Monday, March 9

Ikan Bakar dan Sambal Asam paling simple :)

Assalammualaikum Mummy to be and blogger diluar sana yang sudi menjengah blog myall yang tak seberapa ni. Gituu! Hehe

Tajuk entri myall harini agak best je, lagi lagi yang tengah lapar kan. Hehe Myall nak share lah resepi simple gini cara myall yang myall study dari google and diy. Wow! Nak tahu jam berapa myall siapkan Ikan Bakar and sambal asam ni? Hah! Jam 3pg ualls. Masa ni Lover ngidam ikan siakap bakar cicah sambal asam ala ala Umbai kat Melaka tu, hehe nak pergi jauh lah sangat kan. So jum kite main masak2 ditengah malam. Hehe.

Myall guna ikan siakap. Terpulang lah pada ualls nak buat macam mana. #carasayasendiri kan. Dan yang bestnyeee, Lover lah bersihkan ikan sementara kite siapkan sambal asam. So suweet!

First. Ikan siakap dibersihkan, make sure bersih tau. Buang isi perutnya dan sisiknya. Kemudian, kelar badannya. Supaya isi masak didalamnya. Tos kejap supaya tak basah.

Second. Perap ikan dengan kunyit dan garam.

Third. Sediakan daun kunyit dan daun pisang untuk balut bersama ikan sebelum dibakar. Daun kunyit digunakan supaya bau wangi. Lilit dibahagian badan ikan yeee. Lilit lah cun cun kemas. Hehe. Then lilit pula lagi dengan daun pisang seluruh ikan tersebut. Tak sabar nak bakar ni ! ;p

Last. Bakar ikan diatas kuali jika tiada alat bakar yang cukup ye. Macam Lover myall, die bakar atas kuali, dengan api sederhana. Letak sikit minyak. Sikit jee.. Then bakar lah dalam 15-25minit. Rajin rajin tengok dan terbalikkan ikan ye. Supaya tak hangus. Gituu. Baunyaaa alamak! Semerbak. Hehe ;) Kata Lover, "Ada macam bau ikan bakar kat Ahyong tak? Hehe" ada sayangg.. :D

Then, angkat. Hidangkan dipinggan. Dan perah lah limau. Sedia untuk dimakan. Nyumm!

Sambal Asam ala ala Umbai cara saya ;p hehe

Bahan yang myall gunakan agak simple. Memang senang sangat buat sambal asam ni.

--- Belacan 1inchi (dibakar) , Cili padi sebanyak mana yang ualls suka kalau nak pedas, Cili merah sebatang dua (Lover myall suka makan cili, so myall buat tambah2 je nanti) dan bawang merah kecil/bawang besar/bawang india sebanyak mana yang ualls suka dan jangan dilupakan air asam jawa. Buat pekat pun tak apa, sebab nanti dah masuk bawang, air bawang tu lah buat sambal asam bekuah manis manis pedas masam gituu ***bawang dan cili mayang comel comel ok***---

First. Bakar belacan tadi. Kemudian hancurkan ye. Ramas atau tumbuk. Campurkan dengan air asam tu. Kacau rata.

Second. Masukkan bahan bahan tadi. Bawang, cili padi and cili merah. Gaul dan rasa.

Last. Tabuh sedikit gula. Jangan banyak sangat sebab nanti manis tak jadilah sambal asam. Kan.

Then. Siap dihindang dicicah bersama Ikan siakap bakar tadi, bersama nasi panas dan myall ada buat sup sayur bayam, kentang dan carrot. Buat tambahan ibu mengandung and baby ni. Hehe ;)

Simple kan? So, kahwin lah cepat cepat. Boleh masak bersama Lover a.k.a. Suami tercinta. Romantik tau. Mengikat kasih sayangg lagi. Hehe Lover myall suka sangat.

Alhamdulillah, happy!

Lots of love,

Wife

No comments:

Post a Comment