Friday, October 28

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, selesai sudah 1 masalah.
Aku harap lepasni takde apa2 masalah lagi yang datang.
Kalau ade pun, aku harap aku dapat tangani dengan baik, redha, tabah dan sabar :)
Allah sentiasa nak uji umatnye. Jadi aku haruslah cool dan chill even ujian tu sukar sangat.
Tiada yang lebih baik daripada DIA.
Iam sorry and thanx sangat for 2 insan ni yang byk membantu aku tangani masalah ini.
Aku hargai sangat jasa mereka berdua ni.

Btw,
korang ada baca tak entri aku siket hari tu,
About berita gembira.
Aku lupa apa tittle posting tu, nanti aku cari balik.
FYI, Khamis ni aku ada test.
Okayy aku ni seorang yang #pen-nervous tau.
Aku risau, aku gabrah and takut sangat.
TAPI aku hope aku dapat buat yang terbaik.
Encik abang aku sentiasa ade dengan aku dan bagi kata2 semangat.
Thanxxx so much to my Encik Abang #sweetheart. Hehe I levvviiyuuu ;)

Hah! Got to go! Nanti aku update lagi.
Koarang! Doakan lah untuk aku ehhhh.
Mekacehhhhh hehe

Love, Honey

--->Garlic Nan Cheese<---


▲ This is yummy!
My faveret. memang terbaik.
Aku akan order setiap kali ke Restoran Sayed at Tmn Perling.
Korang2 yang tahu, try lah kat sini.
So far, bila aku pergi mana2 mamak, memang failed lah garlic nan cheese die.
Huhhuhu . . .
Soo sila sila lah ke Restoran Sayed.
Yang nak cuba2 selain dr roti canai and goreng2 kan :)
Mesti puas hati~

Love, Honey

Monday, October 24

Biar Hati Mencintai

Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…

Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Monday, October 17

Inilah Dugaan

Assalammualaikum...

Dugaan yang datang ini mematangkan aku.
Aku risau, aku yang sedih, aku yang mengharapkan Tuhan beri pertolongan, aku sentiasa berdoa hari-hari.
Aku faham perasaan itu, perasaan bila sesuatu yang tidak disangkakan berlaku. 
Mugkin aku tidak disituasi itu kini, tapi aku merasakannya.
Sangat merasakannya kerana aku hampir. Aku dekat dengannya.
Aku percaya, apa yang terjadi ini, ada hikmah disebaliknya.
Cuma aku harus beri separuh dari kekuatan ini padanya.
Aku akan sentiasa berada disisinya.
Dan tidak akan tinggalkannya.......
Susah dia, susah lah aku.
Sedih dia, sedihlah aku.
Menangis dia, menangislah aku.
Kusut dia, kusutlah aku.

Ya Allah.. Kau permudahkanlah segala urusan.Kau redhailah perjalanan mereka didunia ini.Kau berikanlah kekuatan untuk tempuhi segala dugaan yang kau beri.Amin...

Semoga Allah mendengar doaku.
Semoga ada perkara yang baik akan berlaku.
Amin....

Thursday, October 13

A.K.U bercerita.

Assalammualaikum..
Lama sangat2 tak update. #busy! Itu jelah alasan aku.
Tapi seriouss kawan! Aku tak ada masa yang banyak nak duduk depan computer sekarang ni.
Nak online pun aku pakai handfon je kott. Haha.. Tu pun Wi-Fi lah kat mamak.
Ni pun aku curi tulang siket, buat kerja sambil type cerita aku ni kat Super-Women.
Well kawan, aku lalui macam2 perjalanan.
Berombak dan tidak berombak.
Tapi u all know what? Aku CHILL! Tetap ketawa ketawa dan ketawa.
Koz ni je cara untuk aku tak ditenggelami ombak besar yang melanda.
Hahaha..

Okay okay.
Times up! ;D

Bye bye BYEEEEEE~
See u kawan on the next entry yang aku pun tak pasti bila bila dan bila ;)
Fuuhhhhhhmmuaarcch #flying kiss siket ;p

Sunday, September 25

Pergi Tak Akan Kembali :(



Mohamad Amir Syafiq Bin Abd Jalil
DOB : 23/January/1991


25/9/2011
3.++ pagi akibat kemalangan di Landskap Mpku 

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Kawan, tiada lagi Buntal.....

