Thursday, March 31

BuLi.

Hampir setiap malam,kami sering lepak mamak. Biaselah,wifi,minum2 and mkn2 selepas kami tutup niage.
Malam ni,boleh pulak ada macha baru kat mamak ni. Apelagi, Hubby mula lah menyakat2. Bila kami ckp pada cashier yg memang rapat, ''Raja, bru masuk ek itu bdk?boleh buli ni.." Raja dgn muka yg blur pun jwb, "ape itu buli?takde fhm lah.." Susah jugak nak explain kat mereka. Hubby dgn slumber,ketawa2 and terus dok menyakat macha baru ni. Sampai takut macha tu nak hantar sambal kat Hubby.haha.. Memang lawak tgk muka macha tu. Cashier pun dah selalu kena buli,tu pasal die pun taktahu ape tu buli. Hahaha.. Meleweh sudah malam ni. Hubby3x.. Kelakarlah awok ni... ;)

Oh ye! Lupa kulak. Tengah syok2 buli macha baru ni, boleh kulak macha soghang ni dok panggil Perling Mall tu "PERLEY MAL" . Agak lucah jugak lah bunyiknye kan? Kalau korang kat tempat kitorang,mesti korang gelak giler vavi mcm kitorang.HAHAHAHAHA

"Annehh..jangan marah haaa"

Perempuan Itu Kenapa Ye?

E.. Kenapa dengan kau wahai perempuan?
Malulah aku sebab kau tu perempuan yg berkaumkan Hawa.
Kenapa dengan kau ek?

Aku ada hubungan dengan boypren engkau ek? Sampai kau nak beriyek2 and macam something je perangai kau bile tgk aku ek??? Haiyaahhhh! Sekalipun DULU kau rapat dgn Hubby aku, apa hak kau nk tengok aku and berperangai mcmni dgn aku??Menggeletiskan kau bila Hubby aku depan mata kau.. E...Meluat lah aku tgk kau dr pertemuan pertama lg kau dan aku. Mcm yek2 lah.Kau tahu kn yek2 tu mcmne? Adoii... Shame lah! Even engkau sebaya dgn Hubby aku pun,jgn harap aku nak respect kau yg tak reti nak respect org.Clear! Pertemuan pertama kite adalah salam perkenalan kite dan aku akan buat kau mcmne kau buat aku dipertemuan pertama itu.

(Aku ada hak untuk tulis begini dalam blog aku, sebab engkau salah satu perempuan yang memalukan kaum hawa didunia ini!)


Wednesday, March 30

Steamboat Yg Layan~

20 March, 2011 on Sunday :)

Kami menghabiskan waktu minggu tanpa dirancang di sebuah restoran (lupa namanya) tp berdekatan Jln Kolam Air at JB Town. Memang seronok giler. Kat restoran ni, korang boleh mkn puas2 steambot n bbq siket.Macam yg saya share kt foto ni. Hanye bermodalkan RM20 per individu. Memang tak rugi tau... Makan lah sampai lebam! He3x...


(mase ni aku bkk cardigan sbb dah syok mamam, panas plak kn.heheh)

 


Gambar yang byk2 semua ade dlm FB. Hehe.. Memangg best sgt! Oh ye, selepas tu kitoang melepaskan gian pulak kat DoReMi. Menyanyi lah kami dlm bilik tu sampai terbahak2 bgambar selama 2 jam.Memang best and suke tgk gelagat msing2 yg happening giler! Hehe..

Happy Annyvesary Along and Kak Long :)

23  March, 2011 on Wednesday

Selamat Hari Perkahwinan yang ke 3 tahun Along and Kak Long ! Tak sangka Along and Kak Long nak potong kek kat tempat Epul tau. Hehe... Nak celebrate sama2 dgn kitorang kan.. May Allah bless Along and Kak Long tau. Mudahan2 apa yang diimpikan termakbulkan. Kitorang doakan tau! Berkekalan sampai syurgaaaaa.. Aminn....







Happy B'day Mama Bulat 55 :')

27 March, 2011 on Sunday...

Bismillahirrahmannirrahim... Suprise !!!
Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Rafeah Selamat.. Allah selamatkan kamu....

Mama sedih sangat masa ni anak2 dan menantu2nye bersekongkol utk kenakan die pula mase tu.hehe..Lagi2 yg best, Nenek,Mak Long and Ibu Im pun ade jugak bersama anak2 kenakan Mama. Memang seronok sangat malam ni. Sepatutnya, tarikh lahir Mama, 28 March.. Tapi sebabkan Isnin hari bekerja utk semua, Along decide utk buat hari Ahad. Maseni, semua dapat tgk Mama menangis gembira dan tersenyum riang selepas menangis.Hehehe.. Happy tgk mereka semua mase tu :') Semoga Mama panjang umur dan berkesempatan tgk anak2 yang lain berada dijinjang pelamin. Amin......

( Vanilla Cho.Chip Ice Cream Cake by SDS )

(Air mata Mama selepas adik bawa kek depannye..)


(Mama,Along and kat tengah2 tu Nenek.Yg baju itam, Kak Bi'ah..)





Amboii..Manisnya si emsem ni senyum selepas kenakan Neneknya..hehe..
(Angah dan anaknya, Qimie 5months)

Happy B'day Along 34 :)

24 March,2011 on Thursday..

Selamat ulang tahun,
Selamat ulang tahun,
Selamat ulang tahun Along yg ke 34...
Selamat ulang tahun...

