Ayam Penyek.Tak sampai hati pula bila Mama cakap teringin dan minta2.Insyaallah,Kak Long sempatkan juga diri ni dan set kan betul2 dalam kepala,sebab Kak Long ni mudah lupa.Kata Izzah: "sebab kuat makan masam2 macam jeruk ke.." yeke? Mungkin kot.Tu yang cepat lupa.

Harini Kak Long rasa tenang.Buat kerja je,busykan diri depan boss.Kurang siket rasa nak beborak dengan boss.Eh?Bukan siket tapi banyak.Tak tahu lah kenapa.Kak Long tengok style orang tu lagi2 die ni boss dan tak seagama dengan kite kan.Tak tahu Kak Long nak describe macam mane boss Kak Long ni.Die ade angin kot.Kejap ok kejap tidak.Itu pasal malas beborak dengan beliau.Kecuali hal2 kerja dan yang penting sahaja.

Pagi tadi Kak Long kacau hubby,die baru nak lelap.Kak Long kejut minta hantar gi kerja.Sorry ye sayang.Nanti bila semua dah settle dan tercapai,baby tak perlu bangun pagi lagi.Yeke?Agaknye lah. hehe.. Love you.Thanx tau!

Lagi satu,Kak Long cemburu lah tengok blog orang lain.Smart dan cantik2 je.Bila Kak Long nak buat macamtu mesti tak jadi.Macam mane ni?Nak yang paling mudah kot kalau ade.Tolong Kak Long.Bagi tips please...

Wednesday, October 27

After 4 days

Empat hari Kak Long tak kerja dan tak online. Musim jerebu ni Kak Long di sahkan demam. Memang macam2 jadi selama 4 hari ni. Malas nak bebel panjang,Kak Long still belum baik. Dah masuk kerja after 2 days MC. Kepala pening tengok meja yang berselerak penuh dengan kerja2 yang tertunggak. -.-" Dugaan untuk orang cuti sakit. Masuk je tadi, office bau something.Ntah bau ape or hidung Kak Long yang something.Yelah,cannot smell anything.Tu yang semua bau tak best ke kan. Waiting for boss masuk office.If boss faham,bagilah Kak Long rest sampai betul2 sihat kan.Huhu..

Kak Long geram sangat.Handphone Kak Long rosak.HUH! Memang marah geram semua ade.Hantar kedai, "ini hp kasik buang dalam longkang saje lo.sudah rosak lu kasik betul akan rosak blik punye." bodoh okay! Memang tension sangat2 lah.Macam2 hal lah.Ade je yang terjadi.Dugaan ke semua ini??Kak Long hope sangat,semua nia de hikmah.Thanx lah pada penjual handphone ni.Sampai hati kan (sedih)

Mood yang tidak baik. (^_^")

Friday, October 22

Satu Perasaan

Pagi ni Kak Long kurang sihat. Selsema, sakit tekak dan sakit badan. Tapi Kak Long still kerja. Tadi boss call, then die tanye, sakit ke? Yes. Tapi die tak de pulak suruh balik or else.Kak Long nak minta halfday rase macam takut pulak dengar boss bising nanti.Tapi kerja Kak Long dah siap.Tinggal nak file-ing je. Kak Long rase lemah sangat sekarang ni.Rase nak pitam pun ade. -.-"

Even Kak Long sakit, tapi Kak Long nak share about yesterday on  evening at hospital. The point more to Baby Hero yang baru lahir berusia satu hari. Baby memang comel,putih.Mata die sepet,sama macam Uncle Bab nye.Tapi muka nye, hidung dan mulut tak ubah seperti Aemy. Adik Angah dan Uncle Bab/My Hubby yang second last. Kata orang sebab terkenan masa Angah sedang sarat. Tapi Baby still comel,Geram sangat tengok die.Baby berat 2.7kg tu, tak nangis seperti bayi2 lain yang berada di hospital semalam.Baby hero senyap je, lagi seronok tido agaknya.Kata Angah, bila dia lahir semalam,kuat suara die nangis. Tapi semalam bila kitorang kacau tak pula die nangis.Hehe.. Jari kaki dan tangan nye, memang panjang.Very soft! Kak Long  geram sangat. Harini Angah balik sudah,menghabiskan waktu berpantang di rumah Mama Bulat. Tak sabar nak jumpe baby hero yang comel tu, nak kacau2 die. ;)

