Wednesday, March 30

Bahgiakah dia?

Minggu lepas Sabtu, cousin sebelah Ayah kahwin. Majlis diadakan di sebuah dewan sekitar Johor Bahru.
Aku ni memang jenis malas nak pergi lagi2 bila melibatkan keluarga Ayah. Bukan apa, perlukah mereka dengan kedatangan aku dan keluarga? Huh!

Aku ingat lagi kejadian beberapa tahun, kami sekeluarga datang dengan niat yang baik, tapi dilayan macam endah tak endah dan macam tak kenal je. Padahal, darah yang mengalir ni, sama je datangnya. Geram dan marah jugak lah masatu.Bukan nak mengaibkan mereka,tapi sekadar melepaskan rasa hati ini. Tapi Mama pulak, mesti nak pergi even macam2 dah diorang buat.Kata Mama, "Biarlah diorang buat kite,cakap apepun.Bukan kite buat jahat..Niat baik.." Ishhh..Takdapat nak jawab ape lagilah kan.

Kali ni,Mama je pergi dengan anaknya lagi seorang. Aku?Malas... Balik dari majlis, Mama bercerita tentang apa yang ada di majlis tu. 1 perkara je yang aku betul2 nak dengar. Its about Him. Insan yang lama giler tak jumpa, berbelas tahun melupakan keluarganya yang pertama ini.. Terus terang, aku rindu betul kat dia............. Nak sangat aku peluk dia bila jumpa. Aku sanggup buang jauh2 perasaan marah ni, hanya kerana aku rindu dia. Tapi dia?? Bahgia ke dia sanggup mention yang dia tak ada keluarga lain selain keluarganya yang sekarang. Argghhh.. Insan ini...benar2 menguji hati ini sebagai seorang anak. Kenapa??? Apa salah aku,adik2ku dan keluargaku? Mereka boleh berkata apa, aku tak boleh tutup mulut mereka dari berkata2. Sebabnya, apa yang terjadi pada aku sekeluarga, belum terjadi pada mereka sekeluarga. Dan aku doakan, perkara sebegini tidak terjadi kepada mereka. Biarlah ALLAH SWT yang balas apa yang mereka lakukan. Semoga juga, adik2ku apabila berjumpa kelak,tidak bercinta each other. Rasa sayang itu lahir kerana darah daging yang sama mengalir dari benih yang sama dalam tubuh kita wahai adik2ku (Arep, Mira, Haziq, Naqib and lagi sorang ni aku tak berapa tahu namanya)..

No comments:

Post a Comment