Tiada lagi bunyi "ngecess" kereta kau lalu di berger...

Tiada lagi gelak tawa kau yg "mkn dlm" tu...

Terasa sangat kehilangan kau....

Tapi TUHAN lagi sayangkan kau...

Tenanglahh kau bersemadi..

We will always miss you Buntal @Amir Syafiq PPc...

Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin hadiah istimewa supaya kau tenang di sana..

"iF onE dAy i Die And FaiLed to Say sOmething,,remeber,,i stiLl allways loving to all my fwens!!!peAcE!!chiLL- by Arwah Amir Syafiq Ppc......"

Saturday, September 24

Rasa Rindu Pada Dia

Hidup ni perlu diteruskan.
Even tanpa org yang kite sayang lagi lagi darah daging kite.
Tapi sejak sejak ni,
rasa rindu pada dia semakin menjadi-jadi.
Sebab kenapa ek?



>> SEBAB dia ada pertalian darah dengan saya.
>> SEBAB dia selalu bermain dalam mimpi saya.
>> SEBAB dia selalu usap rambut saya sewaktu kecil dulu.
>> SEBAB dia selalu bagi 5 ciuman setiap kali pergi dan pulang
:; pipi kanan, pipi kiri, dahi, hidung dan dagu ;:
>> SEBAB dia selalu manjakan saya.

Tapi tu semuaaa DULU. 15 tahun yang lepas.
Semua SEBAB diatas hanyalahh kenangan..
Tapi......Kenangan ni lah yang buat saya rindukan dia.
Kalau sebelum ini, saya kuat menyembunyikan rasa rindu ini, tapi kini tidak lagi.
Saya semakin lemah. Saya tertunduk.
Saya akui, saya perlukan dia. Ego saya tidak mampu lagi menampung perasaan ini.
Saya perlukan dia untuk keluarga saya.
Saya tidak lagi sekuat saya yang dulu. ;(

Tahun 2009 terjumpa dia, dia begitu kurus. Seperti tidak diurus dengan baik. 1 perkara yang dia tak pernah lupa tak pernah lupa pun..... SEBAB yang ke tiga... 

>> DIA SELALU USAP RAMBUT SAYA.........

Manalah saya mampu lupakan dia. Walau keburukan yang dia lakukan...

Saya pasti, kalau dia didepan saya sekarang ini, dia tak akan lupa untuk buat SEBAB ketiga itu.
Mungkin saya akan terus terus bermimpi.
Mampu kah saya memiliki kasih sayang nya kembali kini? Even saya berusaha untuk terus mencarinya.....
Tuhan..Dengarlah permintaan hamba MU ini..
Air mata ini dah kering Tuhan.... :'(

formspring.me

Nak soklan yang lebih mencabar. Mesti lagi besttt bro:) http://formspring.me/ATIKAHS

12 '3' 4


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Wednesday, September 14

Hari Begitu Bermakna

Assalammualaikum. . .

Lama sungguh aku tak update belog sayang aku ni.
Busy dan busy. (Ituuu je alasan yang aku ada..Tapi nak buat macam mana kann...hihihi)
Hari berganti hari,
menjadi begitu BERMAKNA buat aku.
Setiap pagi aku bukak mata,
aku bersyukur dan tersenyum :)
Happy sangat-sangat.
Terima kasih TUHAN.

Macam-macam yang aku nak share.
Picture-picture dan cerita-cerita.
Tapi masa tidak mengizinkan lagi.
Hihihihi
Tunggulahh dulu bila tiba hari yang aku TAK BUSY...
Semua ceritacerita yang ter-miss aku update.
Yang dah berhabuk pun aku cerita,
tapi cerita aku tak pernah berhabuuk lahh.
;)

Will keep in touch later.
Bersama cerita dan gambar sepanjang bulan Syawal dari camera yang belum aku save dalam pendrive.
Mmmuuaarrrhhhhhhhh.....~

Regards and Smile aalways !

