Saturday, April 16

Hari Ini Adalah Milik Mu

Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik2 saja.
Tidak bercakap kotor dan yang menjijikkan,
tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain.
Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan tempat kerja agar tidak beserabut dan berselerak.
Dan kerana hanya hari ini saja aju akan hidup,
maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,
kerapian penampilanku,
kebaikan tutur kata dan tindak tandukku.
Kerana hanya akan hidup hari ini,
maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku,
mengerjakan solat sesempurna mungkin,
membekali diri dengan solat2 sunat nafilah,
berpegang teguh pada Al-Quran,
mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.
Aku hanya akan hidup hari ini,
kerana itu aku akan menanam dalam hatiku nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon2 kejahatan yang kutanam sampai ke akar2nya,
dan mematahkan ranting2nya yang berduri seperti Sifat Takabbur, ujub, riya' dan buruk sangka.
Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan,
maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan
menghulurkan tangan kepada sesiapapun.
Aku akan menziarahi mereka yg sakit,
menghantarkan jenazah,
menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat,
memberi makan orang kelaparan,
men0long orang yang sedang kesulitan,
membantu orang yang dizalimi,
meringankan penderitaan orang yang lemah,
mengasihi mereka yang menderita,
menghormati orang2 alim,
menyayangi anak kecil,
dan berbakti kepada orang tua.
Aku hanya akan hidup hari ini,
maka aku akan mengucapkan,

"Wahai masalalu yang telah berlalu dan selesai,tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu,dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.."

"Wahai masa depan, kau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan..."

No comments:

Post a Comment