Monday, January 12

Bruum.. bruum.. bruumm.. #Khasiat patidelima

Assalammualaikum ~

Alhamdulillah, 3-4 hari ni minum Jus Pati Delima Gulsan, bangun tidur and nak tidur, dah tak ada lagi muntah muntah bila terlalu lapar atau lambat makan seperti selalu.

Badan pun bertenaga. Alhamdulillah, aku rasakan itu beberapa hari ni. Mungkin disebabkan oleh khasiat Pati Delima yang aku minum ni. Daddy pun aku paksa minum. Even sehari sekali pun, tak apa lah. Yang penting, aku nak daddynye pun sihat sama. Inshaallah, mudah mudahan. Dengan Izin Allah.

Musim hujan ni, menyukarkan pegerakan aku dan hubby nak beli makan or pergi makan. Sebabnya, kadang2 bila mood nak naik motor mesti naik motor je. Kalau naik kereta, naiklah kereta. Hehe ~ Even perut dah kelihatan pun nak juga naik motor. Bruum3. Degil sungguh Mummy kan. Tapi serius, aku suka betul naik motor. Tak lalu jalan jem, kalau naik kereta, jem. Best jalan jalan and angin.

Nanti sambung lagi. Harap harap anakandaku sihat walafiat didalam ni. Cukup sifat dan sempurna dengan izin Allah. Amin.

Lotsoflove,

Mummy
01:39a.m.

Saturday, January 10

#mummydaddy Moment 19weeks again

Assalammualaikum ~

Disebabkan dah boleh rasa pergerakan baby mamidedi ni, aku pun tertanya tanya kenapa harini baby mummy ni tak menendang2 mummy ye. Keras je! Baby tidur kot, tak pun duduk diam dalam tu. Tergosok2 aku siperut ni, berbisik sorang. Usap usap perut. Menyayangi sungguh anakku ini walau belum keluar, tapi kehadirannya hampir 2thn perkahwinan mamidedi nya memberi beribu ribu erti tau. So, jangan tanya kenapa aku tersangat excited yang tidak ditunjuk tunjuk ni.

Akhirnya tunggu dan menunggu, malam ni kat tempat daddy berniaga lah baru baby menendang2 mummy. Oh rindu sangat dengan tendangan lembut dari Little Caliph Mummy ni.

Harini, mummy makan nasi goreng belacan (nasi memang kureng masuk kat tekak aku ni, separuh je makan) and sate. Barli segelas menjadi pilihanku setiap kali aku makan di awe kelantan. Tambah susu, memang edap. Then, aku beli lagi goreng pisang cheese. Daddynye boleh pula cakap pasal banana shake. Aku pun order lah terus. Memang manis sedap sejuk. Lajulah aku menerimanya. Apa shj yang manis, sebab tekak ni suka sangat manis manis tau. ;) Air masak memang aku kurang sangat minum. Tak minum lah kiranya. Kadang2 je. Alahai mummy! Payahlah gini kan. So nanti akan ku paksa minum walau segelas ye.

Masa makan tadi, aku bincang dengan daddynye. Aku berdoa sangat masa aku bersalin nanti, tak kena jahit. Bersalin pun mudah walau baby first. Sebab apa? Aku taknak menyusahkan banyak pihak menjaga aku dalam pantang. Lagi2 mak aku yang bekerja. Mungkin dapat cutinya seminggu je atau mungkin tidak ku tahu. Dan aku nak uruskan anak dengan baik dan lembut tanpa sebarang tekanan supaya dapat menyusukan anak dgn susu ku sendiri. Kalau tensyen stress, susu pun takmau keluar tau.

Apa lagi tekak ni bayangkan?
Rasanya macam tak ada sangat.
Kalau daddynya iyelah. Sepanjang aku preggy ni, daddynye demam pening kepala melampau awal waktu mengandung, then daddy kuat makan, macam2 yang die makan. Nak itu nak ini.haha nasib senang cari. Kadang2 mummynye makan tak habis, daddy tolong habiskan. Itulah yang terjadi. Hehe makin tomel bambam kiut like a baby dah daddynye. Suka aku tengok, babyface sungguh, bisik hatiku. Hehehe But Iloveu sayang! ;) ;*

Love deep deep,

Mummy to be coming
11:44p.m.

19 Weeks Semakin Rasa Tendanganmu Sayang

Bismillahirrahmannirrahim ~
Assalammualaikum ualls!

Alhamdulillah, dapat update belog kite ni. Siap dapat tukar template baru lagi gituuww. Tapi still macam ada kureng lah ngan wajah baru ni.hoho!

Harini nak share pasal my preggy moment. Eh! Hehe Masuk malam ni dah 19 minggu dah usia kandunganku, my baby.

