Monday, March 30

HB Semakin Menurun dan Berat Mendadak Naik

Assalammualaikum ❤

Harini aku checkup untuk minggu yang ke 30.
Terkejut aku bila HB aku makin menurun, even still normal 11.1 tapi menurun lah bulan ke bulan. Boleh menyebabkan Anemia. Bahaya untuk baby. Sebab apa yang aku tahu, baby membesar dpd darah kite. Kalau kite ada masalah pada HB, baby berisiko.

Dan. Lagi masalah, aku disuspectkan kencing manis. Takut baby besar dalam. Sebab berat badan aku mendadak naik. Lebih 1 kg je pun, kna marah -.-" Aku banyak makan nasi, selera nasi tu bertambah. So, lagi 2 minggu aku kena datang lagi minum air gula, buat injection kancing gigi kali kedua and jumpa dokter.

Bila dah macamni, aku jadi risau sangat. Takut apa apa terjadi. Nurse kata, nampaknya HB aku akan terus menurun lah minggu ke minggu. Hadui! So, aku pun search and ask apa jalan penyelesaian hb problem yang aku lalui ni. Ada yang bagi pendapat about Shaklee, Vitalea + Bcomplex. Bagus untuk HB & Energy. So, aku pun usha daddy nak cuba Vitalea dari Shaklee ni dulu, Supaya darah aku normal dan maintain normal. Utk anakanda tercinta.

Aku pun kena control diet aku. Maknanya, makan aku kena control. Kena makan nasi tapi kuantiti yang sihat. Supaya tak terkena kencing manis. Harap harap, everything fine. Harap harap aku bebas dari kencing manis dan darah tinggi.

Kalau mummys kat luar sana ada tips untuk aku yang baru 31minggu bakal menjadi mummy ni, silalah share. And aku hargai sangat. Mmuahh!

Lots of love,

Mummy

No comments:

Post a Comment