Friday, March 27

Segalanya Setimpal __Rapuh.

Assalammualaikum baby.

What a suprise. Satu hari ni aku rasa sesuatu. Yes, sesuatu yang lain. Seperti ada sesuatu yang mengisi sesuatu pada aku. What is?

H.e.a.r.t. ___Hati
F.r.i.e.n.d.s.h.i.p. ___Persahabatan
T.o.u.c.h.i.n.g. ___Tersentuh

Kenapa aku mention 3 perkara ini? Cause, 3 perkara inilah yang sedang berlaku satu hari ni.

27. 03. 2015. Hampir a year. Hampir setahun.

Dan... 3 perkara ini jugalah yang bermain dengan self confident aku. Hilang keyakinan kerana apa? Kerana aku dihantui beberapa perkara, yang melibatkan masa lalu. Kerana aku sendiri sukar memaafkan diriku dengan apa yang menghantui aku. ___ALLAH.

Aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa pada seseorang. Aku cuba tapi aku tak boleh. Kesudahannya, aku cuba sendiri memaafkan diriku supaya aku tidak lagi dihantui. Susah. Susah sangat. Siapa faham apa aku cuba sampaikan, pasti faham. Aku mampu memohon, merayu, meminta, kepada DIA. ___ALLAH.

Aku tak peduli sudah pandangan mata, fikiran dan hati manusia. Siapa aku dan semampu apakah aku untuk menghalang atau menahan mereka dari berbicara, menahan hati __fikiran dan mata mereka? Itu hak anda semua. Aku tak mampu mengawalnya. Takdir. Hikmah. Pengajaran. Balasan. Segalanya setimpal dengan apa yang telah berlaku.

Redha, yes. Aku sedang belajar redha. Bersabar, yes. Aku turut sedang belajar
bersabar.
Muhasabah diri, yes. Aku sedang dalam proses kembali positif tentang diriku sendiri.
Meaafkan diriku sebelum aku menjadi sepositif aku. Yes, aku. Semangat aku. Kekuatan aku.
___ALLAH. Aku disini hari ini kerana rencana dari MU itu sangat indah. Sangat indah. Sehinggakan aku, tak sedar siapakah aku dibumiMu ini. ___ALLAH.

Sukarnya tak terungkap apa yang aku lalui. Sakit hati mereka yang aku sakitkan, lagi sakit aku yang cuba memaafkan diriku sendiri.

ALLAH___terimalah aku seadanya aku dan terimalah taubatku. PadaMU, aku sentiasa merasa kerdil. Dan padaMU tempatku mengadu rasaku. Maafkan aku kerana tak sempurna mencintaimu.

Nurulatikah.

No comments:

Post a Comment