Tuesday, June 21

Dimanakah letaknya adab itu ?

Assalammualaikum kawan..

Aku baru balik niaga tadi. Apa yang menyakitkan hati aku, dua perkara yang tak diingini berlaku hari ini. Kalau korang tengok entri ni, mesti korang nak tahu apa yang terjadi. Dan, "macam serius je bunyi nya..." Kan ?

Ada seorang mamat ni, tak perlulah aku mention nama die dalam blog aku ni. Mamat ni bukanlah ada apa2 talian or kena mengena dalam hidup aku puuunn.Tapi, dikenali sebagai trouble maker dalam hidup aku dan mungkin orang disekeliling die kot. Bukan nak meng-aibkan die, tapi aku memang bengang giler lah dengan mamat ni. Kalau mamat ni baca sekalipun blog aku ni, lagii bagus. Mamat ni datang, dengan tak ada adab, terus berkata-kata macam diri tu good2. Lagi yang buat aku panas, mama ada mase ni. Betul2 berdiri sebelah aku. Terus berubah wajah mama dan bertalu2 soklan ditujukan kat aku.Mana taknye, mamat ni datang dah lah tak reti bagi salam, main terjun je. Orang tua kat sebelah, hormat lah siket. Mana letaknya adab dan tertib kau?? Kalau orang lain buat macamni kat depan mak and bapak kau, kau marah tak??Mesti kau terus melenting kan. Ke kau memang layan mak and bapak kau macam tu? Fikir2 kan lah wahai mamat trouble maker. Bila orang bertanya, kau mempersoalkan pulak layanan kat kau. Kau pernah dengar tak, "kalau kite nak dihormati, kite hormatilah orang disekeliling kite.." So, sendiri mau faham lah..

Ada lagi yang buat aku bengang juga. Orang nak cari rezeki yang halal, tapi ada saje yang sakit hati dan dengki. Ni lah manusia. Tak pernah lari dari perkara2 begini. Kadang2 aku pun tak faham kenapa dan mengapa manusia mesti jadi begini. Kita buat jahat salah, buat baik lagi lah salah. Then apa lagi yang kita nak buat dalam hidup ni. Kalau semua bende tak betul dan dipandang negative. Kite tak cari masalah, tak kacau orang tapi mesti ada yang susah. Ishh... Tak paham lah aku. Kalau macamni, bilalah manusia nak maju?
Tatkala Islam dan umatnya dilabel dengan imej keganasan, kemunduran dan sebagainya akibat berlaku salah faham terhadap Islam sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam, imej Islam berada pada tahap yang tidak sepatutnya. Kita sebagai orang Islam perlu memainkan peranan lebih proaktif bagi memastikan Islam, agama yang membawa mesej kesejahteraan, keamanan, kemajuan dan seumpamanya terus dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.
Jagalah adab dan sematlah dalam diri kita. Biar orang tak benci dan biar orang pun hormati kita.
Perilaku manusia hendaklah sentiasa berlandaskan adab, tata tertib dan akhlak.

Cik Ika.

No comments:

Post a Comment