Saturday, September 10

Welcome to Kuala Lumpur

Hai kawan-kawan~
Sihat? Hope u all semua sihat-sihat hendaknya.
Kak Long dah janji, nak share sikit-sikit story bile Kak Long dah dapat mase free.
Cerita ni, bermula daripada 6/9/2011 sehingga 9/9/2011 :)
Kak Long bersama keluarga si dia yang tersayang datang ke KL.
Kami pergi ke rumah peninggalan arwah nenek, ibu kepada papa, yang dijaga oleh kakak papa atau sebagai Aunty si dia. Kami tak plan sangat apa-apa koz niat nak teman papa settlekan hal sedikit kat sana.
Kami bertolak agak lewat,lari daripada jam yang ditetapkan.
12am sharp, masuknya 7/9/2011 barulah kami bertolak dari rumah menaiki 2 kereta.
Hampir jam 7.30am, kami sampai di kediaman arwah nenek.
Kami berjumpa dengan Aunty dulu dan duduk bersembang sebelum papa pelawa pergi breakfast kat simpang jalan berdekatan dengan rumah arwah nenek.
Ok ~ Sarapan pagi kat situ (Ampang Putra) memang sedap-sedap. Even harganya, bolehlah tahan ;)

Ni dia ! Gambar sebelum kami bertolak. Hehehe :)

Selepas breakfast, badan mula terasa letihnya perjalanan.
Papa dan Mama berehat dirumah Aunty. Manakala kami berempat check in dulu disebuah hotel berdekatan.
Tak sampai hati nak kejut Papa dan Mama yang telah lena dirumah Aunty. Malam nanti baru bawa mereka.
Kami check in 11lebih pagi dan check out pada keesokkan hari, 12noon.
Keletihan terasa, mata mula kuyu. Kami pun lena dibuai mimpi........

MALAM....
Kami bangun sebelum Maghrib. Ready ambil Papa Mama.
Kami pergi ke Sate Kajang yang famous kat sana. Hehe, memang tip top lahhh.. :)
Aunty Ha, 3 cucunya (PowerPuff Girls) dan Daus anak Aunty yang menemani kami. Takut tersesat..







Ok ! Dah lah ni kan.. Ada banyak lagi gambar, tapi dalam muka buku. Sila lah view disana. Hehe :)
Dari Kajang, kami terus kerumah Kak Noi, anak perempuan Aunty Ha yang dah berumah tangga.
Gambar-gambar boleh tengok kat muka buku k? ;)
Makan lagi dan borak-borak, kami pun pulang ke hotel. Kali ni, Papa Mama pun ikut.
Tapi, kami yang masih muda ni tak ngantok lagi.
Kami hantar Papa Mama dulu dan meronda-ronda di bandar Kuala Lumpur ni.
Kami memilih untuk ke Putrajaya .........
Tapi sayang, gambar tak sempat pun amek koz masalah technical.Huhu...
4am, kami sudah pun kembali ke hotel. Dan TIDUR.... Sejuk tau, air-cond kan.
Nasib baik Kak Long bawa stokin. Hehe..
Sebelum sampai hotel, Kak Long dan si dia sempat singgah di 7E.
We all beli some food nak makan before tidur.
;p

Cerita keesokkannya bangun tidur akan Kak Long sambung next entry tau :)
Take care guys and love u all.
Mmmuaarrrhhhhhhh~

Saturday, September 3

Raya Begitu Bermakna :')


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Atikah Saiful :)

Raya tahun ni betul2 bermakna buat aku.Mungkin juga buat si dia...

Raya pertama hingga raya ke-2 aku berada di Bandar Tenggara, Kulai. Rumah Mok De, akak Mama. Memang setiap tahun, kami akan pulang beraya disana.Tapi raya kali ni, lain siket. Special tau. Raya ke-2, kami akan pergi beraya di Simpang Renggam, rumah Atok2 Saudara ku yang masih ada selepas arwah Atok pergi ke rahmatullah. Yang specialnya, Bby turut join the raya. Wow! Macam mimpi pun ada.

Akhirnya, Bby berjaya bertemu dengan keluarga terbesar pihak Bondaku tercinta...Tak sangka, raya tahun ni, semua Atok2 ku berkumpul di rumah Tok Su. Kecuali Tok Andak. Ape yang sangat menggembirakanku, keluargaku menerima Bby dengan tangan terbuka. Hehe.. Nasib baik ada Botak yang temankan Bby, kalau tak mesti Bby sorang2 kena bahan je. Malu lahh tu yelah, bakal jadi cucu saudara bak kata Tok Su dan Tok Chik. Hehe..Happy tau! Inilah diriku, bila aku yakin tentang cinta kami dan tentang hubungan kami, aku akan ambil peluang seperti hari ini dan seperti 13 Ogos 2011 berbuka bersama keluarga Mama di kediaman Pak Long,Kulai. Dan aku yakin, langkah seterusnya akan tiba suatu hari nanti... :)

