Monday, March 9

Kari Ayam dan Kacang Boncis simple :)

Assalammualaikum darlingsss !

Hi, welcome back to my blog. Hehe.

Harini myall nak share, apa yang myall masak didapur sampai naik bau pagi pagi buta ni.hehe Myall and Lover dan beli dah barang masak petang tadi lagi. Tapi disebabkan Lover niaga, myall pun menjadi penemannya, myall decide masak selepas tutup niaga nanti. Lagipun perut kenyang lagi dengan ikan bakar dan sambal asam semalam. Ikan siakap tu Lover beli 2 ekor. So siang tadi sebelum pergi niaga, bakar lagilah kan. Alhamdulillah. Hehe

Kari Ayam yang myall buat ni pun simple. Myall ada study juga dalam google. Memang minah google betul lah myall ni. ;p Ofcos!

Lover memang sangat memahami. Die tolong myall bersihkan ayam, sementara myall siapkan bahan bahan nak masak ni. And, kata Lover, die nak teman myall biar myall tak boring masak sorang. Ohh that is so sweet sayang! Haa! Apa tunggu lagi yang belum kahwin tu, cepat kahwin!! Hehe ;p

Bahan bahannya ;
-Setengah ekor ayam (7ketul)
-25biji bawang india **Kisar atau hiris halus
-1inch halia **Kisar atau hiris halus
-3 biji bawang putih **Kisar atau hiris halus
-3 sudu kari ayam daging Babas
-3 sudu kerisik (first time myall try)
-200g santan
-Secawan secawan air
-4 biji kentang potong 4
-3 biji tomato potong 4
-1 sudu serbuk cili / cili boh
-garam secukup rasa
-Rempah tumis 4sekawan
-Kiub ayam (myall cuba guna juga)
-Daun kari
-cili merah and hijau dibuang biji sebagai hiasan pun boleh

First. Panaskan minyak masak. Setengah cawan minyak. Tumis daun kari, rempah tumis 4 sekawan, bahan ***kisar/hiris tadi sehingga garing dan naik bau.

Second. Masukkan rempah kari, kiub ayam dan biar asam keping, biar sehingga pecah minyak. Rajin kacau supaya rempah tak hangit. Apa yang myall tahu, makin lama kite tumis rempah tu, makin sedap kari kite. Taktahulah nak cakap.hehe. Sebab myall ni taklah hebat sangat masak memasak ni,kena refer yang lebih arif juga. Hehe.

Third. Masuk santan, kerisik, air, ayam dan kentang. Biar mendidih dan empuk lama ayam dan kentangnya sama rata ye uallss. Garam jangan lupa ye.

Kata orang, kari ayam ni makan lama akan makin pekat. Sebab tu sesuai dimakan bersama roti canai, roti jala dan roti bakar.

Last, masukkan tomato. Biar hingga mendidih dengan api kecil/sederhana kuku. Dan masukkan cili hiasan tadi. Kemudian,sedia dihidang.

#carasaya Kalau ada nak share, boleh lah share.hehe nak bagi tunjuk ajar lagi best pun, silakanlah. Hehe

Kacang Boncis cara myall pun memang sangat simple. Myall siapkan goreng sayur dulu barulahh masak kari ayam tadi.

Bahannya ; Kacang boncis, Bawang, Cili merah hijau, Kiub ikan bilis.

Caranya memang simple gile.hehe

Tumis bawang dan cili merah hijau, masukkan kiub ikan bilis yang dilarutkan didalam setengah cawan air. Kemudian masukkan dalam kuali. Then, masukkan kacang boncis yang dah dibilas bersih dan dimayang molek. Kacau rata atas kuali. Jangan lama sangat, nanti kacang boncisnya layu dan tak rangup. Rasa, kalau tawar masuklah garam sikit. Tapi myall takletak garam dah, sebab kiub ikan bilis tu dah perfect rasanya.

Pss: Lover puji sayur sedapppppppppppp. Hehehe ;) Kari pun ok. Alhamdulillah. Merah pipi blushing tauu.

Pesan myall lagi, cepat cepatlah kahwin. Masak sama sama,dengan Suami kat dapur, mengeratkan dan dari situ kite tahu apa suami suka dan tak suka. Sama sama kenal cara masing masing. Sebelum ni pun, myall ada masak juga. Lepas kahwin or bila bila je myall ada mood rajin nak masak. Lover tak pernah komplen tak sedap ke apa ke, sebab Lover nak myall rajin masak and semangat masak sentiasa ada. Myall pula, suka bagi Lover yang jadi perasa setiap apa yang myall masak. Kalau tawar, tambah lah garam or gula lagi. Sebab, myall boleh masak tapi tak pandai rasa sangat. Hahaha kelakar bab yang ni. Tapi, Alhamdulillah, myall puas hati setiap kali masak, Lover mesti makan dengan seleranya. Mesti habis. Itulah semangat myall nak masak membara je:) Thanku,Lover.

(Lover request ayam masak tomato.. Nanti Myall dah study, myall update ok)

Lots of love,

Wife

#carasaya bukan caraanda. Setiap orang ada cara tersendiri. Selamat memasak dan menyulam cinta bersama orang tersayang ;)

No comments:

Post a Comment