Saturday, July 30

<<< Tempahan KUIH RAYA 2011 >>>


JENIS-JENIS KUIH DAN HARGA :

1. Makmur
  • 50 PCS RM 25.00
2. Kacang Mazola



  • 50 PCS RM 25.00
3. Almond London
  • 50 PCS RM 28.00
  • 100 PCS RM 55.00
4. Famous Amos



  • 50 pcs RM 28.00
  • 100 PCS RM 55.00
JENIS-JENIS KEK :

1. Kek Asam Manis
  • 1KG RM 75
  • 500GRAM RM 35
  • 250GRAM RM 20
2. Kek Choclate (MOIST CAKE)
  • 1KG RM 65
  • 500GRAM RM 35
  • 250GRAM RM 18

~~~~~Untuk order, please PM or just text me~~~~

Deposit/separuh daripada total harga hendaklah dibayar semasa order.

Bayaran melalui cash or bank in diterima. Terima kasih.

Wednesday, July 20

:::Gunung Ledang Part 2:::

Continue entri : Gunung Ledang Part 1

Gambar ni di ambil by self timer. Sebelum kitorang naik ke Kolam Puteri 900ft dari bawah. Kitorang hantar barang2 dulu masuk dalam kereta. Nak mandi puas2 sebelum balik...

O'ohhh.. Mr.OS terbakar sudehh.. Tolong selamatkan diee. HAHA
Baby && Botak takdapat nak buat ape. Mr.OS yang pilih jalan begini. HAHA

Sempat lagi tauu kami posing sebelum bara api tu terpadam && di-kidnaped oleh jiran2 yang baru sampai pagi nya.. Marah betul Mrs. OS mase tu.hehe

Haiyaaa.. Mr. OS ni. Orang bagi makan ayam bbq, die seboleh2 nak makan kayu buluh tu. Kesiaann tol tau.. Mrs. OS pun sama, ibok nak bawak barang banyak2. Tak padan badan kecik. Hehe


Sempat kitorang begambar kat tugu Batu Gunung Ledang ni. Mula2 naik juga bulu roma masa masuk2 kt area ni. Tapi buat bodoh jelah kan...


Sempat lagi tu. Mr. OS && Mrs. OS punn nak jugak. HEHE

Sebelum mendaki lagi ke Kolam Puteri. Semput wooahhh.. 900ft tuuhh! Tangga nya boleh tahan lah kan...


Besar tak batu ni?? Ha.. Besar gileerr tau nok. Seramn mak tengokkk.. Huhu


Hooreeyyyhhh... Semakin hampir nampaknyaa.. Lepak lulu...


AKHIRNYAA... sampai jugakk kitorang kat Kolam Puteri.. SYOOKKKKKnyaaa....












SEHARIAN BERADA DI KOLAM PUTERI, memang menenangkan kami.....


Aku dan buah hatiku.. SELOONOKKKK kannn kite disana. Dapat tenangkan fikiran kat bawah air terjun belakang tuu... Best tau letak kepala kat bawah tu..




This is the end of Gunung Ledang. 900ft di Kolam Puteri. Best sangatt tau. Kami enjoy dan tenang disana. Even bermacam2 tragedi yang kami lalui dn pulangnya kami mendapat berita yang mendukacitakan......


Perhentian kami di PAGOH... Makan makan dan makan.....

:::THE END:::

Sorry guys. Aku lambat update. Busy dan busy. Join me and follow me ~




Thursday, July 14

LUAHAN HATI :)


Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih...

Pancaran Sang Bulan di Johor Town

Bulan,
Cantiknya kau !
Boleh tak kalau kau cantik macam ni setiap malam-malam?

:::Gambar ni diambil pada 4.41am di hadapan HSAJB:::

Bulan,
suka aku tengok kau sudi hadir menerangi bandar Johor ni.
Semua mata tertarik melihat kau tau.
Termasuklahhh aku...
Kalau kau dekattt dah lama aku touch2 kau.
Dah lama aku ciuummmm kau.
Hehehe..

Tapi sayang,
kuasa Tuhan kau begitu jauhh dari manusia.
Kau kelihatan dekat,
tapi hakikatnya kau jauhh sangattttt....
Sumpah ! Aku suka tengok kau Bulannn..
Besarnya kuasa Allah Tuhanku yang Satu...
Mampu mencipta cahaya yangg indah ini..
Bersyukurnya aku dapat melihat kau lagi....

:)

FOLLOW ME- >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Monday, July 11

Get Well Soon :::PART 2:::

Continue entri ini : Get Well Soon Friend < Faloley >

Harini aku terima berita, Faloley kena tebuk lagi. Kali ni, diatas sebab masalah sukar bernafas. Memang sedih gile dengar berita ni. Tadi, aku mimpi Faloley dah sihat. Dah boleh bangun, berbual dan ketawa seperti biasa. Semalam, baru dengar doktor dah berhentikan 5 jenis ubat. Keadaan Faloley semakin ok. Tapi... tak sangka pula harini dengar lain pulak. Aku and Bby tak sempat nak tengok Faloley. Maybe, esok we all  akan ziarah beliau.

Aku teringat hari Ahad (10/7), kitorang ziarah Faloley. Tangan Faloley kembung air. Lagi besar dari tangan Bby. Kaki die pun sama. Faloley dah 10 hari tak makan, tak bangun dan tiada lagi gelak tawa dari die. Hmmmmm......... Malam tu pulak, family Faloley buat doa selamat dan baca Yassin. Kami hanya mampu berdoa kepada Allah Swt untuk Faloley. Harap sangat Tuhan bagi petunjuk. Aku percaya, hanya DIA yang maha mengetahui dan maha penyembuh.

Sunday, July 10

Get Well Soon

Assalammualaikum kawan2..

3/7/2011 , Ahad

