Monday, April 18

This is the end

Saat aku terima berita gembira, ada pulak perkara yang tak baik yang terjadi.

Okay, jujur. Aku tak lah sempurna. Aku tak lah baik. Aku adalah aku. Tapi kenapa ye? Perkara yang sama terjadi. Mungkin, disebabkan aku adalah aku.

Malam ni, amat menyakitkan. Hati aku panas. Darah aku naik ke kepala. Apa sebenarnya maksud Kawan untuk die?

Aku tak kisah kalau die tak nak hadap lagi muka aku. Bukan tu lagi yang aku pk kan sekarang. Aku nak dengar sendiri dari mulut die apa yang die buat belakang aku. Lepas tu, aku akan buat hal aku.

Mengungkit tu bukan aku. Tapi die yang paksa aku mengungkit, bukan untuk menyakitkan hati, tapi aku nak kepala die terbukak. Hampeh! Still tak dapat ber'pk.

Umur yang die kecohkan. Penting sangat ke? Padahal die pun tak nampak mcm usia die. Baru sekarang nak pertikaikan? Sorry. Prinsip aku, kawan is kawan.Umur bukan masalah untuk aku. Dari dulu sampai sekarang, inilah aku.

Aku rasa, cukuplah sampai disini. Aku taknak perkara lama terjadi dan perkara sama berulang. Selepas apa yang aku nak dengar, aku sendiri akan angkat kaki sebelum die. Mungkin, ini petunjuk dari Allah untuk kita. Kita tak sehaluan....

No comments:

Post a Comment