Kak Long nak share juga lah satu perasaan ni mase Kak Long berade di hospital semalam. Kak Long rase kan satu perasaan yang tak tahu nak describe bile Kak Long tengok ibu-ibu dan bayi-bayi mereka.Termasuk lah Angah dan hero.Dalam hati, "nak jugak baby.nak jugak.nak jugak" sebab Kak Long ni memang l;ah sangat2 cintakan budak-budak espcialy saat mereka bayi, mula tersenyum bila di agah,merangkak,berbual pelat, dan mula tateh.hehe..Then Kak Long geram juga bila Amka menyakat Kak Long, "macamne lah bila Kak Long yg mengandung then ade baby kann.." tersenyum malu sampai blushing Kak Long dibuatnye. Hubby cakap, SABAR ye.. haha Kak Long dah tak sabar nak kawen. nak baby banyak2. O'ohh ! Tapi Kak Long dah bersedia sepenuhnye menjadi seorang isteri dan ibu tak lama lagi. Pray for us. Kami nak selesaikan ape yang perlu dahulu. Insyaallah, post Kak Long tak lama lagi akan menggembirakan semua disekeliling Kak Long dan my readers =)

Thursday, October 21

21.10.2010 HERO

ALHAMDULILLAH. Bangun je pagi tadi, Kak Long terima berita gembira daripada Angah dan Adik. Angah dah selamat melahirkan Baby Boy on 5.03am seberat 2.7kg. :) Tahniah Angah! Seronoknye bila Kak Long & Hubby sudah pun di istiharkan menjadi Uncle & Aunty Bab kepada hero sulung keluarga Pak Farouq. Hehe.. Seronok sangat dan bersyukur bila Angah dan Baby selamat. Kak Long pula tak sabar tunggu petang nak balik terus ke hospital.Angah kata, mata baby sepet.sama dengan Uncle Bab.Kak Long dah bayangkan,mesti handsome sangatt baby hero kite ni.hehe.. Pagi tadi Kak Long online gak, family sebelah Ayah, Cik Ida adik ipar Ayah baru jugak melahirkan baby girl pada 20.10.2010 . Sebelah2 dengan Angah je.Congrate !

SERONOK SANGAT !

Monday, October 18

For The Rest of My Life

 
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

 For the rest of my life I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time I`ll be loving you
.loving you For the rest of my life
Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally
I know that deep in my heart..

Saturday, October 16

My Destiny. Eternity.

 

What if I never knew
What if I never found you
I'd never have this feeling in my heart
How did this come to be
I don't know how you found me

But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be my destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time
But forever was just a word
Something I'd only heard about

But now you're always there for me
When you say forever I believe

Maybe all we need is just a little faith
'Cause baby I believe that love will find the way

Monday, October 11

HEBATNYA CINTA. feel it !

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


Friday, October 8

Take A long Time

Assalammualaikum Kawan-kawan semua.

Kak Long nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog.Eh? Rasenya hampir 4hari.Yeke?Last Kak Long update on Monday.Betul lah kan.Heheee.. Kak Long?Why?Since when saya ni jadi Kak Long ye?Meh saya story siket.

KAK LONG ni nama yang di beri kepada saya oleh kawan kawan bakal suami tercinta.Sebab nye saya ni suke membebel dekat diorang semua.Ade saja yang saya buat.Haha..Kami dah macam satu keluarga yang besar.Dari situ lah,lekat sudah nama baru saya ni.Bile semua datang jumpe pasti Kak Long / Kak Lole. Bile di ingat di renung kembali, betul ke saya ni suka membebel? Haha. So kawan kawan pun boleh lah panggil saya Kak Long bagi yang suka dengar bebelan je.Hehehe

Kak Long jarang online sekarang.Sebab nye Kak Long sudah bekerja sekarang ni.Duduk dalam office,memang rilex.Tak perlu keluar di bawah cahaya matahari hanya di bumbungkan dengan air-cond 21`C.Perkembangan terbaru dari Kak Long, Kak Long dah semakin dapat mengikuti selok belok company baru Kak Long ni.Alhamdulillah,Allah tu maha Adil.Kak Long di beri semangat yang kuat dan kekuatan minda yang semua orang pun ade. Kak Long nak share siket mase awal2 Kak Long start kerja.Boss Kak Long ni jenis clumsy. Memang kelam kabut saje lah.Bile buat kerja,Kak Long yang duduk depan die jadi pening kepala tengok.Terus blank.Bile die membebel Kak Long punye darah ni dah naik jugak kat kepala.Tapi kena lah Kak Long ingat yang Kak Long ni kerja dengan orang makan gaji kan.So Kak Long amalkan zikir banyak2.Bila die membebel,Kak Long buat pekak telinga dan terus berzikir.Zikir tu kan ketua bagi segala nya kan.Dari dulu lagi mana saje Kak Long pergi, Kak Long amalkan berzikir.Masuk harini,dah seminggu Kak Long kerja dengan company ni.Kak Long kat luar memang happy-go-lucky and talkactive je tapi bila kat tempat kerja Kak Long serious.Ahakss! Ni kalau Kak Long serious depan 'keluarga besar' Kak Long ni,confirm kena reject.Haha.. Okay, banyak pekara yang Kak Long kena belajar kat sini.Dah nama pun Admin kat company ni.Tu yang agak payah sedikit,tp Kak Long di bantu oleh Bibik Caca.Dulu BibikCaca kerja sini tapi sebab die resign nak bukak bisness sendiri die offer Kak Long ganti tempat die.Thanx Bibik ! :) Tuhan tu memang adil pada umat2 nya..

