Friday, March 27

Friday Jamm !

Assalammualaikum Johor Bahruu... Salam Jumaat ualls!

Sedia maklum, setiap hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi negeri Johor. Dan harini juga adalah hari 1st dayyyyy Expo Baby & Mom kat Danga City Mall.

MashaAllah, Jamm kemain yaampun. Dari Tasek sampai ke DCM. Macam mana nak pergi ni? Johor Bahru tersangat 'sejuk' sekarang ni. Mummy memang talarat nak keluar sebab panas. Baru niat dihati nak ke Expo Baby & Mom ni. Then, confirm 200% ramai orang. Sesak lagi, kan? Siapa yang dah pergi? Sila komen sikit. Ada air cond tak? Haha. Cause bila panas terik ni, tak tahulah pada bakal mummy kat luar sana, macam aku-- terasa darah naik kepala. Nak pitam. Kalau bab jalan banyak ke, aku memang tak ada masalah. Tapi jangan ditempat yang bahang dan panas. Down -.-" (bukan mengada ok, tapi inilah yang aku rasa sepanjang preggy)

Expo Baby & Mom kat Danga City Mall, Johor Bahru berlangsung selama 3 hari. Bermula harini, 27 --- 29 March 2015 pada 10.00 pagi - 9.00 malam.

So, pada Mummy, Mummy to be yang nak pergi, boleh lah ramai ramai pergi. Aku? Aku pergi petang sikit lah.hehe. Tak sabar sangat, tapi kena sabar. Cool mummy cool! ;) Ada 2 hari lagi ni Mummy. Esok lusa pun boleh pergi tau.

Hari Jumaat, hari penghulu segala hari, Aku nak menyatakan disini, bahawa aku bersyukur sangat diberi hadiah dan dikurniakan bakal penghuni syurga yang akan dilahirkan bulan June ini. Semoga anakandaku menjadi anak yang soleh dan solehah, lantang suaranya apabila mengaji dan berkata yang baik baik, teguh dan kuat imannya kepada ALLAH Swt, taat kepada ibu dan ayahnya, menjadi manusia yang sentiasa disayangi, dicintai, sempurna sifatnya dan cerdik akalnya juga baik hatinya. Semuanya ketentuan Allah, dah tercatit diatas sana, Mummy and Daddy mendoakan yang terbaik buat anakanda kami. Subhanallah, setiap kali pegerakan mu anak didalam ini, tersentuh hati Mummy. Dan Mummy akan rindu rasa ini. I loveyou child. I loveyou lover. I love my babies---both!

Salam Jumaat,

" Doa, cakap dan minta yang baik baik. May ALLAH SWT always with us. :) "

Mummy.

No comments:

Post a Comment