Selepas berkenalan dan makan2, kami besalam pulang. Eh! Tok Su dan Tok Siran bagi ang-paw lah. Haha.. Dah besar2 pun dapat duit raya kann. Hehehe.. Org dah bagi, saya amek jelahh. Jangan jelesss! ;p

Lokasi seterusnya, Kahang, Kluang. Rumah Tok Andak pulak.Otw menuju ke rumah Tok Andak, kereta kami break tibe2 problem. Dah nak masuk area Kahang ni. Ucu minta kami pulang betulkan break, koz jalan berpusing2, bahaya nanti if takde break. Kami bersalam2 dan menuju pulang ke Bandar Tenggara ambil barang2 ku.Even tak dapat join ke rumah Tok Andak, tapi kami tetap bersyukur perjalanan pergi dan pulang, selamat. Aminnn...

Terima kasih keluargaku...
Terima kasih Buah Hatiku....


Saturday, August 27



love you




My Honey Bee


I am a honey bee
Shown out from the colony
And they won’t let me in
So I left the hive
They took away all my stripes
And broke off both my wings
So I’ll find another tree
And make the wind my friend
I’ll just sing with the birds
They’ll tell me secrets off the mark

But my other honey bee
Stuck where he doesn’t wanna be
Oh my darling honey bee
I’ll come save you
Even if it means I’ll have to face the queen

So I’ll come prepared
My new friends say they would help me
Get my loved one back
They say it isn’t right
The bees have control of your mind
But I choose not to believe that
So we’ll meet in the darkness of the night
And I’ll promise I will be there on time
We’ll be guided by my new friends the butterflies
Bring us back to our own little hive

Oh my other honey bee
No longer stuck where he doesn’t wanna be
Oh my darling honey bee
I have saved you
And now that you’re with me
We can make our own honey

Dapat Tuba Balas Madu

" Orang bagi Tuba, Saya bagi Madu "

Kadang2, kita tak kan mengerti dan tak akan tahu apa yang sedang dan akan terjadi.
Hari ini atau hari yang lepas.
Tapi yang kita tahu, macam mana cara nak mengatasinya. Dan tak tahu cara nak mengatasinya.
Apa yang terjadi, mesti ada hikmah supaya kite sentiasa beringat dan jadikan pengajaran pada hari akan datang....

Bersyukur Kepada-NYA

Alhamdulillah...
Aku seronok sangat. Kuih raya dan kerepek laris dijual.
Start dari Jumaat, aku dah buat harga borong koz dah tinggal kuantiti yang sedikit.
Perkara yang penting setiap bulan dah pun diselesaikan. Thanks too Allah...
Kesabaran itu penting dalam suatu perniagaan tak kira apa jenis perniagaan pun. Besar atau kecil.
Apa saja yang kite buat, sabar itu PENTING....

:)

LAGI BERAPA HARI NAK RAYA... Cepat betul perjalanan tahun ni kan.......
Aku tak rasa nak berhari raya. Huhuhuhu...
Puasa pun tak rasa macam di bulan Ramadhan seperti tahun2 yang lepas...
Begitu pantas masa berjalan....

Tuesday, August 23

Pelangi Dan Matahari

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,
DIA datangkan hujan petir...

Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan,
sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...

Monday, August 15


Meniaga Itu Seronok

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kawan-kawan.

Dah lama sangat tak update blog ini.
Busy busy dan busy~
Aku dah start meniaga kuih raya dan kerepek 3 macam di bulan Ramadhan ini.
Seronoknya meniaga, hanya aku dan peniaga lain yang mengerti.
Hehe..
Malu tak meniaga kat tepi jalan?
Taklaah.. Buat apa nak malu.
Malu tolak tepi. Kan nak cari rezeki yang halal dan bila usaha lah baru rezeki tu datang.
Masuk malam ni dah seminggu aku memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan.
Kemudian aku hebahkan pula di Internet.
Alhamdullillah...
Aku mendapat sambutan.