Menjadi sejarah dalam hidup aku dan kawan-kawan. Baliknya kami dari puncak Ledang, aku menerima berita yang mendukacitakan. Dimana seorang daripada sahabat kami Ahmad Faliq Bin Atan mengalami insiden yang aku sendiri tak dapat ungkapkan. Beliau sekarang berada di ICU dan koma. Until today aku update entri ni, Faliq still tak sedar kan diri. Kawan2, tolong sama2 doakan untuk Faliq. Semoga berkat doa kawan2, Faliq cepat sembuh.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur Ahmad Faliq bin Atan. Kau berikanlah kekuatan kepada beliau. Even apa pun penyakit yang beliau hadapi, kau berilah beliau peluang untuk meneruskan hidup seperti kami dan peluang untuk beliau bersujud taubat kepadamu.

" Aku naik saksi Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah... "


Monday, July 4

Gunung Ledang :::Part 1:::

2nd July 2011 ::: Sabtu :::

Selepas Subuh, Aku dan kawan2 get ready nak ke Bekok, Segamat. Sesi masak memasak dimulakan, koz bermalam kat sana. Then, kitorang plan nak buat BBQ sekalik. Yummmyyyyy3! Bestkannnn?Hehe.. Tapi kitorang taknak excited sgt, bak kata orang2 tua, nak pergi jauh2 ni jangan suka2 sangat.Tak elok..

11.30 am, kitorang memulakan perjalanan. Salam Papa Mama dan baca doa selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah, tiada sebarang kucah kacir semasa persiapan kami dari semalam (1st July) beli barang sampailahhhhhh nak bertolak ni. Tak ada jugak krisis dan masalah yang melanda antara kawan2 yang pergi ni. Ohh ye ! Siapa kawan2  yang join holiday kali ni? KakaBotakMrs. OS & Mr. OSAngah HondaKechik, dan Atikah & Saiful..

Sampai je kami berdekatan dengan lokasi perkhemahan, singgah sat kat kedai runcit cina ni. Nak beli ice. Auntie kedai runcit ni memang sporting lah kan. Sebab nak jugak berbual dengan kitorang. Kalau Auntie ni tak tanya lokasi kitorang, alamatnya. . . Kitorang pun tak tahulah yang Hutan Simpan Bekok ditutup koz ade kes kematian ==' Auntie ni siap tunjuk surat khabar cina lagi tu. BUKTI PENTING! Atlast, ditengah2 panas tu dalam 2 pm something lah, kitorang duk makan ice cream kat luar kedai Auntie tu sampai bincang nak ke mana. Mr & Mrs. Os dapat ice cream free uhhh. Lebih 5x kott. Hahaha.. Suka giler diorangg..

Bincang punya bincang, we all decide ke Gunung Ledang. (mcm memanggil2 pulak sehh. koz mula2 sebelum plan nak HSBS, Mr. OS ade jugak suggest ke Gunung Ledang, tp ade yg tak setuju termasuk aku... dah tahukan tempat tu macamane kerasnye.....)

Kami meneruskan perjalan ke Tangkak. Perjalanan agak lambat. Kami sampai dah senja. Tak ramai orang sangat kat Gunung Ledang masa tu. Alhamdulillah. Jalan tak sesak nak cari tempat berkhemah. Selepas daftar, kami dibenarkan parking kereta dan menuju ke lokasi perkhemahan. Masa ni dah pukul 6.45 pm. Ishh, apa pun tak ready tau. Lampu suluh bawak 1 jek. Kitorang harapkan pada unggun api, itupun tak terang sangat. Nasib baiklah, Kaka and Mrs. OS ade hp yang boleh pasang lampu ni. Bby pulak bawak pun lampu suluh.

Semasa sesi pasang khemah, agak kelam kabut sedikit. Mrs. OS nak pasang 3 khemah, last2 bincang tak payah lahh Kak. 2 khemah pun cukuplaahh.. Sebab ? Okay.. Seramlah nak cerita. Sendiri mahuu fahamlahh ye. Biasalah kan, sampai dah senja, pasang khemah pulak dah Maghrib. Dalam hutan, konpom gelap kann.. Korang boleh bayangkan tak keadaan kitorang? Kitorang bertapak 28kaki dari bawah. Nak atas lagi, tapi... bareang berat. Then waktu tak mengizinkan... Masa kitorang pasang khemah, Mr. Os dan Botak turun ambil lagi beg2 pakaian yang tinggal dalam kereta. Risau jugak dibuatnya. Dalam keadaan yang macamni? Ishhh.. Nak tak nak, terpaksa lepaskan mereka... Tak dapat set time, kitorang tak siap pasang khemah and tabur belerang, dorang pun sampai. Mr. OS, Angah and Botak cari kayu untuk dijadikan unggun. Cahaya untuk kami malam itu.. Jeng jeng jeng.. Risau tauuuu.. Koz kitorang tak sangka sangattt plan ke Bekok terpaksa dibatalkan, dan ke Gunung Ledang. Persiapan pun tak complete lah kan...

Selepas unggun api dihidupkan, khemah selesai pasang, belerang sudah ditabur, beg pakaian dah diletak dalam khemah.. Kitorang memulakan sesi BBQ. Masa ni pun, ade jugak cerita seramnya. Tapi taknak jugak cerita. Korang pergi lah k? Alhamdulillahhhh... Kitorang berjaya habiskan ayam BBQ. Duduk makan mee hun goreng and ayam bbq tadi bersama air sirap pandan (sedaappnyaaa....) Masa makan ni punn... Hisshh.., Memang dugaan laah. Nasib baik, kawan2 yang lain pandai tutup mulut simpan..



Okay guyss... Continueeeeee Part 2...