Thursday, March 5

Cerita Suka Suki

Assalammualaikum cemue. Dann camat malam!

eh, kenapa nak peyat ni? Haha nak jadi mummy dah takleh pelat pelat dah Puan Ika. Haha Harini aku rasa nak update apa yang saje saje nak update. Entah lah. Rasa nak masuk blog ni tapi tak tahu nak cerita apa. Even sebenarnya nak share lah momen sepanjang preggy ni. Tapi macam, malas nak type cerita panjang panjang. Tak ada mood. Eh, ni pembawakan baby juga ke? Dok ehh! Haha

So now, disaat aku menaip ni, baby sedang aktif begerak dalam perut mummy nye. Entah apa yang dibuat, terasa tendangan dari tangan kakinya yang comel tu. So haru suweet tau! Feel it, tersenyum sorang2. Serius!

Dan kini, usia perutku sudah 27weeks. Alhamdulillah, baby sihat and mummynye pun sihat. Tak ada masalah. Even perut kecil, tapi sihat semuanya. Berat aku sekarang dah 55kg. Dalam kategori normal lagi dan darah pun Alhamdulillah normal juga. Cuma masa pergi checkup 01.03 haritu, turun 1 point je. Dari 11.4---11.3 err! So nurse pun bagi aku ubat tambahan selain Obimin and Vit, dapatlah Iron tablet. Untuk tambah darah dan supaya darah tak cair katanya. So aku pun ok kan dan kena juga inject pertama kancing gigi, sakit woo, hampir 3hari tangan aku lenguh. Tidur pun sebelah kanan je ngiring. Dan nurse bagitahu lagi, aku akan dapat injection kedua lagi pada next check up ni. Sebab 1st baby maksud aku pregnancy pertama ni kena 2 kali injection kancing gigi. Selepas tu, akan diberi sekali sahaja untuk anak kedua dan seterusnya. Hoho, faham kakak nurse.

By the way, Ramai buat andaian aku akan dapat baby girl. Kenapa? Sebab, baby baby lelaki syok kat aku. Haha iyeke? Dan aku ada sedikit malas nak becantik sangat sekarang. Simple je lah. Asal pelembap lipstick and celak je pakai supaya tak nampak pucat. Tapi apapun andaian mereka, aku 50-50 percaya. Asalkan anak dalam kandungan aku selamat, sempurna dan sihat. Amin. *cuma kadang2 aku rasa nak pergi scan nak tahu baby girl or boy sebab bukan apa, aku nak shopping baju baby buat persediaan senang lah kan bila dah tahu gendernya. Tapi akan dipertimbangkan. Or maybe aku standby unisex je lah. Semua warna ada. And amik yang plain dulu untuk newborn kan kan kan. Inshaallah, hujung bulan 3 ni, ada BabyExpo kat Danga Ct Mall, JB. So aku akan beli unisex item kot. Nak suprise lah gender. Oldskul sikit. Hehehe boleh ke tahan ni? Haha.

Ok ualls, nanti ada masa aku update lagi. Tatatta!

Love,

Mummy.
01:53a.m.
05 March 2015


---Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah---

No comments:

Post a Comment