Selepas berbuka,
aku bergerak menuju ke lokasi meniaga.
Aku di bantu oleh Mrs.Old Skool atau lebih dikenali sebagai Kak Zai.
Kami memulakan waktu meniaga,
9.00 pm - 1.00 am.
Ditemani Pipink.
Memang besstt sangat..
Insyaallah, bila kite yakin, kat situ lah ade rezeki.

Sabtu malam minggu.
Ade sedikit selisih faham antara Bby dan Uncle yg jual Putu Mayam disitu.
Uncle tu memang tak patut.
Kenapa rasa tergugat??
Kata dah 14 tahun berniaga putu mayam disitu.
Tempat tu pun bukan Uncle tu punya,
Its Public !
Rezeki masing2, bukan aku niaga Putu Mayam jugak punnn..

Inilah salah satu dugaan dlm meniaga. Even kecil-kecilan pun ada jugak sifat negative ni.
Manusia kan..

Tapi yang penting,

"everything i do, i do it for you....."

Regards,

Atikah Saiful :)


Saturday, July 30

<<< Tempahan KUIH RAYA 2011 >>>


JENIS-JENIS KUIH DAN HARGA :

1. Makmur
  • 50 PCS RM 25.00
2. Kacang Mazola



  • 50 PCS RM 25.00
3. Almond London
  • 50 PCS RM 28.00
  • 100 PCS RM 55.00
4. Famous Amos



  • 50 pcs RM 28.00
  • 100 PCS RM 55.00
JENIS-JENIS KEK :

1. Kek Asam Manis
  • 1KG RM 75
  • 500GRAM RM 35
  • 250GRAM RM 20
2. Kek Choclate (MOIST CAKE)
  • 1KG RM 65
  • 500GRAM RM 35
  • 250GRAM RM 18

~~~~~Untuk order, please PM or just text me~~~~

Deposit/separuh daripada total harga hendaklah dibayar semasa order.

Bayaran melalui cash or bank in diterima. Terima kasih.

Wednesday, July 20

:::Gunung Ledang Part 2:::

Continue entri : Gunung Ledang Part 1

Gambar ni di ambil by self timer. Sebelum kitorang naik ke Kolam Puteri 900ft dari bawah. Kitorang hantar barang2 dulu masuk dalam kereta. Nak mandi puas2 sebelum balik...

O'ohhh.. Mr.OS terbakar sudehh.. Tolong selamatkan diee. HAHA
Baby && Botak takdapat nak buat ape. Mr.OS yang pilih jalan begini. HAHA

Sempat lagi tauu kami posing sebelum bara api tu terpadam && di-kidnaped oleh jiran2 yang baru sampai pagi nya.. Marah betul Mrs. OS mase tu.hehe

Haiyaaa.. Mr. OS ni. Orang bagi makan ayam bbq, die seboleh2 nak makan kayu buluh tu. Kesiaann tol tau.. Mrs. OS pun sama, ibok nak bawak barang banyak2. Tak padan badan kecik. Hehe


Sempat kitorang begambar kat tugu Batu Gunung Ledang ni. Mula2 naik juga bulu roma masa masuk2 kt area ni. Tapi buat bodoh jelah kan...


Sempat lagi tu. Mr. OS && Mrs. OS punn nak jugak. HEHE

Sebelum mendaki lagi ke Kolam Puteri. Semput wooahhh.. 900ft tuuhh! Tangga nya boleh tahan lah kan...


Besar tak batu ni?? Ha.. Besar gileerr tau nok. Seramn mak tengokkk.. Huhu


Hooreeyyyhhh... Semakin hampir nampaknyaa.. Lepak lulu...


AKHIRNYAA... sampai jugakk kitorang kat Kolam Puteri.. SYOOKKKKKnyaaa....












SEHARIAN BERADA DI KOLAM PUTERI, memang menenangkan kami.....


Aku dan buah hatiku.. SELOONOKKKK kannn kite disana. Dapat tenangkan fikiran kat bawah air terjun belakang tuu... Best tau letak kepala kat bawah tu..




This is the end of Gunung Ledang. 900ft di Kolam Puteri. Best sangatt tau. Kami enjoy dan tenang disana. Even bermacam2 tragedi yang kami lalui dn pulangnya kami mendapat berita yang mendukacitakan......


Perhentian kami di PAGOH... Makan makan dan makan.....

:::THE END:::

Sorry guys. Aku lambat update. Busy dan busy. Join me and follow me ~