Saturday, March 28

Expo Baby & Mom DCM JB Day 2

Assalammualaikum :)

Disini segalanya bermula. Cehwah!

Harini, aku pergi DCM. Well, sebenarnya niat memang tak mau pergi. Sebab takut panas sampai pitam. Hoho. Sebab bukan apa, dah pernah terjadi, aku pitam dan terjatuh dipasar. So aku tak nak perkara ni terjadi lagi, risau anakandaku ini.

Tapi. ALHAMDULILLAH, cuaca harini, hujan dan tak panas. Dan Ammar' s Ummi & Baba memang ajak pergi sama ke Expo. So aku dengan lover pun tengok dulu cuaca kat luar and yes. Kite siap. Dan pergi.

Sampai sana, memang parking susah dapat. Tapi tak seramai seperti yang dihebohkan, mungkin dah petang dan ramai yang sudah pergi hati pertama. Yesterday, 27. 03. 2015.
Kite dapat parking kat dalam DCM. Alhamdulillah. Lagi senang hati senang kaki senang nak melangkah. Hehe.

Memang tak teramai seperti semalam mungkin, bagi aku masih boleh jalan lagi lah. Tak lah sesak sangat. Masuk, terus ke Fiffybooth, Pureenbooth and grab lah apa yang patut untuk NB - 3-6m . Aku mix je size. Taklah semua aku amik NB. Tak apalah, nanti boleh beli lagi. Ada lagi masa untuk aku sediakan lebih banyak untuk baby kecil ni.

Dan, semasa grab apa patut, kira kira juga supaya tak terbazir atau melebihi bajet. Bukan bekira, tapi merancang wang tu penting. Kan.

Aku sempat bekhayal, "Eh! Betulke aku kat Expo Bahy & Mom ni? Dan betul ke aku bediri disini memilih baju yang selesa sesuai untuk anak aku?" Yes! The answer is, Kau sekarang bakal menjadi mummy Atikah. Kau bukan berada didunia lain. Tapi kau sedang berada didunia realiti. Sebak. Sayu. Syukur. Happy. Semua ada. Sebab apa? Selepas 2tahun, ALLAH hadiahkan aku dan husband cahaya mata dari keturunan dan hasil menyemai benih cinta dan bakal penghuni syurga. Inshaallah. Amin,syukur. Alhamdulillah.

Penat berjalan, dan beratur, Alhamdulillah juga tak panjang line cashier tu. Dah settle, kite keluar dulu beli air. Berpeluh sekejap mummy and daddy ni. Ammar' s Ummi & Baba, tak tahu kemana dah. Hehe. Lepas aku keluar beli air, rilex kejap kena aircond dalam DCM tu *glad aircond power! Sambung balik masuk Expo. Ke booth pampers pula. Hehe. Harga pampers disetiap booth jimat RM5 setiap promosi. Diorang buat buy 4 terus, cangitu lah. Aku and husband decide, tak beli dulu pampers. We think, banyak lagi masa. Pampers boleh beli nextmonth. Tak apa, jangan gopoh gelojoh ye Mummy. Hehe. Aku ok je, asalkan kami bahagia. Alhamdulillah.

For Mummy to be yang belum pergi lagi Expo Baby & Mom kat DCM, esok dah last tau. Apa yang ualls boleh dapat kat sana? Macam macam ada. Tapi ada yang takdelah.hehe macam Anakku takde. Aku cari juga,tapi takde pula ;)

* Pampers brand ; Huggies, Drypers, Diapex , Onwards, Hey Baby, Merries
* Botol susu, brand yang tengah femes memang ada.
* Breast pump pun banyak huga brand kat situ
* Stroller pun kaw kaw promosinya. Boleh pergi survey ok
* Katil baby pun ada tau. Boleh go check it out.
* Susu booth pun ada.

Okay. Penat berjalan, kami makan. And balik. Now, kite sedang niaga. Hehe. =)

Mummy,

10:00p.m.

No comments:

Post a Comment