Saturday, December 15

JANJI ALLAH ITU PASTI :')

ALHAMDULILLAH....
Syukur kepada Tuhan.
Aku dan Die selamat diijabkabulkan dengan hanya 1 lafaz, sah lah aku menjadi permaisuri hatinya.
Die yang ku sanjung die yang ku cintai kini menjadi raja didalam hidupku.
Terima kasih Allah,
Aku yakin dengan janji Mu...

Setelah hampir 6 tahun mengenali hati budi,
Setahun mengikat kasih dengan ikatan pertunangan,
dan
Kini
 Atikah & Saiful sudah pun menjadi suami isteri yang sah disisi ALLAH SWT.

ALHAMDULILLAH.......


**********


BUNDA & AYAHANDA
Terima kasih kerana bersama anakanda dan terima kasih berada disisi anakanda saat anakanda diijabkabulkan.
Terima kasih kerana melahirkan anakanda, Bunda.
Tanpa Bunda siapalah anakanda.
Kini, Anakanda telah diserahkan Bunda kepada suami.
Ya ALLAH, hanya DIA yang tahu betapa sedih dan sayunya hati anakanda waktu itu, saat itu.
Bunda, terima kasih.... Ini sahaja ucapan yang dapat anakanda huraikan disini sebagai pengganti rasa dan airmata dihati ini.
Doakan anakanda bahagia dan dapat menjadi sekuat dan setabah Bunda melalui liku kehidupan berumahtangga di istana anakanda.
Bunda, mentor anakanda.
Bunda tetap dihati anakanda.

Ayahanda,
Terima kasih kerana menghadiri dan mewalikan anakanda dihari pernikahan dan perkahwinan anakanda.
Terima kasih diatas doa yang Ayahnada taburkan kepada anakanda dan suami.
Terima kasih kerana memberi senyuman disaat Ayahanda melangkah kaki kedalam dewan utk mewalikan anakanda.
Terima kasih memberi ciuman dan pelukan yang anakanda rindui sekian lama.
Terima kasih kerana menunaikan permintaan anakanda dengan "Baju Melayu Biru Turqoise" yang anakanda pinta.
Dan terima kasih kerana Ayahanda menghadirkan diri sehingga tamat majlis anakanda.

"I LOVE MY MOM & DAD UNTIL THE END OF MY LIFE"

Ikhlas,

EkaMarro