S U P RI SE !
Along mesti terharu sangat kat Kak Long wat kan suprise utk Along dtg Marrybrown. Lg2 Mama, Qimie, Epul and Ika pun ada sekali. Yang pling best, Mus and staff2 Along pun ikut komplot. Hehehe.. Jgn sedih2 tau.. May Allah Bless u Along !






Bahgiakah dia?

Minggu lepas Sabtu, cousin sebelah Ayah kahwin. Majlis diadakan di sebuah dewan sekitar Johor Bahru.
Aku ni memang jenis malas nak pergi lagi2 bila melibatkan keluarga Ayah. Bukan apa, perlukah mereka dengan kedatangan aku dan keluarga? Huh!

Aku ingat lagi kejadian beberapa tahun, kami sekeluarga datang dengan niat yang baik, tapi dilayan macam endah tak endah dan macam tak kenal je. Padahal, darah yang mengalir ni, sama je datangnya. Geram dan marah jugak lah masatu.Bukan nak mengaibkan mereka,tapi sekadar melepaskan rasa hati ini. Tapi Mama pulak, mesti nak pergi even macam2 dah diorang buat.Kata Mama, "Biarlah diorang buat kite,cakap apepun.Bukan kite buat jahat..Niat baik.." Ishhh..Takdapat nak jawab ape lagilah kan.

Kali ni,Mama je pergi dengan anaknya lagi seorang. Aku?Malas... Balik dari majlis, Mama bercerita tentang apa yang ada di majlis tu. 1 perkara je yang aku betul2 nak dengar. Its about Him. Insan yang lama giler tak jumpa, berbelas tahun melupakan keluarganya yang pertama ini.. Terus terang, aku rindu betul kat dia............. Nak sangat aku peluk dia bila jumpa. Aku sanggup buang jauh2 perasaan marah ni, hanya kerana aku rindu dia. Tapi dia?? Bahgia ke dia sanggup mention yang dia tak ada keluarga lain selain keluarganya yang sekarang. Argghhh.. Insan ini...benar2 menguji hati ini sebagai seorang anak. Kenapa??? Apa salah aku,adik2ku dan keluargaku? Mereka boleh berkata apa, aku tak boleh tutup mulut mereka dari berkata2. Sebabnya, apa yang terjadi pada aku sekeluarga, belum terjadi pada mereka sekeluarga. Dan aku doakan, perkara sebegini tidak terjadi kepada mereka. Biarlah ALLAH SWT yang balas apa yang mereka lakukan. Semoga juga, adik2ku apabila berjumpa kelak,tidak bercinta each other. Rasa sayang itu lahir kerana darah daging yang sama mengalir dari benih yang sama dalam tubuh kita wahai adik2ku (Arep, Mira, Haziq, Naqib and lagi sorang ni aku tak berapa tahu namanya)..

Welcome March!

Hai kawan2!
Sorry sangat private blog sementara. Busy dan tak mahu ada gangguan yg tak c'hat. ;) Maksudnya,berehat.he3x...
Sepatutnye, aku dah lame bcoret dlm blog ni, tapi aku tak bkesempatan.
Bulan3 ni,
betul2 indah. Mcm2 yg t'jadi dan yg kami raihkan.
Aku nak cerita pun, susah. Hehe..
Nanti aku akan uploadkn gambr2 yg menjadi bukti dlm setiap kejadian indah ini.
Tapi kalau yg da jadi frens dlm fb aku, mesti dpt tgk semuaa gambr2 tu.
Aku epy sgt! Even ksihatan aku saat karang ni, tak stabil.kurang sihat hampir seminggu jgk blarutan.
Segala penyakit dtgnya dr Allah. Kan?
Hubby aku dah byk kali tegur and suh je aku duk umah, rehat.
Tapi almaklumlah, aku ni kan degil. Hehe.. Mls la nak cite. ;)
Oh ye! Aku ada persoalan.hu3x.. Aku dah lame xbkk fs atau ayat pnjgnya, formspring.me . Aku dpt beberapa soklan.kdg2 aku terasa yg aku kenal org yg anta soklan tu. Tp aku xnk menti0n siape. Just aku nak, die perkenalkan diri die. Thats all.. :D
Okay kawan2, aku xpat bebel lama2 tau.
Tapi aku akan sambung lg. Hehe..
Thanx ye sudi singgah. Loveu all.
(gmbr akn ku upl0ad nanti.tgguu....)

Tuesday, March 22

Pertama Kali .Terharu :(


Selama kite hidup sebagai seorang Kakak, belum pernah adik jumpa kite dan salam kite. Tapi malam ni, adik tiba2 datang dan salam kite.Siap cium tangan lagi. Memang kite paling rapat dengan die,tapi bile gurau2 mintak die cium tangan pun die takmuh.Tapi its sudddenly happen tonight to me (mcm mimpi pun ade tauu). Kite terharu giler.Menitis air mata seorang kakak ni tau...Huhu.. Hubby yang perasan kejadian ni pun pelik jugak mulanya.Tak pernah2 adik datang jumpe kite tanpa mintak ape2,tapi malam ni die datang hanya untuk jumpe and salam. Die kate, die demam and nak naik Pontian sekejap. Agak risau jugak. Alhamdulillah takde ape2. Mungkin ini adalah salah satu perubahan adik. Amin... Terima kasih Ya ALLAH.... :')

(maybe korang tak kan faham perasaan aku ni tau..or mungkin korang turut pernah rasakan ape yang aku rase mlm ni.....perkara yang kite sendiri tak duga,dari adik kandung kite sendiri yang berbelas dan berpuluh tahun hidup bersama... aku sedih sgt tauuu....... ;c )