Thursday, December 25

17 weeks dah !

Bismillahirrahmannirrahim.

Minggu ni, my baby dah 17 weeks dalam peyut. Hehe. Perut udah kelihatan besar sedikit dari sebelum. Woah! I am preggy mummy lah ghupenya. Ceh! Hehe Alhamdulillah. Syukur!

Bila aku baca blog mummy2 to be and dah jadi mummy ni, ada yang kata 17weeks dah boleh rasa pgerakan baby. Tapi aku ni, first time in life ni, mana tahu nak tahu die rasa baby begerak.hehe. So aku cerita je apa moment aku sekarang ni. Hehe. ;

Tidur aku terganggu, means, aku susah nak tidur sekarang ni. Golek ke kanan salah, golek ke kiri salah, melintang salah, terbaring salah. Tak tahu apa position yang selesa. Sampai tidur berbantalkan lengan daddy die pun susah gak tidur. Alahai! Yang ni kata daddy die, mesti ikut perangai daddy, nak tidur susah. Maknanya, kena amik position yang best, golek sana sini baru lena. Ha, memang betul lah tu. Kalau makan, cerewet macam Mummy, tidur kulak macam Daddy lah. Hehe ;)

Aku kerap buang air kecil sekarang. Masa awal preggy, tak de kulak. Tapi sekarang, mesti bangun pagi2 buta, tak kira waktu nak buang air kecil. Baby dah semakin membesar kan.

Bila perut kosong, aku akan muntah. Ok, so jangan biarkan perut ualls kosong tak makan ok. Alas lah perut dengan apa2 makanan, susu pun boleh. Sekarang aku minun susu Anmum. Sedap, amik vanila/plain. Rasa macam susu HL, cuma tak sejuk je lah. Hehe

Aku kurang darah kot, sebab aku ni asik pening and mudah pitam bila berdiri lama. So, sekarang aku makan sup sayur, makan lah sayur2 goreng, barli, nasi kena makan juga, kerang rebus and minum susu. Paksa gak makan, disebabkan aku susah telan vit yang dokter bagi. Aduhai! Semoga anak Mummy sihat ye sayang.......

Tak sabar nak checkup and scan. Hehe. Mesti kena bebel dengan nurse kalau darah konfem HBlow ke. O'ohhh! Getready je lah. Tapi pasal minum air gula tu, aku kurang ngerti. Harap2 aku tak kena minum, dengar sampai boleh muntah kena minum. Ishh! Elakkan. Berdoa hari2.

Good night.
03.34a.m.
25 Dec 2014

Tuesday, December 16

Impian dan Niat Mummy

Bismillahirrahmannirrahim :)

First day aku tahu aku +ve pregnant, Niat dan Impian aku mungkin sama dengan bakal ibu ibu diluar sana ; nak susukan anak kite sendiri dari susu badan kite sendiri.

Oleh itu, bila niat dan itu impian aku, aku akan bersungguh mencari ilmu mengenai susu badan utk baby tercinta yang bakal dilahirkan nanti. Even masih dalam trimester ke2, tapi aku nekad nak belajar and menambah pengetahuan tentang bf ni.

Hari hari lah aku blog and google. Baca kisah mummy2 kat luar yang berjaya susukan baby theyall. Bestnyaa bisik hatiku. Aku pun berdoa hari2, setiap waktu supaya bahagianku juga sama seperti mereka. Inshaallah, amin.

In the same time, aku tanya kawan2 & makcik2 aku yang dah jadi mummy sekarang ni and sedang bf kan anak theyall. Senang hati bile theyall share pengalaman and cerita masing2 =)

Ada yang bagi tips amik suppliment shaklee, makan lobak putih, minum banyak air masak, berdoa dan macam2 tips aku dapat. Alhamdulillah.

Dan..lagi lagi pengalaman melahirkan. Ok, nanti next entri aku share pulak rasa aku,yang pasti, aku nerves je ualls. Semoga dipermudahkan. Amin.


Love,

09:38p.m.

