Saturday, April 16

Aku Sebatang Pensil

Aku sebatang pensil.
Aku menari disaat kotak berwayer itu bernyanyi.
Diatas sang kertas yang bewarna putih bersih aku mula menari.
Mengikut rentak tersendiri.
Indahnya terasa bila aku disenangi.
Diwaktu aku tajam semuanya mula mendekati dan mencari.
Pabila aku tumpul penajam hadir mendampingi.
Oh aku terasa begitu disayangi!
Aku dijaga baik supaya tidak terjatuh dibumi.
Aku dijaga baik supaya tidak patah kemudian hari.
Aku ada setiap ketika jika ada yang memerlukanku.
Hampa!
Tidak sepanjang waktu dan kekal aku diperlukan.
Aku dibuang juga akhirnya bila aku semakin uzur.
Oh syahdunya saat itu!
Mataku tumpul batangku semakin pendek.
Aku tidak bisa bertemu si penajam.
Tiada siapa yang memerlukanku lagi.
Diriku sudah ada yang ganti.
Aku sunyi tidak lagi menari mengikut rentak muzik yang berdendang merdu.
Kini, aku bersedia meratapi hari2ku bersendiri.
Tiada lagi kotak berwayer itu, hanya aku sendiri dari hari kehari...
Terima kasih kotak berwayer yang menyanyi2 buatku menari2...

No comments:

Post a Comment