Saturday, January 10

#mummydaddy Moment 19weeks again

Assalammualaikum ~

Disebabkan dah boleh rasa pergerakan baby mamidedi ni, aku pun tertanya tanya kenapa harini baby mummy ni tak menendang2 mummy ye. Keras je! Baby tidur kot, tak pun duduk diam dalam tu. Tergosok2 aku siperut ni, berbisik sorang. Usap usap perut. Menyayangi sungguh anakku ini walau belum keluar, tapi kehadirannya hampir 2thn perkahwinan mamidedi nya memberi beribu ribu erti tau. So, jangan tanya kenapa aku tersangat excited yang tidak ditunjuk tunjuk ni.

Akhirnya tunggu dan menunggu, malam ni kat tempat daddy berniaga lah baru baby menendang2 mummy. Oh rindu sangat dengan tendangan lembut dari Little Caliph Mummy ni.

Harini, mummy makan nasi goreng belacan (nasi memang kureng masuk kat tekak aku ni, separuh je makan) and sate. Barli segelas menjadi pilihanku setiap kali aku makan di awe kelantan. Tambah susu, memang edap. Then, aku beli lagi goreng pisang cheese. Daddynye boleh pula cakap pasal banana shake. Aku pun order lah terus. Memang manis sedap sejuk. Lajulah aku menerimanya. Apa shj yang manis, sebab tekak ni suka sangat manis manis tau. ;) Air masak memang aku kurang sangat minum. Tak minum lah kiranya. Kadang2 je. Alahai mummy! Payahlah gini kan. So nanti akan ku paksa minum walau segelas ye.

Masa makan tadi, aku bincang dengan daddynye. Aku berdoa sangat masa aku bersalin nanti, tak kena jahit. Bersalin pun mudah walau baby first. Sebab apa? Aku taknak menyusahkan banyak pihak menjaga aku dalam pantang. Lagi2 mak aku yang bekerja. Mungkin dapat cutinya seminggu je atau mungkin tidak ku tahu. Dan aku nak uruskan anak dengan baik dan lembut tanpa sebarang tekanan supaya dapat menyusukan anak dgn susu ku sendiri. Kalau tensyen stress, susu pun takmau keluar tau.

Apa lagi tekak ni bayangkan?
Rasanya macam tak ada sangat.
Kalau daddynya iyelah. Sepanjang aku preggy ni, daddynye demam pening kepala melampau awal waktu mengandung, then daddy kuat makan, macam2 yang die makan. Nak itu nak ini.haha nasib senang cari. Kadang2 mummynye makan tak habis, daddy tolong habiskan. Itulah yang terjadi. Hehe makin tomel bambam kiut like a baby dah daddynye. Suka aku tengok, babyface sungguh, bisik hatiku. Hehehe But Iloveu sayang! ;) ;*

Love deep deep,

Mummy to be coming
11:44p.m.

No comments:

Post a Comment