Monday, July 11

Get Well Soon :::PART 2:::

Continue entri ini : Get Well Soon Friend < Faloley >

Harini aku terima berita, Faloley kena tebuk lagi. Kali ni, diatas sebab masalah sukar bernafas. Memang sedih gile dengar berita ni. Tadi, aku mimpi Faloley dah sihat. Dah boleh bangun, berbual dan ketawa seperti biasa. Semalam, baru dengar doktor dah berhentikan 5 jenis ubat. Keadaan Faloley semakin ok. Tapi... tak sangka pula harini dengar lain pulak. Aku and Bby tak sempat nak tengok Faloley. Maybe, esok we all  akan ziarah beliau.

Aku teringat hari Ahad (10/7), kitorang ziarah Faloley. Tangan Faloley kembung air. Lagi besar dari tangan Bby. Kaki die pun sama. Faloley dah 10 hari tak makan, tak bangun dan tiada lagi gelak tawa dari die. Hmmmmm......... Malam tu pulak, family Faloley buat doa selamat dan baca Yassin. Kami hanya mampu berdoa kepada Allah Swt untuk Faloley. Harap sangat Tuhan bagi petunjuk. Aku percaya, hanya DIA yang maha mengetahui dan maha penyembuh.

No comments:

Post a Comment