Saturday, November 27

Hilang Widget

Alamak ! Hilang pulak widget template yang lepas saya. Macam mana ni? Cantik ke template yang sekarang? Berbelang zebra gitu. I like it ! hehe.. (macam gedik pulak) Apapun, saya memang suka tukar2 template ni. Pada saya, sedap mata memandang dan dapat template yg macam cun je terus nak tukar. haha..

Okay kawan2. See u on the next entry if saya ada masa :) Thanx sebab masih sudi menyinggah di blog saya ini. Love u all !

Tunang Dari Segi Hukum Islam

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Wednesday, November 24

Apakah Maksud Mimpi Ini ?

"Panasnya..sakitnya...pedihnya.... Jangan,jangan tarik lagi,jangan tarik rambut aku..Sakitttt...Sakittt sangattt...Pedih...Tolonglah....Panas.... "

Terdengar nama dipanggil.Tersentap. Oh ! Mama rupanya.. Astarfirruaalazzimm.. Terus tangan memegang rambut yang menutup leherku ini.. Saya bermimpi rupanya..Ya Allah.. Apakah sebenarnya maksudmu ini? Apakah yang sebenarnya ingin kau tunjukkan? Adakah mimpi ini mainan tidur daripada syaitan? Ya Allah... Takutnya aku pada seksaan mu Ya Allah............ Rambut ini... Huh! Telahku biarkan dilihat oleh kaum Adam.Telahku lupakan kewajipan supaya menutup aurat ini.Rambut ini..Telahku buang jauh tudung yang perlu berada dikepala ini..Ohhh Tuhannn..... Ampunkan hambamu ini Tuhann.........Aku lekaaa.........

Tuesday, November 23

Kata Hati

Assalamualaikum ! Macam2 yang terjadi sejak 2 menjak ni. Ada happy ada juga sedihnya. Alhamdulillah, hubby dah baik. Saya sangat bahagia berada disisinya. Peperiksaan SPM sedang berlangsung.Hope, adik2 yang sedang mengambil SPM, buat betul2. Aja aja fighting! Buktikan kepada family yang adik2 boleh berjaya. Banggakan family anda. Ini yang parents mahukan diatas segala pengorbanan mereka selama melahirkan adik2 sekalian. Saya doakan yang terbaik untuk adik2 ye. Yakin boleh !

Well guys. Saya normal dan perasaan pun baik2 saja.Ade 2,3 pekara kadang2 buat saya terganggu. Apapun, I have to be strong dan fight! Bukan mudah untuk kite hadapi dugaan dalam hidup,tapi mudah untuk kite belajar besabar dan kuat.Dekatkan diri pada Tuhan yang Esa. SUBHANALLAH.. Bila ingat Tuhan, banyak dosa2 besar dan kecil ini yang tidak lagi terhapus. Takut kenangkan seksaan kubur, dan api neraka. Takutnya pada Tuhan yang Esa, Allah SWT. :( Sempatkah dan masih banyakkah waktu untuk sujud taubat  kepadanya???

Kepada yang membenci, maafkanlah saya.Andai anda mahu membenci diri ini,teruskanlah.Siapalah saya untuk menghalang anda membenci dan suka pada diri ini? Andai ada tersalah kata dan bahasa,ampunkanlah.Mahupun sengaja atau tidak disengajakan.Kepada yang pernah dimaki atau memaki hamun,saya sudahpun melupakan segala yang lepas,juga saya pohon ampun andai meyakitkan kalian dengan kata2 dan diri ini. Maafkan kesalahan saya supaya tidak lagi berat bahu ini memikul.. Ikhlas dari insan yang tidak sempurna ini...

Monday, November 22

Men-Sampah

Tengah Malam yang 'menyebelkan' ! Dah lah bau sampah ni kuat, pulak tu datang someone yang memang macam sampah. Makin kuat lah pulak bau nya. Menyakitkan hidung dan menyakitkan mata tengok. Apa gaya lah kan kau ni perempuan. Eh, perempuan ke? Macam bukan je. Huahuahuaa..

WHATEVER !
DONT U PERASAN U CANTIK WITH SKIRT U WEAR dan BLOUSE FIT ON UR BODY!
CHOIII

Sunday, November 21

SOULMATE


Wahai my ONLY future husband. 

Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" 

You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?

Dear ONLY you.

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Darling, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Sweetheart, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah  macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."

Saturday, November 20

k.e.l.i.r.u

Kita tak akan tahu bila seseorang tu sukakan kita atau bencikan kita sebab layanan yang diberi kadang-kadang macam suka dan selesa dengan kehadiran kita.
Kan?

Wednesday, November 10

Kalau Berpacaran



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Sunday, November 7

L O V E

It is Love that gives me purpose
to change and grow and learn.
It is Love that guides me on this path
and helps me choose each turn.

It is Love that gives me courage
to stand against my fears.
to open up my heart to you,
to let you see my tears.

It is Love that gives me trust and hope
when little thing go wrong.
When distance stands between us,
it is Love that keeps me strong.

It is Love that offers harmony
and a friendship that is true.
How wonderful that I can share
a Love like this with you!

Friday, November 5

Kau Aku

"kau dan aku adalah satu, tak kira apa.."

Kita miliki sesuatu yang semua orang disekeliling kita tak miliki.

Tuesday, November 2

Realiti Dewi


Adakah ku sedang mimpi
dipuncak awan kita menari
mungkin fantasi
bagai ilusi
hanya ku impi

Tawamu penawar hati
buatku tenang dimalam sepi
direaliti yg kuhadapi
sepanjang hari

Hilanglah perasaan ini
terpadam rindu bila kau kembali

Kaulah
dewa yg aku puja
bukakanlah hatimu
untuk cinta

Aku
dewi yg kau merindu
pencinta yg setia
oh sayangku

Dengarlah pintaku ini
luahan hati tidak bertepi
hasrat si dewi
agarmu dewa ada disisi

Monday, November 1

November

November Rain

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same
'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain
We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my
own Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain, ohhh yeahhh
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one