Tuesday, June 28

Bersyukur Kepada Allah SWT

Aku bersyukur sangat, ditemukan aku dengan insan ini. Kerana dia, aku masih berdiri untuk meneruskan kehidupan. Kerana dia juga, hari² ku berwarna warni. Kerana dia lagi, yang sukar akan ku senangkan. Kerana dia selalu bersamaku, apa pun keperitan masih mampu ku tempuhi walau berat untuk aku tanggungi. Terlalu banyak yang aku dan dia lalui bersama. Susah dan senang, tak pernah kami terpisah. Tak pernah juga dia biarkan aku sendirian melalui hari² ku dan begitu juga aku.

Bersyukur aku kepada Allah Swt. Hari², tak pernah aku miss mengucap syukur pada Tuhan ku Yang Esa. Tanpa dia, mungkin aku bukan aku yang kini. Mungkin aku masih menganggap, cinta itu hanya sandiwara dalam kehidupan manusia. Mungkin masih lagi aku pegang pada "Lelaki hanya perosak dan penghancur masa depan kaum wanita..." Tapi, semua ini hilang selepas dia bersamaku. Selepas aku mengenali dia. Selepas dia kecewa. Selepas aku menjadi pendengar yang setia.Selepas aku menjadi penunggu yang setia. Selepas aku menjadi kawan yang setia. Selepas aku melihat kejujuran dan keikhlasannya mengungkap kata cinta dan menghulur kasih kepadaku. Aku terima dia dan kehidupannya, keluarganya seadannya kerana aku cintakan dia dan mereka.

Kata² ku tidak seindah rasa cinta yang aku rasakan. Yang dia rasakan. Dan yang semua manusia didunia ini rasakan. Bersyukur ku kepada Yang Esa. Masih memberi aku peluang untuk merasa apa yang insan lain rasakan. Masih memberi ku kesempatan mengenal erti kehidupan dan kebahgiaan didunia yang sementara ini. Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Tuhan....... 



Semoga aku dan dia akan terus bersama hingga ke syurga...

No comments:

Post a Comment