Sepanjang kerja kat sini, Kak Long kenal seorang staff company jiran.Iza namanya, 23. Orangnye kecik2 je,tak nampak mcm 23.Kak Long tak percaya mula2,kalau boleh Kak Long nak tengok i/c die.Tapi dah melampau sangat tu.Hehe.. Well,Iza ni baik orangnye.Cara percakapan die pun sopan.Baru habis belajar,bulan 11 haritu convo.Die ade apply untuk kelulusan yang die ade,tapi still belum dapat lagi.Tu yang die cari pengalaman.Bagus lah macamtu Iza. :) Semoga suatu saat nanti awak dapat job yang sesuai dengan pendidikan awak.Nanti boleh bawak kite pusing2 satu dunia.Jadi guide.hehe..

Kak Long sekarang ni sedang berusaha untuk mengejar impian dan mencapai matlamat Kak Long.Doa2 kan untuk Kak Long ye. Kak Long tepaksa berundur dulu.Kak Long akan update lagi bila Kak Long ade mase terluang.Terima Kasih masih setia bersama Super-Women ! Love u all mmuaarrhhhh. Peace no War !

Monday, October 4

Kisah Ucuk dan AcamAcen

29.May

Bermulalah hari terindah yang terjadi dalam hidup ucuk dan acamacen.
Pertama kali berjumpe mereka bekirim salam,berbalas pandangan mata,betegor dan bebual.
Dengan hanya,
"nak g mne je la ni.." dan "awk nk kerje x?mmbe ade nk gne org event kat danga bay.."
(Even sudah bertahun2 acamacen masih ingat dialog pertama kali mereka betegur.)
Sehingge betukar no secare tidak dirancang
dan mereka menjalinkn hubungan dengan satu SMS pada malam itu,
terus belarutan.

"Sombongnye awk..pnat je owg dtg Juara sbb nk jmp awk.."
(Manis je ayat si ucuk mase tu)

Start dari hari itu bemula lah kisah cinta dalam hubungan mereka.
Sehingge acamacen mula sedar yang hatinye telah dicuri oleh ucuk.
Acamacen tak dapat menahan perasaan itu,
bagai mandi tak basah makan tak kenyang tidur tak lena.
(Acehcehcehh alahaiii)
Lalu mencari masa yang sesuai meluahkan segalenye kepada ucuk.
Tetapi amat mengecewakan,
hati ucuk telah pun di isi tetapi ucuk digantung.
Tegah nye orang itu sanggup mempergunakan ucuk
dan melayannya seperti boneka.
Macam2 yang bermain dikepala.
Macam2 juga yang acamacen lakukan utk bisa membuat ucuk menerimanya.
Tetapi,
Hati ucuk ketat dikunci dan mungkin mengambil mase yang agak lame utk dibuka kembali.
Bermacam2 dugaan yang terpakse acamacen lalui dengan kesombongan,keegoan ucuk menolak cinta nye.
Sakit, teluka, terasa, kecewa, menangis dan macam2 lagi dirasainye.
Acamacen sanggup menjadi seorang pendengar, sahabat, teman, dan seseorang yang tidak tahu statusnya saat itu dengan SETIA.
Kuatnya cinta acamacen untuk ucuk,
Bekorban ape saja asalkan ucuk bahagia walau hatinya yang terluka.
Di saat acamacen nekad utk buang jauh perasaan cinta nye itu,
Hampir give up disaat ucuk bermain tarik tali dengan nye,
Hingge 7bulan penantian acamacen,
ahernye ucuk sudi menerima cintanya dan sah menjadi miliknye.
Kini mereka hidup bahagia aman dan makmur.
Berjanji sehidup semati, susah senang bersama.
Ouh bahagianya mereka.
Semoga mereka kekal ke anak cucu.