Thursday, December 11

Moment Indah Mummy

Moment aku diawal preggy ;


Before aku tahu aku pregnant, aku rajin masak. Malam2 pun bila tekak aku terasa nak makan apa2 aku masak. Tapi, telur aku takleh nak goreng betul, sebab loya bila bayangkan the eggs! Ok, apakes? Haha. Cousin aku yang rajin dtg bila aku masak malam2, tegur juga, entah2 kau pregnant takk. Aku senyum je and jawab, Aminnn ;) Maluu! Haha tapi belum fikir nak check lagi. Kena tanya abe duyu! Hehee


1) Mabuk, hilang selera makan
2) Tak lalu pergi dapur, tak boleh bau masak2
3) Asap rokok tak boleh bau, tapi kalau Dunhill boleh pulak. Hoho
4) Pitam bila berdiri lama/panas; Sampai satu hari tu aku jatuh pitam di pasar. Alhamdulillah ramai membantu. Terhentak sikit di pinggul. Lusa buat buku pink, check up genap dah 12w 5days, Nasib tak apa apa. Dalam hati takut juga, tak behenti2 doa. Darah semua normal, berat badan je 43kg, turun 7kg dr 50kg. Fyi, ibu mengandung normal weight 45kg tau. Btw, Aku ada juga lah try nak ikut B turun ke pasar, tapi.. Tak sampai 10minit, aku dah nak flat. Aku minta izin B nak naik kereta dulu. Takut kulak kalau aku jatuh lagi,
5) Batuk, selsema. Nurse kat klinik ibu anak cakap, pembawakan budak; normal. Ok, teringat time Mak Ucu preggy aku tengok asik batuk je die. So, tak risau. Sebotol ubat batuk klinik ibu anak bagi dah habis aku makan. Alhamdulillah, kurang sikit lah. #Jgn ambil ubat sesukahati tanpa nasihat dokter ok.Jumpa dokter utk ibu mengandung ni.
6) Bangun tidur ada brown spotting blood. Sikit je. Normal bila aku tanya nurse. Tapi kena hati hati juga. Kena jumpa dokter kalau darah tu banyak atau kerap. Tu nasihat nurse.
7) Suka baca blog pasal Mummy To Be. Banyak ilmu pengetahuan dapat, lagi lagi first baby ni.
8) Minum teh ais setiap malam, sedap. Manis manis. Suka betul aku makan manis sekarang. Sebelum ni, memang kureng sangat manis ni.
9) Rajin berzikir. Ayat kursi memang tak tinggal. Hari hari mesti baca. =)
10) Rajinkan diri bebual dengan baby, usap usap perut. Sambil becerita and ngomel manja dengan baby. Hihi ;)
11) Sukaaa tengok muka suami bila tidur, dia tengah bebual or main tab or tengok tv.mata tak lari nak tatap die. Dalam hati, puji die kat baby.hihi Paling best, bila nak tidur. Mula aku ngada nak rapat je dengan suami. ;p
12) Cepat ngantuk ; Pening kepala minta lelap 10-20 minit pun dah ok dah. Asalkan dapat rehat besandar.
13) Perut tak boleh kosong, nanti konpem muntah tau. So. Set dalam kepala, jangan biar perut kosong.
14) Elak dari mengumpat, kata yang tak elok dan begaduh mulut. Banyak diam, bekata bila perlu. Kalau tak, diam je tau. Senyum je :)
15) Suka masin masin manis lebih dari masam.
16) Makeup? Aku memang dari dulu suka pakai just pelembap, kajal for eyes and lipstick je. Sekarang pun sama. No change, cuma kadang2 ada lah gatainya nak berfoundation and eyeshadow sikit.haha tp tak salu pung.
17) I love to smell ; Perfume body shop, Japanese kot namanya. Lupa. Nanti aku betulkan,haha cause bau die macam baby. Nak tidur pun aku pakai. Dulu aku tak suka bau ni that perfume is belong to my sister, so aku amik lah memandangkan die pun pregnant and tak pakai perfume tu lalu tinggal pada Mama, and sekarang, VS & Britney yang ada aku tak lalu nak spray. Haha
18) Aku tiba2 ada ruam kat belakang badan, tapi bahagian kiri kanan bahu je. Ok, ini sememangnya buat aku tak bekenan, sensitif dan alergik sanad benda camni ada kat badan aku. Aku hari2 dok sapu minyak or losyen nak bg hilang,but still ada. Tak gatal pun. Ok, dalam hati akun mungkin sebabkan aku pregnant. Ok. Just be cool and rilex, dok looking stil kat blog mummy to be nak selesaikan macamna masalah ruam ini.

Later aku share lagi, this is for tonight.

Muchlove,

Mummy
09:36p.m.

No comments:

Post a Comment