Lastweek, 18weeks 5days ; Checkup kat klinik Ibu anak, Tampoi. Kalini, tak lama sangat di klinik, tak amik darah banyak macam awal2 tu. Just urine test and darah titik je. Hehe sakit jugak dicocok tu,haha semut2 je. Gedik ey mummy!

Ghupenya, time ni kena scan. What? Scan? Alahai! Selonoknya. Tapi sayang, daddynye tak dapat masuk tengok cekali. Sedih! Tapi takpe, nanti nanti pergi klinik swasta, daddy boleh lah masuk sama tengok.kan kan kan =)

Masa scan tu, ya ampun! Dalam perut aku ada baby lah. Bila doktet suh tengok screen, aku dah, eh? Airmata meleleh,cover dengan tudung.haha Ya Allah, hebatnya kuasaMU. Indahnya ciptaanMu. SubhanaAllah! Ada kaki, ada kepala dan badan baby dah nampak. Masa scan tu, baby tengah aktif kemain, taknak duduk diam. Alhamdulillah, bila dokter cakap lagi baby sihat. Cuma takdapat tengok jelas, sebab scan 2D je.hitam putih. Hehehe tak apa lah, dapatjuga Mummy tgk. Terusik hati wanita ku sebagai bakal Ibu tak lama lagi. :') *sebak. After 2yrs menunggu,berbagai onak duri, inilah hadiah dr ALLAH.

Lepas happy tu, aku tanya dokter, my breast bocor. I think susu lah, hahaha malu juga.tapi kena juga info dokter kan. Dokter kata normal bg setengah ibu mengandung, sambil ketawakan aku dan kata "Hormon awak tinggi. Produktif lah" haha lebih kurang gini lah.hehe Alhamdulillah, happy lagi! Aku harap, aku berdoa siang malam, aku nak sangat susukan anakku sampai die berumur 2thn, Inshaallah. Inshaallah dengan izin Allah taala. Aku berdoa sangat. :')

Dan, sebelum keluar tu. Dokter kata, lagi sebulan datang lg. Bersamaan, 1/2/2015. Dan, air kencing kotor sikit.banyakkan minum air masak yeee. Eehehe sambil aku sengih tengok dokter sebab aku jarang sangat minum air masak ni.hoho bedal air manis and makan benda manis je aku laju. Bayangkanlah eh! Hahaha so aku dapat Obimin je kali ni.

Kelmarin, aku google2 apa makanan sunnah Nabi yang memudahkan proses bersalin dan sakit sakit waktu mengandung ni. Aku lebih prefer natural product berbanding apa yang hot sekarang. So aku dapat info tentang Pati Delima Gulsan, Minyak Zaitun, VCO dan Madu adalah makanan/minuman/suppliment terbaik untuk ibu mengandung ni. Banyak khasiatnya. Jadi, aku pun terliur lah tiba2 bila buka pasal Pati Delima Gulsan dalam belog Mummytobe yang lain. Apalagi, meround dengan daddy mencari kedai pak arab yang jual Pati Buah Delima yang aku tak nak jelaskan kat sini apa khasiatnya memandangkan ramai dah tahu kan.hehehe Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. RM 15 sebotol. 1hari minum 2kali sesudu plastik tau. Sedap gile tak terkata. Kena betul dengan tekak aku. Kalau boleh minum banyak2,memang akan ku minum.haha aku suka! Daddy pun aku bagi minum. Paksa juga. Sebab banyak khasiat utk semua individu tak kira usia dan jantina. Lepasni, aku nak amik Minyak Zaitun dan madu lebah pula. Vco mungkin akan ku amalkan waktu nak tunggu due nanti.

Dan dan dan, aku dah mula dapar rasa jelas tendangan anak tercinta pada waktu tertentu. Ya Allah, pasti aku tersenyum sendiri sambil gosok gosok tempat ditendang tu. Terasa lembut sangat, dan aku bayangkan, betapa halus dan lembutnya kaki dan tangan Little Caliph dalam perutku ini, aktif bermain sendiri dengan apa yang ada dalam perutku. Subhanaallah:') Indahnya...

Btw, aku punya due is on 02/06/2015. Aku harap segalanya berjalan lancar, dan aku harap juga, berdoa, baby aku sihat sempurna dan dirahmati ALLAH. Amin!

"Aku sekarang ni tengah sibuk sangat nak amalkan urutan memudahkan proses bersalin. Apa nama urutan tu, nanti aku cerita. Semoga aku bersalin dengan mudah supaya tak susahkan Mama aku yang bekerja nak kena minta cuti jaga aku dalam pantang dan supaya daddy tak susah nanti. Kata orang, aku nak sangat bila aku berpantang ni, aku boleh aktif dan uruskan anak dengan baik. Inshaallah, mudah mudahan.. Amin. "

Lots of love,

Mummy Eka
03:06a.m.