Thursday, October 28

Di Hadapan PC

Hai kawan-kawan! Kak Long sepatutnya keluar lunch,tapi harini kawan or jiran company sebelah tak ade.Lunch bersama boss beliau.So,Kak Long keseorangan lah di office.Orang lain keluar makan tapi Kak Long duduk ngadap PC. LOL. bukan Kak Long tak boleh beli makan,dah dekat pun,tapi nak bejalan sorang2 tu yang malas tu.Kawasan kat sini bahaya juga lah.Agak berisiko bagi wanita untuk jalan sendirian tanpa teman.Anjing pun boleh tahan banyak nye.

Semalam, Mama mesej minta Kak Long belikan Nasi Ayam Penyek dan Orange Juice.Tapi semalam Kak Long tak sempat.Kesian Mama.Dari haritu lagi disebut2 Nasi Ayam Penyek tu.Teringin katanya.Kak Long niat,harini balik kerja Kak Long nak terus ke Bestmart belikan Mama Nasi Ayam Penyek.Tak sampai hati pula bila Mama cakap teringin dan minta2.Insyaallah,Kak Long sempatkan juga diri ni dan set kan betul2 dalam kepala,sebab Kak Long ni mudah lupa.Kata Izzah: "sebab kuat makan masam2 macam jeruk ke.." yeke? Mungkin kot.Tu yang cepat lupa.

Harini Kak Long rasa tenang.Buat kerja je,busykan diri depan boss.Kurang siket rasa nak beborak dengan boss.Eh?Bukan siket tapi banyak.Tak tahu lah kenapa.Kak Long tengok style orang tu lagi2 die ni boss dan tak seagama dengan kite kan.Tak tahu Kak Long nak describe macam mane boss Kak Long ni.Die ade angin kot.Kejap ok kejap tidak.Itu pasal malas beborak dengan beliau.Kecuali hal2 kerja dan yang penting sahaja.

Pagi tadi Kak Long kacau hubby,die baru nak lelap.Kak Long kejut minta hantar gi kerja.Sorry ye sayang.Nanti bila semua dah settle dan tercapai,baby tak perlu bangun pagi lagi.Yeke?Agaknye lah. hehe.. Love you.Thanx tau!

Lagi satu,Kak Long cemburu lah tengok blog orang lain.Smart dan cantik2 je.Bila Kak Long nak buat macamtu mesti tak jadi.Macam mane ni?Nak yang paling mudah kot kalau ade.Tolong Kak Long.Bagi tips please...

1 comment:

  1. blogger.com banyak choice..pilih kat designer button..

    ReplyDelete