Thursday, December 11

Moment Indah Mummy

Moment aku diawal preggy ;


Before aku tahu aku pregnant, aku rajin masak. Malam2 pun bila tekak aku terasa nak makan apa2 aku masak. Tapi, telur aku takleh nak goreng betul, sebab loya bila bayangkan the eggs! Ok, apakes? Haha. Cousin aku yang rajin dtg bila aku masak malam2, tegur juga, entah2 kau pregnant takk. Aku senyum je and jawab, Aminnn ;) Maluu! Haha tapi belum fikir nak check lagi. Kena tanya abe duyu! Hehee


1) Mabuk, hilang selera makan
2) Tak lalu pergi dapur, tak boleh bau masak2
3) Asap rokok tak boleh bau, tapi kalau Dunhill boleh pulak. Hoho
4) Pitam bila berdiri lama/panas; Sampai satu hari tu aku jatuh pitam di pasar. Alhamdulillah ramai membantu. Terhentak sikit di pinggul. Lusa buat buku pink, check up genap dah 12w 5days, Nasib tak apa apa. Dalam hati takut juga, tak behenti2 doa. Darah semua normal, berat badan je 43kg, turun 7kg dr 50kg. Fyi, ibu mengandung normal weight 45kg tau. Btw, Aku ada juga lah try nak ikut B turun ke pasar, tapi.. Tak sampai 10minit, aku dah nak flat. Aku minta izin B nak naik kereta dulu. Takut kulak kalau aku jatuh lagi,
5) Batuk, selsema. Nurse kat klinik ibu anak cakap, pembawakan budak; normal. Ok, teringat time Mak Ucu preggy aku tengok asik batuk je die. So, tak risau. Sebotol ubat batuk klinik ibu anak bagi dah habis aku makan. Alhamdulillah, kurang sikit lah. #Jgn ambil ubat sesukahati tanpa nasihat dokter ok.Jumpa dokter utk ibu mengandung ni.
6) Bangun tidur ada brown spotting blood. Sikit je. Normal bila aku tanya nurse. Tapi kena hati hati juga. Kena jumpa dokter kalau darah tu banyak atau kerap. Tu nasihat nurse.
7) Suka baca blog pasal Mummy To Be. Banyak ilmu pengetahuan dapat, lagi lagi first baby ni.
8) Minum teh ais setiap malam, sedap. Manis manis. Suka betul aku makan manis sekarang. Sebelum ni, memang kureng sangat manis ni.
9) Rajin berzikir. Ayat kursi memang tak tinggal. Hari hari mesti baca. =)
10) Rajinkan diri bebual dengan baby, usap usap perut. Sambil becerita and ngomel manja dengan baby. Hihi ;)
11) Sukaaa tengok muka suami bila tidur, dia tengah bebual or main tab or tengok tv.mata tak lari nak tatap die. Dalam hati, puji die kat baby.hihi Paling best, bila nak tidur. Mula aku ngada nak rapat je dengan suami. ;p
12) Cepat ngantuk ; Pening kepala minta lelap 10-20 minit pun dah ok dah. Asalkan dapat rehat besandar.
13) Perut tak boleh kosong, nanti konpem muntah tau. So. Set dalam kepala, jangan biar perut kosong.
14) Elak dari mengumpat, kata yang tak elok dan begaduh mulut. Banyak diam, bekata bila perlu. Kalau tak, diam je tau. Senyum je :)
15) Suka masin masin manis lebih dari masam.
16) Makeup? Aku memang dari dulu suka pakai just pelembap, kajal for eyes and lipstick je. Sekarang pun sama. No change, cuma kadang2 ada lah gatainya nak berfoundation and eyeshadow sikit.haha tp tak salu pung.
17) I love to smell ; Perfume body shop, Japanese kot namanya. Lupa. Nanti aku betulkan,haha cause bau die macam baby. Nak tidur pun aku pakai. Dulu aku tak suka bau ni that perfume is belong to my sister, so aku amik lah memandangkan die pun pregnant and tak pakai perfume tu lalu tinggal pada Mama, and sekarang, VS & Britney yang ada aku tak lalu nak spray. Haha
18) Aku tiba2 ada ruam kat belakang badan, tapi bahagian kiri kanan bahu je. Ok, ini sememangnya buat aku tak bekenan, sensitif dan alergik sanad benda camni ada kat badan aku. Aku hari2 dok sapu minyak or losyen nak bg hilang,but still ada. Tak gatal pun. Ok, dalam hati akun mungkin sebabkan aku pregnant. Ok. Just be cool and rilex, dok looking stil kat blog mummy to be nak selesaikan macamna masalah ruam ini.

Later aku share lagi, this is for tonight.

Muchlove,

Mummy
09:36p.m.