Saturday, April 16

Sambal Tumis Petai

Cuaca kelihatan dingin dan berangin.Sejuk menusuk ke tulang temulang.Tetapi tiada tanda akan dibasahi hujan.Agaknya pada waktu2 beginilah bak kata pepatah Melayu, 'mendung tidak semestinya mengundang hujan' ,digubah dan diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat Melayu dan dikaitkan pula dengan kejadian2 yang berlaku dalam kehidupan seseorang.

Dah berapa hari ni aku teringin nak makan sambal tumis petai ni. Tapi tak dapat2 tau.

Kata Mama bby, kalau letak petai banyak2 mesti lagi sedap.
"Memang pun Ma! Tqa terbayang begitu selama tempoh teringin ni..." -__-

Dan aku juga teringin Mama ku masakkan.Dah lama tak makan masakan Mama.Tapi bila aku suarakan,serta merta Mama jawab...
"Aku mana pandai masak sambal tumis petai tu...."
Agak hampa jugalah masa dengar.Aku tahu, Mama tak ada niat nak hampakan aku,kot... :(

Nanti aku nak ajak bby pergi pasar. Nak beli petai. Nak masak sendiri je. Yang penting,aku dapat makan Sambal Tumis Petai tu. Tak lah kalau ape2 jadi bak kata orang2 tua, "kempunan" ...

(^_____^)

No comments:

Post a Comment